Wednesday, December 28, 2011
Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Wednesday, November 9, 2011
Monday, October 31, 2011
Ikhwah Bowling Tournament
Alhamdulillah pada entry kali ini, Karisma ingin berkongsi dengan ahli2 sekalian satu program yg telah dijayakan pada bulan Oktober..
Thursday, October 27, 2011
perkongsian MASS GATHERING KDG
MASS GATHERING
KARISMA DAERAH GOMBAK ‘11
20 OKTOBER 2011
8.00 pm- 9.00 pm
Colliseum Kuliyyah Engineering, UIAM
“Rantaian Tasbih Haruman Ukhuwwah”
Sunday, October 16, 2011
Mass Gathering KARISMA Daerah Gombak 2011
Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudara kalian dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian mendapat rahmat.
(al-Hujurat; 49:10)
dengan ini dibawakan oleh
KARISMA DAERAH GOMBAK
khas buat AHLI sahaja
" MASS GATHERING KARISMA "
pada
Khamis, 20 Oktober 2011
jam
8 Malam
bertempat di
PERHATIAN :
INI ADALAH PERCUMA!
antara yang menarik:
- Makanan Rohani dan Jasmani
- Rantaian Tasbih Haruman Ukhuwwah
- Lucky draw bagi kepada yang bertuah
- Doorgift
Diriwayatkan daripada Anas ra katanya nabi saw bersabda:
“Tiga perkara yang jika terdapat di dalam diri seseorang maka dia akan memperoleh kemanisan iman:
1.orang yang mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada selain keduanya,
2.mencintai saudaranya hanya kerana Allah,
3.tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu. sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam api neraka.”
ANDA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS PENGENALAN DAN RAMAH MESRA,
KARISMA DAERAH GOMBAK
KARISMA DAERAH GOMBAK
P/S : KEPADA YANG BERMINAT SILA MAKLUMKAN KEHADIRAN ANDA SEBELUM 18 OKT 2011 KEPADA :
IKHWAH : HANIF 0132829394
AKHAWAT : HUSNA 0132124608
Moga dipermudahkan Allah untuk hadir. :)
JUMPA DI SANA !!!
Wednesday, September 28, 2011
Welcome to the Gardens :D
We welcome all new students to the Garden of Knowledge and Virtue with warm hearts and not congratulations on your acceptance. We are delighted receiving new brothers and sisters joining IIUM society. IIUM offers social and cultural diversity of its students and staff in the professions and community. this diversity has created a vibrant an rich learning environment that prepares graduates for a borderless workplace. Thus, we encourage you to explore in everything before you enroll. Even thou we already in the middle of third week, it is still not to late to give a tip that you may use:
Tuesday, September 6, 2011
Salam Aidil Fitri 1432H dari KARISMA Gombak
Seluruh barisan Jawatankuasa KARISMA Daerah Gombak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H dan Maaf Zahir Batin. Semoga amalan kita pada bulan Ramadan diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Didoakan agar terus istiqamah dalam perjuangan.
Tuesday, August 30, 2011
Karya SEEK 1432H: Tika Ramadhan Itu [Bahagian Akhir]
Nukilan: Siti Munirah Mohd Adnan
(sambungan Bahagian 3...) Kesemua mangsa yang berada di dalam kereta tersebut dipercayai baru pulang dari Genting Highlands bagi meraikan sebuah majlis sambutan ulang tahun kawan mereka di sana. Empat mangsa termasuk pemandu kereta tersebut mati di tempat kejadian, manakala seorang cedera parah dan dihantar ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Afzan. Waris-waris kepada mangsa diminta menghubungi pihak hospital untuk maklumat lanjut.
Tuesday, August 23, 2011
Karya SEEK 1432H: Tika Ramadhan Itu [Bahagian 3]
Nukilan: Siti Munirah Mohd Adnan
(sambungan Bahagian 2...)Tidak disangka tumbukan tersebut telah menyebabkan mulut lelaki tersebut berdarah dan pengsan. Haziqah dipanggil menghadap pengetua sekolah dan guru disiplin iaitu Cikgu Harith. Pengetua sekolah sangat marah terhadap apa yang Haziqah lakukan dan katanya Haziqah sepatutnya terima teguran itu demi kebaikan dirinya. Tegurnya, sampai bila Haziqah mesti berkelakuan begini memandangkan usia Haziqah pun semakin meningkat. Tak kan tidak mahu berubah dan macam-macam lagilah leteran yang dia dapat daripada pengetua. Cikgu Harith hanya mendiamkan diri, dia tahu Haziqah tidak akan bertindak sedemikian andai teguran itu disampaikan dengan cara yang betul.
* * * * *
Tuesday, August 16, 2011
Karya SEEK 1432H: Tika Ramadhan Itu [Bahagian 2]
Nukilan: Siti Munirah Mohd Adnan
(sambungan Bahagian 1...)
Sewaktu zaman persekolahannya Haziqah memang terkenal dengan kedegilannya dan keangkuhannya terhadap rakan-rakan sebayanya. Dia cukup ‘anti’ pada sesiapa yang menegurnya terutamanya bila teguran itu datang daripada para pengawas yang dianggap ‘skema’ dan berlagak baik! Dia memang tidak peduli jika ada kawan-kawannya yang menegur agar tudungnya dilabuhkan kerana tudung yang dia pakai sangat-sangat tidak melambangkan yang dia bersekolah agama.
Sunday, August 14, 2011
Karya SEEK 1432H: Tika Ramadhan Itu [Bahagian 1]
Nukilan: Siti Munirah Mohd Adnan
gambar oleh shazral |
Karya SEEK 1432H : Sabar dan Usaha
Bismillah
Ramadhan sudah masuk fasa kedua. Hari ini sudah dua belas Ramadhan. Ia semakin berlalu dan seterusnya akan meninggalkan kita. Semoga kita terus istiqamah melakukan segala ketaatan pada-Nya.
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira" (39:10)
Sunday, August 7, 2011
Karya SEEK 1432H : Ceritera Infaq. Berbaloi-baloi :)
mendengar perkongsian dari orang yang benar-benar mengamalkan apa yang dikatakannya pasti sangat berbeda zouqnya dari perkongsian teori dan falsafah semata-mata..
Sunday, July 31, 2011
Karya SEEK 1432H - Sajak #1
Hello... kau datang lagi.
Mungkin patut aku berikan salam, namun siapa aku untuk berpura-pura alim depan kau.
Seadanya rock and roll aku ini menanti-nanti kehadiran kau.
Kau apa khabar?
Kau sedih ke?
Kau datang tapi semua orang buat dekk je.
Kau buat diskaun,sale pahala besar-besar... tapi takde orang nak grab.
Orang ingat kau tipu, atau
Orang tak caya kau, atau
Orang sekarang dah tak kisah
Kau ada... kau tak ada... sama je.
Merajuk ke?
Aii,aii jangan gitu.
Jangan putus asa dengan society
Dorang cuma perlukan lampu
Okla... bukan lampu, cahaya
Kau doa-doakan la sekali
Kalau kau tengok je macamana dorang nak berubah macam magik
Aku pulak...
Hidup aku macam biasa. Penuh dengan sunshine.
Kadang-kadang overheat, perit.
Kadang-kadang warm enough, just nice.
Tapi kau boleh buat aku rasa better kan?
Kau buat aku lebih tenang, lebih sabar, lebih kontrol baran.
Kau berikan aku senyuman di kala hujung senja yang memeritkan.
Kau buat badan aku lebih ringan, menyambung line dengan Tuhan.
Kau penuh dengan janji-janji manis yang gerenti dikotakan.
Kau memang rock.
Kau memang cool.
Aku caya sama kau.
Aku sayang kau.
Welcome back Ramadhan...
nukilan ukht mardhiyyah :D
Thursday, July 21, 2011
Ramadhan :)
"Memasuki Ramadhan bererti memasuki atmosfir ibadah penuh kesan, kenangan, amal, ibadah sebulan lamanya..." -Solikhin Abu 'Izzuddin
Thursday, July 14, 2011
Wacana Tarbawi: Suatu Perkongsian
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah, suatu wacana tarbawi anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia telah berjaya dilangsungkan pada tarikh 11 Julai 2011 yang lalu. Dihadiri pendokong da'wah dari seluruh tanah air, majlis yang berlangsung selama kira-kira 3 jam tersebut seakan menjadi medan di mana ikhwah dan akhawat dari seluruh negara dipertemukan - semuanya dengan hasrat murni ingin mendengar taujihat, nasihat dan pedoman dari seorang tokoh yang besar dari segi umur dan besar juga dari segi ilmu, pengalaman serta hikmahnya.
Monday, July 4, 2011
HEBAHAN: Seni Eid Mubarak, SEEK 1432H.
Sempena cuti semester yang panjang serta Sya'ban yang sudah menjelma yang menunjukkan bulan dirindui hampir tiba, KARISMA Gombak mengadakan pesta menyambut Ramadhan 1432H yang dinamakan Seni Eid Mubarak, SEEK 1432H.
Seni Eid Mubarak, SEEK 1432H
SEEK 1432H adalah sebuah projek menghasilkan karya-karya yang berkaitan dengan bulan Ramadhan alMubarak dan akan disebarkan sepanjang bulan Ramadhan 1432H yang bakal tiba. SEEK mensasarkan penglibatan semua ahli KARISMA Daerah Gombak serta ahli-ahli IKRAM
Seni Eid Mubarak, SEEK 1432H
SEEK 1432H adalah sebuah projek menghasilkan karya-karya yang berkaitan dengan bulan Ramadhan alMubarak dan akan disebarkan sepanjang bulan Ramadhan 1432H yang bakal tiba. SEEK mensasarkan penglibatan semua ahli KARISMA Daerah Gombak serta ahli-ahli IKRAM
Monday, June 6, 2011
HEBAHAN: WACANA FIDAK
Dahagakan ilmu intelektual?
Anda semua dijemput untuk menghadiri
WACANA FIDAK
"Peranan Mahasiswa Dalam Pembentukkan Ummah"
Tarikh: 7 Jun 2011 (Selasa)
Masa: 8.00 malam - 11.00 malam
Tempat: Akan dimaklumkan kemudian.
Saturday, May 28, 2011
Wednesday, May 25, 2011
PANDUAN KESELAMATAN UNTUK WANITA
Saban hari banyak di paparkan di media massa berkenaan jenayah dan keganasan terhadap wanita ayuh kita ambil langkah-langkah awal. berikut beberapa petua untuk keselamatan anda yang di ambil dari temuramah dengan beberapa penjenayah yang di tahan di penjara.
1) Perkara pertama yang dilihat adalah fesyen rambut anda. Mereka akan memilih dari kalangan perempuan yang mempunyai fesyen rambut yang mudah direngkuh atau ditarik seperti berambut panjang yang diikat di belakang. Rambut pendek kurang mendapat perhatian
Monday, May 16, 2011
Selamat Hari Guru...
Untuk semua guru, cikgu, ustaz/ustazah, mua'lim/mua'limah, pensyarah dan semua tenaga pengajar....terimalah sajak 'Guru oh Guru'
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Sunday, May 1, 2011
Aligning Our Time to life's Purposes and Priorities
Are we making the best use of our time in this life? Are we to simply pass our time in whatever way possible so that we can get to the hereafter? How are we to balance our time across various aspects of this life? Is there a right balance? Are our life’s priorities purpose driven?
Thursday, April 28, 2011
Cemerlang dengan Tidur :)
Situasi #1: Suatu Hari di Pertengahan Semester 1, 2010/2011
Mahasiswa B: Apa cerita? Penat semacam je aku tengok hari ni?
Mahasiswa A: Malam tadi terpaksa stay up, macam biasalah.
Mahasiswa B: Ni mesti kes pulun siapkan assignment lagi kan?
Samalah macam aku dua minggu lepas, maunya tiga hari tak dapat tidur!
Mahasiswa A: Hmmmm. Dah kata student, macam ni la nasibnya..
Friday, April 22, 2011
MUDAH 2011 MELABUHKAN TIRAINYA
Mukhayyam Dakhili 2011 (MUDAH) anjuran IKRAM IPT-Gombak dengan kerjasama WAMY melabuhkan tirainya semalam bertempat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Program berjalan selama 4 hari 3 mlm dan seramai 100 orang peserta menyertai MUDAH kali ini. Program bermula pada sabtu malam di Sekolah Al-Amin untuk sesi taklimat dan ice-breaking seterusnya ikhwah dan akhawat bergerak dengan 2 buah bas ke Masjid Sultan Abd Samad, KLIA pada ahad pagi. Isi kandungan utama MUDAH kali ini adalah bedah buku 'Syahadatul Haq' karangan As-Syeikh Abul A'la Al-Maududi. selama 3 hari di sana para peserta di perincikan secara mendalam isi kandungan buku tersebut oleh Akh Nik Suhaimi dan program diselangi dengan tazkirah, games dan tayangan movie 'The Message' pada waktu malam.
Wednesday, April 20, 2011
Peranan Mahasiswa Terhadap Sejarah dan Negara
Satu sunnatullah, pemimpin silih berganti. Selepas datang, pasti kan pergi. Walau beralih zaman, walau berombak musim, walau berganti dekad, pasti akan ada pemimpin yang akan menerajui sesebuah masyarakat. Sejarah dunia pernah melihat bagaimana Julio dan Augustus Caesar memimpin ketamadunan Rom. Juga tak dilupa Genghis Khan memimpin empayar Mongol. Juga Meiji yang merubah Jepun kepada sebuah kuasa baru dunia. Bagaimana Mussolini mengepalai Itali. Bersaing hebat dengan Hitler yang memimpin Nazi.
Sunday, March 27, 2011
Wednesday, March 16, 2011
Brothers Outing: Expedition to Chiling Waterfall
Monday, March 14, 2011
Perisai Puasa
Bismillah
عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ
وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ.
(رواه الترمذي)Dari Mu’az bin Jabal r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya: “mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?” “mahu, ya Rasulallah” jawabku. Baginda pun menerangkan, sabdanya: “Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedeqah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadami api”
(Hadis Sahih, Riwayat Tirmizi)
Tuesday, March 8, 2011
AlQuds Week
Anda semua dijemput untuk meraikan ALQUDS WEEK. Program ini merupakan anjuran Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM dengan kerjasama Volunteer IIUM Mosque (VIM), Journalisme Club, Quranic Youth Club(QYC), KARISMA Daerah Gombak (KDG), Jamiatul Khatimatul Quran (JKQ), dan Maaruf Club. Acara selama empat hari ini bermula dari 8 Mac 2011 sehingga 11 Mac 2011. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang minggu telah dirancang.
Mari bersama-sama kita memeriahkan opening ceremony, menyaksikan wayang pacak, serbu gerai KARISMA dan gerai-gerai lain, menceriakan pameran, iftar dan forum serta qiam bersama-sama. Jangan lupa juga untuk menderma ke tabung palestin nanti. Mari tunjukkan sokongan dan kepedulian kita terhadap isu dan program ini. Ayuh!
Wednesday, February 16, 2011
Discouraging Sin Is A Moral Duty As A Muslim
I refer to the article titled "SIS: Don’t play moral police" written by Sira Habibu and Winnie Yeoh dated 10th April 2011 at page 13 in The Star Newspaper.
Sisters in Islam (SIS) has responded to PAS Youth plan to ‘check’ sinful activities on Valentine Day and contended that it violates personal dignity and privacy which is forbidden in Quran and Sunnah.
Monday, February 14, 2011
Grand Forum Maulidur Rasul
Program ini merupakan kerjasama antara KARISMA bersama persatuan kuliyyah di UIAM. antara persatuan yang terlibat adalah Persatuan Pelajar Undang-Undang(LAWSOC) sebagai penganjur utama, Persatuan Pelajar Ekonomi dan Sains Pengurusan(EMSS), Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu(IRKSS), Persatuan Pelajar Pendidikan(BEDSA), Persatuan Pelajar Kejuruteraan (ENGINIUS) dan KARISMA sendiri. Ini merupakan antara program pertama yang KARISMA Daerah Gombak anjurkan berkerjasama dengan persatuan-persatuan di UIAM.Ia akan dianjurakan pada 14 Feb 2011 pada jam 8.30pm bertempat di Main Auditorium,UIAM. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkannya!
Wednesday, February 2, 2011
Tuesday, February 1, 2011
Jalan-Jalan Cari Makan Akhawat
Sedingin Air Sungai Pisang : Kisah Akhawat yang Mencari Ketenangan di Pagi Hari
Bila akhawat jalan-jalan cari makan, apa akan jadi? Boleh ke akhawat jalan-jalan sendiri? Kalau kene culik macam mana? Siapa nak tolong?
Kenapa nak jalan-jalan? Duduk je lah diam-diam dalam UIA tu. Fokus kerja dakwah. Kerja dakwah sangat banyak tau. Duduk diam dalam bilik, baca buku ilmiah banyak-banyak. Jangan sampai orang lain kata kita cetek ilmu. Lagi, perbaiki diri sendiri. Tambah lagi amal-amal soleh. Biar jadi akhawat agung. Dikagumi semua.
Monday, January 31, 2011
Pimpinan JIM sertai perhimpunan serah memo
A Ralim M Yassen
KUALA LUMPUR – Presiden JIM, Haji Zaid Kamaruddin, Timbalan Presiden, Haji Syed Ibrahim Syed Noh dan Setiausaha Agung, Hj Nahar Md Nor bergabung degan hampir 300 orang dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang di luar Kedutaan Besar Mesir di Jalan Rhu, Ampang di sini sejak pukul 11 pagi tadi untuk menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu.
Sunday, January 30, 2011
Terkini Mesir; Pandangan dan pendirian
BICARA YDP (sempena peristiwa besar yang berlaku di Egypt)
Assalamualaikum wmt wbkth
Segala puji bagi Allah SWT Rabbul Jalil. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w penutup segala kenabian.
Hari ini seluruh kota Mesir (Egypt) sedang meledakkan kemarahannnya. Kemarahan masyarakat yang meluap-luap yang tidak mampu lagi ditahan dan dibendung akibat kezaliman Regim Gamel Abd Nasir yang sejak sekian lamanya menindas rakyat dengan sistem kuku besinya, rasuah dan pemerintahan polis yang kejam dan memenjarakan seluruh para penentangnya.
Saturday, January 29, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Segarnya Udara Pagi: Kisah 7 Pemuda di Puncak Jabal Broga
Musolla Bilal pagi itu sungguh nyaman. Kehadiran lebih daripada 20 orang pemuda dari pelusuk lembah Sg Pusu telah mengubah kebiasaan kisah musolla tersebut. Watak yang pelbagai niatnya sama, untuk berjumpa Tuhan pada waktu di mana pintu langit dibuka dengan luas. Berdoa ketika itu sangat mustajab. Itu janji Tuhan, bukan janji insan.
Wednesday, January 5, 2011
Laporan Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati
Bismillah
31 Disember 2010 (Jumaat) – Seramai 1,100 remaja yang berusia lingkungan 13 hingga 15 tahun mengikuti Program Bina Insan Perhimpunan ‘1000 Jiwa 1 Hati’ yang dijalankan selama dua hari bertempat di Dewan Muktamar dan Masjid Negara, di sini, bermula hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)