Thursday, June 24, 2010

Perkongsian GRUM 2010

Gerakan Responsif Ummah Madani
(GRUM 2010)



Kebanyakan aktiviti semasa GRUM 2010 adalah outdoor activity - perlu kepada kekuatan fizikal dan mental yang mantap.

Bermula di SRI Hira' Batu Belah, Klang pada hari jumaat 11 Jun 2010, peserta mula mendaftar sekitar jam 6.00 petang sehinggalah lewat malam. Dengan ini, secara rasminya, bermulalah perjuangan kami dalam GRUM kali ini!




ICE BREAKING dan PEMBAHAGIAN KUMPULAN

Mula-mula peserta dipecahkan mengikut bulan kelahiran, lepas tu ikut umur, lepas tu ikut asal negeri pulak. fuh~tak berpeluang langsung untuk duduk bersama sekutu sendiri. Ya! inilah masanya untuk mengenali rakan seperjuangan yang lain. Walaupun tak pernah kenal tetapi Jamaah telah menyatukan kita. Semangat Ukhuwah fillah jelas terasa.


Kemudian kita bincang nama kumpulan, ketua kumpulan & trade mark kumpulan


persembahan trade mark dan nama kumpulan! Memang mantap! Semuanya diselesaikan dalam masa yang singkat.


Sabtu, 12 jun 2010, 8.00 pagi

TAKLIMAT EXPLORACE dan SENAMAN RINGAN

Explorace bermula di SRI Hira' dan akan berakhir di Kem Lembah Genting, Batang Kali. Setiap kumpulan mesti singgah di semua check point yang telah ditetapkan sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Lembah Genting. Ada 6 check point semuanya - Shah Alam, Kg Dato' Harun, Kg Baru, Pasar Seni & dua lagi lokasi yang tidak dapat diingati.

Tapi sebelum apa-apa, kita sarapan dulu! Alhamdulillah ada juga rezeki kita pagi ni.

Sementara itu, pihak urusetia sibuk menyusun klu untuk ke check point sebelum diberi kepada para peserta


Sepanjang perjalanan, setiap kumpulan mesti laksanakan 6 wajibat:

1. Dakwah Fardiah
2. Dakwah isu Palestin
3. Dakwah kepada masyarakat
4. Kerjasama dalam kumpulan
5. Skill kepimpinan
6. Kekuatan fizikal

SRI Hira' >>check point 1 >> KL Sentral >> Kem Lembah Genting

Selain itu, ada ayat hafalan untuk para peserta yang akan di tasmi' kemudiannya. Setiap kumpulan dibekalkan RM90 'duit poket' (seorang RM10 sahaja) sebagai bekalan sepanjang perjalanan, untuk tambang pengangkutan dan duit makan. Duit dari kocek sendiri tidak dibenarkan. Maka, pelbagai inisiatif telah kami lakukan untuk mencari dana. Ada yang jual tisu, tolong bersihkan restoran, jual barang-barang sendiri dan pelbagai lagi bentuk ikhtiar.

..dan bermulalah explorace GRUM 2010!

Pertama sekali, kita mulakan dengan bismillah. Moga setiap langkah diberkati-Nya

ok, first challenge....

SUDOKU CHALLENGE

2 sudokus to be completed. Level: Difficult

Fuh~ tiba-tiba Hira' sunyi dari keriuhan manusia. Masing-masing fokus & menumpukan sepenuh perhatian. Berkerut dahi semuanya. Setengah jam berlalu, masih belum ada kumpulan yang berjaya selesaikan kedua-dua Sudoku. Akhirnya urusetia beri keringanan untuk ke cabaran yang seterusnya. Tapi sudoku masih harus diselesaikan!

Fokus!



CABARAN MENEBAR ROTI CANAI

Inilah masanya untuk tunjukkan skill yang ada! Meh kita tebar roti canai, masak dan makan sampai habis!

Lokasi: 2 buah restoran berdekatan SRI Hira'.


yang topi merah bukan peserta eh, tu pekerja kedai tu. Tunjuk ajar bagi yang memerlukan bimbingan

Hasilnya..macam-macam bentuk ada. Ini namanya seni menebar.
Lain tangan, lain bentuk.

Makan harus habis!

Sempat juga bermesra dengan pemilik kedai. DF!


CHECK POINT 1

Seterusnya, setiap kumpulan meneruskan perjalanan untuk pergi ke check point masing-masing. Untuk setiap check point, akan ada dua kumpulan sahaja yang pergi dalam satu-satu masa. Naik pengangkutan awam.

Sambil tu hafal ayat yang akan ditasmi' nanti. Alhamdulillah. Inilah dia generasi al-Quran.

Setibanya di tempat kejadian, kena buat khidmat masyarakat di sekitar kawasan - terpulang kepada setiap kumpulan untuk buat apa-apa yang dirasakan memberi khidmat kepada masyarakat, tanpa mengharapkan sebarang upah mahupun ganjaran.

Ada yang tolong cuci pinggan di walimah orang

Ada yang cuci pinggan mangkuk di restoran

Ada yang ziarah pesakit di hospital.


KL SENTRAL

Selesai sudah tugasan di check point 1. Jom ke KL Sentral pula. Di sini kita akan tasmi' hafalan. Alhamdulillah, majoriti berjaya menyempurnakan cabaran ini!

Baca Quran kat mana-mana pun boleh


Dari KL Sentral menuju ke Kem Lembah Genting, perkhidmatan KTM digunakan

DF sambil beramah mesra



Tiba akhirnya di Stesen Batang Kali. Alhamdulillah!
Tapi cabaran masih belum berakhir - Nasyidkan 1 lagu berkaitan Palestin.


Akhawat tetap semangat!


KEM LEMBAH GENTING, BATANG KALI

Akhirnya kami tiba jua di destinasi yang dituju. Tapi nampaknya cabaran sebenar baru sahaja bermula. Seterusnya...


MEMANAH


Sedikit bimbingan dari yang pakar

Setiap anak panah yang menembusi papan di hadapan tu dikira markahnya. Jadi kena panah betul-betul!

Cabaran diteruskan lagi dengan flying fox dan obstacles yang lain. Antaranya, crawling atau merangkak dalam lumpur. Memang mencabar dan sangat memenatkan!



OPS CEKAL MALAM

Ops cekal malam atau night walk - Semua peserta dilepaskan seorang diri ke dalam ladang kelapa sawit. Bermula lebih kurang jam 11pm. Password: pisang-emas. Pergantungan kita dengan Allah saat ini sangatlah teruji. Aktiviti tamat kira-kira jam 2.30am.


Ahad, 13 jun 2010, pagi

SENAMAN RUHUL JADID

Ikhwah sangat bersemangat. Semangat Ar-Ruhul Jadid!



SIMULASI KEPIMPINAN

Tajuk: Gejala Sosial Masa Kini, Punca dan Penyelesaiannya

Ada 6 peranan yang perlu dimainkan (sama ada suka mahupun tidak). Kerajaan, parti pemangkang, badan bukan kerajaan(NGO), mahasiswa, media massa dan rakyat jelata.

Bermula dengan pembentangan usul dari setiap kumpulan

Sesi perbahasan - pertahankan diri!

Akhirnya, masing-masing sepakat bahawa semua pihak bertanggungjawab ke atas setiap apa yang berlaku pada hari ni. Tak boleh sentiasa menunding jari ke arah orang lain, tetapi muhasabahlah diri sendiri - apa yang telah kita sumbangkan untuk membanteras masalah-masalah ini? Jadi, jom rancakkan lagi dakwah kampus kita!


PENYAMPAIAN HADIAH DAN PENUTUP

Berakhir sudah GRUM 2010. Sesi penyampaian hadiah, hanya 3 kumpulan terbaik sahaja yang mendapat habuan. Tetapi itu semua tidak sepenting pelajaran dan pengajaran yang telah kita kaut sebanyak-banyaknya sepanjang dua hari satu malam kita berprogram. Alhamdulillah!


p.s: Ini sekadar perkongsian, bukan laporan. Disebabkan penulis juga merupakan salah seorang peserta, jadi, perkongsian ini sebenarnya lebih kepada pengalaman ana sendiri. Kalau tanya peserta lain, mungkin antum akan dapat cerita-cerita yang berbeza.

9 comments:

  1. seronoknya memanah. ada typo, *batang kali*

    mengikut line MiSi, qawiy!!

    ReplyDelete
  2. salam. wah. sngt seronok. bila lagi K-DG mahu bermukhayyam ala-ala explorace ~

    ReplyDelete
  3. fuh sgt sronokla xtvt2 nye! ade bbrp xtvt yg x penah merasa lg :)

    ReplyDelete
  4. Teringat YOQ 2008 dahulu, walaupun tak sama, tapi ala-ala explorace juga...Rabbani adalah wakil ikhwah untuk GRUM, memang terbaiklah!

    ReplyDelete
  5. practice makes perfect nya? semakin lama laporan laporan di blog semakin mantap dan menarik....

    tarbiyah mengajar kita. :) semoga kita semua terus berusaha .

    p.s: sangat cemburu kepada rakan rakan yang berpeluang menyertai GRUM! teringin....

    ReplyDelete
  6. waa, menarik la mengikut penceritaan dr gmbr2 yg di paparkan. namun masih belum berpeluang mengikuti....

    tak sangke pulok tu bt kt SRI Hira' Batu Belah, Klang kn..huhu -_-!

    ReplyDelete
  7. mukhayyam ala-ala explorace???kie buat 1 next sem nk??haha... ;p

    ReplyDelete
  8. simulasi kepimpinan antara pengalaman yang best! slot wajib grum ni! ;)

    ReplyDelete