Saturday, June 5, 2010

laporan DEMO SOLIDARITI LIFELINE 4 GAZA

DEMO SOLIDARITI LIFELINE 4 GAZA – MEMBEBASKAN PALESTIN.
Tarikh : 4 Jun 2010 (Jumaat)

Masa : Jam 2.00 petang

Tempat: dari Perkarangan Menara Tabung Haji Jalan Tun Razak Kuala Lumpur menuju ke Kedutaan Amerika




orang ramai mula berkumpul sekitar jam 1.00pm bagi mengerjakan solat jumaat di surau tabung haji dan seterusnya menyertai demo LL4G. sejarah hari ini merakamkan pelbagai jenis manusia yang datang bagi menunaikan solat jumaat (selalunya orang lelaki je solat jumaat)



muslimin muslimat mengerjakan solat jumaat. kawasan solat yag sudah penuh tidak menjadi halangan




adik kita ini juga, solat bermaflakan palestin. tetap semangat!



usai solat jumaat, semua ikhwah akhawat berkumpul untuk memulakan demo. para sukarelawan bertungkus lumus bekerja bagi memastikan semua berjalan lancar. banner diangkat. bendera dikibar. laungan semangat disorak. kemudian langkah diatur kemas menuju ke kedutaan amerika. cuaca yang terik tidak dihiraukan.


adik kecil yang bersemangat tinggi membebaskan palestina. moga menjadi mujahid dakwah yang tetap semangat menjulang kalimah Allah




dengan berakhirnya demo ini, tidak bermakna berakhirnya perjuangan kita. teruskan berdoa dan solat hajat. walaupun usaha kita ini nampak sangat kecil, namun insya Allah ada ganjarannya jika ikhlas kerana Allah. teruskan menyebar isu palestin kepada keluarga, kawan2 dan masyarakat luar sana.

akhir kata, moga tetap semangat!!Allahu Akbar!!


6 comments:

  1. salam...
    semoga semangat warga dunia takkan pernah padam...
    ~deep in my heart I never have any doubt, Palestine tomorrow will be free...

    ReplyDelete
  2. we will not go down. not tonight. not ever!

    semoga terus semangat dan kuat!

    p/s: alangkah indahnya, jika semangat dan kekuatan yang sama boleh dipinjam dan digunakan dalam merancakkan dakwah kampus di uiam? :)

    ReplyDelete
  3. kerja besar untuk orang berjiwa besar.

    maka sesiapa yang berada di hadapan barisan, harus bersedia untuk terus kekal di hadapan! :)

    p/s: lebih2 lagi frontliner yang gambar dah terpampang di merata rata tempat.!

    ReplyDelete
  4. dari barisan usrah
    dan dari umbi tarbiyah
    muncullah sinaran fikrah
    Islah terus meniti masa

    dari ruang selesa
    ke JALANAN YANG BERHABA
    menegak keadilan
    menjulang kebenaran

    lalala......



    p/s: Tahniah yang berjaya ke demo lepas, insya Allah, sikit-sikit lama-lama jadi BUKIT!

    ReplyDelete
  5. masya Allah
    moga2 terus thabat.terus semangat!

    ReplyDelete
  6. spt akh alif(ketua sorakan) telah ingatkan pada kita semua sblm bergerak..
    selalu lah jaga niat kita!
    semoga sedikit usaha kita ini diterima sebagai amal!

    ReplyDelete