Monday, October 31, 2011

perkongsian Jejak Ilmu

Bismillah





Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya untuk Allah yang Maha Sempurna perancangan-Nya. JK Dakwah  KARISMA Daerah Gombak dengan kerjasama Lujnah Tarbiyah, telah berjaya mengadakan satu Jejak Ilmu berkaitan isu semasa dunia, iaitu tentang Libya dan Gaddafi.

Dengan kehadiran penceramah yang mantap, warga UIAM tidak melepaskan peluang menghadiri program ini. Sehingga pukul 9.30 malam, pihak penganjur masih menerima kedatangan peserta. Malah, peserta bukan hanya warga UIA, tetapi pelajar universiti lain dan penduduk sekitar Gombak.








Antara yang menarik dalam ucapan Prof. Madya Dr. Hafidzi:


  • Sebelum 2003, Negara Libya yang pada asalnya adalah 'negara paria', telah bertukar kepada 'darling of the West' apabila Gaddafi  mengisytiharkan 2 perkara ketika tragedi Lockerbie Bombing di Scotland.

  • Pada tahun 2003, ketika Amerika menentang Iraq, beliau telah mengisytiharkan: 

        1. Gaddafi bertanggungjawab penuh atas tragedi tersebut.
            Beliau berikrar menangkap & menghukum Osama bin Laden.

        2. Libya akan menghentikan projek nuklearnya serta merta
            (yang mana tidak pernah wujud).


  • Taktik Gaddafi ini telah berjaya menarik perhatian Barat. Tambahan pula, Libya merupakan pengeluar minyak terbesar dunia. Barat sebenarnya tidak berminat pada Gaddafi sama sekali, tetapi mereka inginkan hasil bumi Libya.



  • Kesan sifat tamak ini, rakyat Libya terpaksa menanggung kemiskinan dan hidup di bawah kuasa diktator Gaddafi. 



  • Namun, rakyat Libya tidak mendiamkan diri selamanya. Akhirnya Gaddafi telah dijatuhkan dengan kuasa rakyat.


Sejarah telah membuktikan segalanya. Kezaliman pasti akan dijatuhkan!


Mohammad Reza Pahlavi di Iran telah dijatuhkan rakyatnya pada 1979


Diktator Ben Ali di Tunisia pada Januari 2011


Rejim Hosni Mubarak di Mesir pada Febuari 2011


dan


Ogos 2011 / kini, Muammar Gaddafi di Libya!



Sedarlah Diktator sekalian! 
Ingatlah Thaghut semua!

Kezaliman takkan bertahan!
Kebenaran akan menghapuskanmu!

wallahu a'lam.





ps: banyak lagi yang menarik. Jangan lepaskan peluang dalam program yang seterusnya.

2 comments:

  1. satu soalan: wajar atau tidak mayat Gaddafi dilakukan sedemekian rupa?

    ReplyDelete
  2. em tak wajar kot.

    "la dhoror wa la dhiror"

    pakcik hasan pn ad cakap, jadilah macam pokok buah. manusia lempar batu kat dia, tapi dia balas dengan buah yang manis

    tak perlu balas dendam

    wallahu a'lam

    ReplyDelete