Monday, October 31, 2011

Ikhwah Bowling Tournament

    

  Alhamdulillah pada entry kali ini, Karisma ingin berkongsi dengan ahli2 sekalian satu program yg telah dijayakan pada bulan Oktober..





Sebelum pergi jauh, maaf kerana entry ini agak lambat dikeluarkan iaitu hampir sudah 3 minggu selepas prog dijalankan..

Untuk pengetahuan ahli sekalian, pd 2 okt yg lps, pihak karisma telah menjalankan Mini Bowling Tournament bertempat di Plaza Flamingo, Ampang dibawah anjuran JK Dakwah Karisma Gombak..




Program yg bermula jam 3 petang itu Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik…sekitar 13 pelajar bukan ahli dan 10 ahli Karisma telah menjayakan pertandingan ini…






Ukhuwwah antara ahli dan bukan ahli jelas terasa dengan semua peserta mahupun ajk benar2 memanfaatkan masa ketika bertanding dengan bertegur sapa dan bergurau senda..






Program yg berjalan selama hampir dua jam itu menyediakan hadiah menarik berupa hamper kepada 3 peserta dengan kutipan mata yg tertinggi…


Pelbagai gelagat dapat dilihat sepanjang dua pusingan pertandingan tersebut seperti kehadiran “raja longkang” dan “raja spin”….bahkan ade peserta yg membawa bola boling sendiri yg dibeli dgn harga yg agak mahal, tetapi dek kerana minat, wang bukan lagi persoalan…






Alhamdulillah, selepas petandingan berakhir, diadakan sesi tazkirah yg disampaikan Ameer Karisma sendiri iaitu saudar Najib Hashim berkaitan pengurusan masa sebagai seorang pelajar dan pada masa yg sama hamba kepada Allah…


feedback drp kebanyakan peserta yg bukan ahli menunjukkan mereka positif dan berpuas hati dgn layanan ajk dan ahli karisma bahkan mengharapkan diaidakan lagi program seperti ini dimasa hadapan….






Disamping hadiah disediakan kepada pemenang, peserta yg kurang bertuah tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya di”hadiahkan” sandwich dan air yg dibuat khas oleh ahli JK Dana Karisma…






Akhir kalam moga program ini menjadi titik permulaan kpd sebuah ikatan persahabatan yg dibina dengan tulus ikhlas kerana Sang Pencipta kita..




laporan oleh: Mohd Amirul Asyraf bin Mohd Bakari
                    Ameer JK Dakwah KARISMA Daerah Gombak




wallahu a'lam.











0 komentar:

Post a Comment