Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah, suatu wacana tarbawi anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia telah berjaya dilangsungkan pada tarikh 11 Julai 2011 yang lalu. Dihadiri pendokong da'wah dari seluruh tanah air, majlis yang berlangsung selama kira-kira 3 jam tersebut seakan menjadi medan di mana ikhwah dan akhawat dari seluruh negara dipertemukan - semuanya dengan hasrat murni ingin mendengar taujihat, nasihat dan pedoman dari seorang tokoh yang besar dari segi umur dan besar juga dari segi ilmu, pengalaman serta hikmahnya.
dewan penuh dengan aktivis-aktivis da'wah seluruh tanah air |
Tokoh yang diperkatakan dan ditunggu-tunggu hadirin pada majlis wacana tersebut ialah Sheikh Dr. Jum'ah Amin yang merupakan penggalas amanah selaku Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin bermula bulan Januari 2010. Beliau yang sempat hidup sezaman dengan Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna (pengasas Ikhwan Muslimin) pada awal usia remajanya sudah mula menganggotai Ikhwan Muslimin dan bergerak aktif di dalamnya sejak 60 tahun yang lalu. Kini dalam usia 77 tahun, segala masa, tenaga dan tumpuannya dicurahkan sepenuhnya untuk kemaslahatan da'wah. Tanggungjawab yang berat ini telah membawanya merantau ke seluruh pelusuk timur dan barat demi bertemu ikhwah-akhawat serata dunia dan demi menyebarkan misi Islam yang 'alami.
Sheikh yang kekal bersemangat dari awal sehinggalah ke penghujung program |
Majlis Wacana Tarbawi pada malam itu telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh tuan Pengerusi Majlis, diikuti bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an dari surah Ali-'Imran serta disusuli ucapan pembukaan oleh Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr. Farid Sheikh Ahmad. Dalam ucapannya yang singkat, Dr. Farid telah menyebut berkenaan tiga ribat atau ikatan yang perlu dijaga oleh seluruh umat Islam; iaitu ikatan Iman, ikatan Ukhuwwah dan ikatan Jihad. Momentum majlis yang bermula dengan baik itu seterusnya disambung pula oleh Sheikh Dr. Jum'ah amin dengan ucapannya yang bertenaga dan sarat mengandungi mutiara.
Sheikh Jum'ah Amin (duduk dua dari kanan) di tengah pentas |
Di antara perkara-perkara yang terkandung dalam ucapan Sheikh Dr. Jum'ah ialah bagaimana pembinaan ummah ini mestilah bermula dengan pembinaan individu-individu di dalamnya. Usaha-usaha pengislahan atau pembaikan masyarakat pula haruslah digerakkan oleh para du'at atau pendakwah-pendakwah yang merupakan qudwah kepada masyarakat. Mereka inilah yang sepatutnya terkehadapan dalam melazimkan diri dengan bekalan-bekalan ruhi dari segi tilawah Al-Qur'an, zikir dan istighfar serta qiyamullail dan amalan-amalan sunnah yang lain. Hal ini sehingga mereka merasakan bahawa apa yang sunnah bagi orang lain itu sudah seakan-akan fardhu bagi diri mereka. Demikianlah sudut pandang mereka terhadap ibadah-ibadah sunnah yang mulia sepertimana yang ditegaskan Al-Sheikh di dalam kata-katanya: "kuunu 'ubbadan" (jadilah kamu [du'at] yang menghambakan diri pada Allah); kerana kegagalan kita membina individu-individu yang berjiwa 'abid itu tidak akan menjadikan kepimpinan kita terhadap ummah ini suatu yang bermakna.
ikhwah dan akhawat khusyu' mendengar taujih dari Dr. Jum'ah |
Al-Sheikh Dr. Jum'ah Amin juga telah menekankan bahawa kunci kemenangan ummah ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hal ini selari dengan ungkapan seorang sahabi bernama Abdullah b. Rawahah: "dengan amal solehlah kamu berdepan dengan musuh-musuh kamu"; dan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah ta'ala dalam surah Al-Anfal ayat ke-17: "Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika mana engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir" - semua ini menunjukkan bahawa segala bentuk kemenangan yang datang hanya akan berlaku dengan izin dan bantuan Allah SWT. Pendek kata, dengan mendekatkan diri kepada Allah lah, orang-orang yang lemah akan mendapat kekuatan dan kemenangan.
Turut ditegaskan oleh Al-Sheikh ialah bagaimana kita selaku du'at (penyeru ke jalan Allah) haruslah sentiasa merasa bahawa Allah ada bersama dengan kita dalam setiap langkah perjuangan. Kita juga diseru agar sentiasa bersedia dengan bekalan-bekalan ruhi yang merupakan aset yang amat penting untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran serta ujian dalam perjuangan. Hal ini kerana, jalan juang ini amat panjang; dan orang yang beranggapan bahawa perjuangan kita akan tamat dalam masa sehari semalam masih belum lagi memahami hakikat perjuangan yang sebenar. Sabda Rasulullah s.a.w: "al-jihaad maadhin ila yaumil qiyamah" (jhad itu akan berterusan sehinggalah hari kiamat). Ertinya, jihad yang sedang berlangsung hari ini akan disambung pula oleh generasi seterusnya, kemudian generasi-generasi selepas itu, sehinggalah tiba hari kiamat.
Sebelum mengakhiri ucapannya, Dr. Jum'ah menegaskan bahawa Islam itu tertegak dengan amalan, bukannya dengan sekadar teori mahupun kata-kata. Justeru itu, di antara tanda-tanda Allah memberikan taufiq-Nya kepada kita ialah apabila kita sentiasa diberikan kekuatan untuk beramal dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada-Nya. Hal ini kerana, pemberian thabat atau keteguhan dalam jalan juang itu hanyalah dianugerahkan kepada orang-orang yang sentiasa dalam kebersamaan dengan Allah (ma'iyatullah). Akhirnya Dr Jum'ah menyimpulkan ucapan beliau yang sarat bermakna dengan ungkapan kata-kata yang menyentuh hati-hati para hadirin iaitu:
"Allah berikan dunia ini kepada orang-orang yang Dia cinta dan yang tidak Dia cinta, tetapi Allah hanya akan menganugerahkan deen-Nya kepada orang-orang yang dicintai-Nya"
sesi penyampaian cenderamata oleh Dr. Farid, presiden IKRAM Malaysia |
Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang mendengar Kata-kata yang baik "wayattabi'una ma ahsanah" (serta mengikutinya) [Al-Zumar 39: 18]; kerana sesungguhnya ilmu yang bermanfaat itu hanyalah ilmu yang diamalkan oleh para pemiliknya. Wallahu'alam.
ikhwah mengambil kesempatan bersalaman dengan Dr. Jum'ah selepas tamat program Kredit foto: Abu Ikram, team media Karisma Daerah Gombak |
salam.
ReplyDeletemasyaAllah perkongsian yang sangat baik!
jzkmllh khair atas perkongsian ni :)
alhamdulillaah kita dapat bertemu dengan sosok yang pernah hidup bersama HAB. dan inilah hasilnya. tak pernah lelah dalam peningkatan usia.
syeikh sangat tekankan tentang ukhuwwah.
dan tentang memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat.
assolaah qobla alislaah.
wallahua'lam
salam =D
ReplyDeletekepada sesiapa yang tidak berpeluang pada malam tu, boleh muat turun rakaman wacana di link di bawah =D
http://www.4shared.com/audio/QYZu5Koe/Tarbiyyah_Ikhwan_dan_Perananny.html
rakaman video boleh didapati di youtube IKRAM Channel
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/user/VideoIKRAM
Subhanallah.. siapakah penulis entri kali ni? sgt2 mmbntu utk refresh semula apa yg dpt pd malam tu... mabruk2...
ReplyDeletebegitulah dai'e...mesti slalu merasa keberadaan Allah bersama2 kita (ma'iyyatullah), apakah yg mmbuatnya boleh brtahan shingga 60 thun tu? sudah tentu kekuatan yg diperoleh dgn slalu brgantung kpd Allah...
LIHatlah syeikh yg dikagumi ini pun sgt2 menekankan tentg hubungan dgn Allah... sbgai dai'e hub.dgn Allah tu mestilah 'lebih' brbanding org2 lain...
ibadat2 sunat pun ditunaikan sperti ibadat wajib...
moga Allah beri kekuatan iman kpd kita utk trus thabat di atas jln dakwah ini, walau byk rintangan & walau kadang2 rasa lemah,kita mohon sgt2 agar Allah tidak langsung lepaskan tanganNya dari terus memegang kita utk terus berada di jalan ini...
gud job! cuma, bukan ke umur syeikh tu ialah 81 tahun? dan syeikh ni berpengalaman masuk penjara beberapa belas tahun(mengikut kata wakil JKP yang beramah mesra dengan beliau), lagi dapat hargai bila tau sejarah pengalaman hidup beliau. dan rasanya Dr Parid kan, dulu2 belajar dengan dia..
ReplyDeleteyang atas2 ni pun hebat jugak memberi taujih :)
Salam,
ReplyDeletemungkin ada ralat tp berdasarkan maklumat yg diberi oleh IKRAM di facebook (rujuk: http://www.facebook.com/notes/pertubuhan-ikram-malaysia/siapakah-syeikh-jumah-amin/222222804484709), Sheikh lahir pd tahun 1934. jadi kalau dikira, mmg umur beliau sekarang = 77 tahun. wallahu'alam.
insyallah pemuda sekarang bakal m'jadi pengganti syuyukh kita di masa hadapan :) ameen