Tuesday, September 4, 2012

Majlis Hari Raya IKRAM Gombak


Bismillahirrahmanirrahim

Atas mujahidah kita selama sebulan Ramadhan
Berusaha melawan nafsu makan dan anggota lainnya
Dan juga mujahadah kita menggandakan amalan soleh sebanyaknya

Menjadi adat kita untuk saling menziarahi kenalan dan saudara
Dan sudah kebiasaanya kita memohon ampun dan memaafkan sesama kita

Untuk itu,
Sekalung tahniah dari kami atas mujahadahmu
Dan izinkan kami meneruskan tradisi mulia ini
Yang jauh didekatkan
Yang dekat kita eratkan

Undangan ke Majlis Hari Raya IKRAM Daerah Gombak 2012

Ayuh sama-sama meriahkan suasana!

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H


Diberitakan terdapat satu jenis makanan ni. Terkenal di seluruh dunia. Sudahlah berkhasiat, rasanya enak sekali. Mampu didapati oleh semua jenis manusia tak kira miskin atau kaya. Terdapat dimana-mana, hinggakan ke kampung yang paling tersorok di dunia. Semua orang memperkatakan tentang kelazatannya. Berlumba-lumba orang nak rasa. Para menteri dan pegawai kerajaan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Hatta golongan buruh yang bekerja membanting tulang juga!

Wednesday, July 11, 2012

Mahmoud Sarsak dibebaskan





Selasa, 10 Julai 2012- Gaza menyambut kepulangan seorang pemain bola sepak Palestin, Mahmoud Sarsak yang ditahan Israel sejak 2009. Selepas dipenjarakan selama tiga tahun tanpa diberikan hak untuk dibicarakan, Sarsak akhirnya dibebaskan. Selama ditahan Sarsak telah menjalankan mogok lapar selama 90 hari.

Wednesday, May 23, 2012

Kisah Seorang Guru & Seorang Pelajar


Walaupun Hari Guru telah lama berlalu, tidak salah untuk kita menghargai jasa-jasa guru kita  setiap hari. Disini ingin saya kongsikan xsbuah cerita mengenai seorang guru dan murid.

Monday, May 14, 2012

Tersenyumlah!



Dia berkata:
"Langit sedih dan terlihat murung"
Aku berkata:
"Tersenyumlah!
Biarkan kemurungan itu ada di langit!"

Friday, May 11, 2012

16 Mei


Fakta tentang guru, yang kalian tidak tahu...
Yang tidak diketahui dari seorang Guru...

Guru, pahlawan tanpa tanda jasa...
berkat Dia, Perdana Menteri dapat mentadbir negara...
berkat Dia, Juruterbang dapat berlegar di ruang udara...
berkat Dia, barisan asatizah dapat dilahirkan...

Wednesday, May 9, 2012

Hanya Sekali, Satu Pusingan



Di kala warga Taman Ilmu dan Budi asyik dengan menyiapkan final assignment, final project, exhibition, dan tidak lupa juga final exam yang bakal menghantui mereka tidak beberapa lama lagi, hanya segelintir daripada mereka menyedari akan kehadiran 'Waktu Dirindui'. 

Thursday, April 26, 2012

MUDAH'12: Syukuri Hidayahmu




Post ini keluar bersempana Mukhayyam Dakhili 2012 yang berlangsung pada 14 dan 15 April 2012 lalu, di Masjid Syakirin, Gombak.