Saturday, May 28, 2011

Menyerlah Jauh Daripada Biasa

Majlis Pelancaran IKRAMTeens Peringkat Pusat

Sabtu, 28 Mei 2011
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya





Alhamdulillah, selamat sudah IKRAMTeens dilancarkan. Mendahului abang-abangnya, tanda betapa remaja-remaja ini juga bersemangat untuk berdakwah. Usia bukanlah ukuran. Bukankah al-Fateh juga menjadi pemimpin di usia remaja? Rasulullah juga telah melantik Usamah bin Zaid sebagai ketua ketika beliau masih muda.




Remaja yang hadir terdiri daripada pelbagai negeri. Ada yang datang dari Perlis, dari Pulau Pinang, Terngganu, Johor. Tak dilupakan, peserta yang berpusu-pusu datangnya dari pelbagai daerah di Selangor. Walaupun cuti penggal pertama baru bermula, peserta remaja yang datang hari ini menunjukkan bahawasanya mereka ingin menghabiskan cuti mereka dengan perkara yang bermanfaat. Buktinya hari ini. Peserta yang datang sangat ramai. Melebihi target yang disasar penganjur. Terpaksalah sebahagiannya duduk bersila di bawah beralaskan tikar.




Dengan pengawasan dan tunjuk ajar abang-abang dan pak cik-pak cik, Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Majlis Pelancaran pagi tadi diisi dengan pelbagai aturcara. Awalnya, pelbagai amanat dan nasihat diampaikan oleh Penasihat Pelancaran, Tuan Haji Mokri bin Sabran. Seterusnya disusuli dengan ucapan yang disampaikan oleh JK Pemuda Pusat, Ustaz Haji Fadzil bin Salleh. Antara point yang penting yang disampaikan adalah tentang kepentingan remaja memiliki akhlaq yang mulia, kerana sikap pemimpin yang ada hari ini bergantung pada akhlaqnya semasa dia remaja.

saudara pengerusi majlis

tuan haji Mokri bin Sabran, Penasihat Pelancaran


Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu, perasmian IKRAMTeens oleh Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad. Menurut tuan presiden, remaja adalah pemacu dakwah. Andai remaja yang ada hari ini berakhlaq buruk, maka suramlah harapan untuk Islam bersinar esok. Pelancaran IKRAMTeens juga selaras dengan Fasal 9.2.9 Perlembagaan Pertubuhan IKRAM Malaysia.


Ustaz Hasanudin dan seorang peserta yang hadir


Wow! Khalifah Muda. Itulah tajuk tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus kepada remaja di majlis ini. Walaupun masih muda, adik-adik remaja kita telah disedarkan dengan satu tanggungjawab, iaitu tanggungjawab sebagai seorang khalifah.


Acara yang paling menarik hari ini, semestinya slot bersama Izzatul Islam. Bersemangat sekali adik-adik mendengar penyampaian kumpulan Izzatul Islam. Sesemangat penasyid-penasyid di atas pentas. Ya lah, adik-adik ni dapat hadiah istimewa dari Izzatul Islam. Baru saja dilancarkan, dah dapar hadiah. Cuba teka hadiahnya apa? Em, tak apa lah. Tak nak buang masa anda yang sedang membaca, ^_^ Hadiahnya ialah Mars IKRAMTeens. Best kan? Ana kongsikan disini untuk semua.




IKRAMTeens

Kami remaja berakhlaq mulia
Berpegang teguh al-Quran dan Sunnah
Kuatkan iman amal utama
Dengan semangat tekad yang membaja

Bergerak meju melangkah bersama
Satukan cita Islam nan jaya
Bekerja nyata curahkan tenaga
Majukan agama dan negara

Reff:
Menyeru yang ma'ruf.. Mencegah yang mungkar
Beriman kepada Allah
Menyerlah jauh daripada biasa
IKRAMTeens membimbing ummat

Lirik & Lagu: Izzatul Islam


Begitulah hadiahnya. Kalau nak tahu rentak lagunya, ahli IKRAMTeens boleh tolong ajarkan ^_^

Hadirin yang hadir memeriahkan majlis


Maka, terasmilah sudah IKRAMTeens. Kehadiran ahli yang sangat ramai menyebabkan makanan yang disediakan tak cukup. Tapi, bagi remaja yang hadir, itu bukanlah satu masalah. Adik-adik sanggup berkongsi makanan tanda ukhuwah mereka sesama sahabat.

Disamping itu, di luar dewan juga terdapat pameran, jualan dan Wall of Creativity.




Dengan tamatnya majlis pelancaran IKRAMTeens, maka bermulalah perjuangan IKRAMTeens. Semoga dakwah Islam terus subur dengan adanya semangat juang IKRAMTeens. Tahniah kami ucapkan. Alfu Mabruk!



Wallahu a'lam.




kredit foto: Abdullah Mujahid Hasanuddin

6 comments:

  1. wah... menarik. rasa rugi lak x dpt pergi. anyway, tahniah kpd IKRAMTeens :)

    ReplyDelete
  2. tahniah! semoga dapat melahirkan ar rijal sebenar dgn platform ini. Allahu akbar!

    ReplyDelete
  3. kami dari ikram teens pontian
    sedang bercamping pada hari kejadian..
    jeles xdpt join pelancaran..
    nnt boleh record lagu tema 2..

    ReplyDelete
  4. lagi? mana gambar-gambar ikhwah akhawat karisma uiamg? :D

    ReplyDelete
  5. nad, ikhwah akhawat uia xd pon. sbb ni prog adik2. sy pon cuma tolong iring anak2 pakcik makcik shah alam :)

    ReplyDelete
  6. pada hari kejadian ikhwah akhwat ada 'kursus' wajib yg semua kene join.so, xramai kot yg g..btw, prog ni bersamaan dgn hari belia negara tu..huhu
    ana sendiri disuruh g utk wakil k-sel tp xdpt join..so...melepas~~~ :(

    ReplyDelete