Wednesday, June 9, 2010

Laporan Jaulah Kelantan



Alhamdulillah, pada 4-6 Jun 2010 yang lalu, 10 orang akhawat KDG telah berjaya menjejaki bumi Che Siti Wan Kembang dalam program 'Jaulah Kelantan'. Di antara mereka adalah warga jati Klate, dan ada juga yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Jom ikuti pengembaraan mereka dalam laporan bergambar ini~


Hari Pertama
Bertolak dari Greenwood lebih kurang jam 11.30 pm, 4 Jun '10 (selepas pulang berdemo di sebelah pagi & petang). Jalan yang jam menyebabkan bas lewat sampai di Kelantan tetapi akhirnya tiba juga di..



..rumah adik kecik molek ini! Alhamdulillah :)


Lepas letak beg, masing-masing turun ke dapur.
Perut yang lapar harus diisi. Jadi, jom kita masak sarapan~

Akhawat can cut veggies!


Akhawat can prepare hot tea!


And most importantly, akhawat can cook! :D


Lebih kurang jam 12.15 pm, kami bergerak pula ke rumah K.Nik. Kunjungan kami disambut dengan nasi putih, tomyam, ikan kering, ikan goreng, sambal belacan, buah tembikai dan air sirap sebagai hidangan makan tengahari. Semoga Allah murahkan rezeki tuan rumah & berkati mereka sekeluarga! Ameen.


Hanya sebahagian dari hidangan yang banyakk..


Sesudah makan, bertaaruf & bersembang dengan
tuan rumah, kami turun menjelajah kampung..

Sempat bermain pasir

Pasir ditukar menjadi hasil seni

Kambing biri-biri?

Bergambar bersama lembu & rakan-rakannya



Seterusnya, kami gegas membantu keluarga sepupu K.Nik membungkus gula-gula atau 'cekelat' dalam bahasa Kelantannya untuk suatu kenduri kahwin yang bakal dilangsungkan selang beberapa hari selepas kepulangan kami




Skil

v
v

Ketangkasan

v
v

Ketekunan

v
v

Keikhlasan

v
v

Nah.. siap juga akhirnya!

Semoga Allah satukan pasangan pengantin dlm kebaikan. Ameen :)


Jam 5.30pm, kami kembali meredah jalan raya yang sibuk untuk menziarahi seorang tokoh aktivis akhawat di Kelantan. Dr Rohani namanya. Sekali lagi, kami dijamu dengan hidangan yang mengasyikkan. Alhamdulillah!

Laksa dengan kuah Kelantan & Johor, juga kuih lompat tikam sebagai pencuci mulut. Sedap~


Akhawat bergambar kenangan bersama Dr Rohani.
Moga Dr terus diberi kekuatan untuk thabat dan istiqamah dlm da'wah. Ameen! :)


Sepulangnya dari ziarah, di sebelah malamnya kami menapak ke KB Mall,
buat mencari sedikit barang keperluan & ole-ole..



Hari Kedua

Selepas solat Subuh berjemaah & sebelum bertolak keluar untuk agenda-agenda yang telah dirancang, kami sempat berkumpul untuk mendengar sedikit tazkeerah petikan buku:

Virus-virus Ukhuwwah

Antara lainnya buku tersebut menceritakan tentang hubung kait ibadah & kekuatan ukhuwwah. Tidak berlebihan kiranya kita simpulkan bahawa lebih tinggi tahap iman & taqwa seseorang itu, maka akan lebih kukuh pulalah ikatan persaudaraannya.


Lebih kurang jam 7.15 pagi, kenderaan dipacu menuju ke rumah..
Dr Habsah, seorang lagi aktivis da'wah di bumi Kelantan..

"Assalamu'alaikum.." Semoga kedatangan kami membawa
kebaikan & keberkatan buat keluarga du'at ini

Sarapan nasi lemak & teh O' panas jadi sajian di waktu pagi,
hasil kemurahan hati tuan rumah & ahli keluarganya

Bergambar kenangan bersama Dr Habsah

Memenuhi kereta untuk ke destinasi seterusnya..

..tetapi masih sempat singgah bergambar di
hadapan rumah MB Kelantan di Pulau Melaka

juga sempat singgah di pusat tarbiyyah SMI Aman di Binjai.
Sekolah yang banyak berjasa menghasilkan barisan du'at soleh/ah & musleh/ah.


Destinasi seterusnya...
walimah salah seorang akhawat tersayang,
K.Farhah Amirah Che Mohd Ariff

gambar pasangan selepas akad nikah.
Barakallahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fi khayr!

Hidangan ABC dengan pulut dan tapai beserta nasi kukus di rumah pengantin memang menyelerakan! terpaksalah akhawat.. makan lagi :D


Usai meraikan walimah, kami turun berjalan-jalan di bandar Kota Bharu. Solat Zuhur di surau berhampiran Pasar Besar Siti Khadijah dan terus menyerbu lokasi mahsyur itu untuk membeli buah tangan dan beberapa barang yang diingini..

Penat membeli-belah, kita serbu KB Trade Center & destinasi kita ialahh..
Restoran Radix Fried Chicken! Restoran ni tak ada di KL jadi.. Jom makan!



Beriya-iya akhawat membeli kerana walaupun sedikit mahal, syarikat ini syarikat muslim,
ayam-ayam dan hidangannya diyakini halal, baik & tidak membahayakan kesihatan.


Allahumma baariklana fiima razaqtana waqinaa 'azabannaar



Semoga lebih banyak lagi restoran sebegini dihasilkan orang Islam di Malaysia. Sedap pun iya, berkualiti pun iya; menyebabkan kami tidak ragu-ragu melabur duit, sebaliknya satu kepuasan pula yang dapat kami rasai.

Sasaran shopping terakhir kami sebelum pulang..
Booth menjual t-shirt labuh


* * *

Akhirnya, tamat sudah kembara kami di bumi Kelantan. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan terutamanya kepada Encik Wan Zulkipli sekeluarga di atas jasa yang tidak terhitung nilainya. Ucapan terima kasih juga kami panjangkan kepada semua pihak yang telah menjayakan jaulah ini, samada secara langsung mahupun tidak. Moga Allah membalas budi baik kalian dengan jannah! Ameen.


Jam 9:53 pm, bas bergerak dari stesen bas Kota Bharu,
meninggalkan bumi Kelantan sayup di belakang. semoga 3 hari yang dilalui
bersama-sama dikira sebagai amal ibadah di sisi Allah. Ameen!

10 comments:

  1. Alhamdulillah, bertambah lagi warga KDG yang telah memasuki alam Baitul Muslim, best2!




    p/s:Lama dah tak balik Kelantan

    ReplyDelete
  2. tahniah puan farhah+encik jamil!!

    nota:

    1. maaf tak dapat gi. ada 'bekwoh' sedara.

    2. saya da lama x balik kelantan. (jeles)

    3. saya cadangkan, kite perhatikan perkataan 'ukhti' + 'akhawat' digunakan pada tempatnya. jika seorang dan jika ramai.

    4. selamat berkahwen buat semua pengantin2!

    :)

    ReplyDelete
  3. seronoknya.. :)
    kelantan kaya dgn jenis makanan..
    tahniah utk pengantin! :D

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah thumma alhamdulillah.
    bg pihak tuan rumah mohon maaf atas kurang lebih layanan spjg di bumi kelantan.

    maaf jugak xdapat bawa berjalan ke tepi pantai :(

    em, silap nama menu,
    1. hidangan di rumah Dr Rohani; laksa penang dan laksa kelantan.
    kuih muihnya satu lagi>> serabae. :D
    2. nama betul ABC tu cendol pulut tapai>> CPT.

    makan aje ek :D
    tahniah semua!

    marwan; lame tu berapa tahun? *angkat kening*

    hma; maaf tak dapat memenuhi jemputan ke tok bali... jalannya subhanallah~

    ReplyDelete
  5. seronok3, jaulah adalah salah satu cara paling best utk mengenal seseorang. peristiwa tak disangka-sangka pon best jugak utk dikenang

    ReplyDelete
  6. salam.

    jazakumullaahukhair banyak3 kepada kak Tim sekeluarga kerana menjadi tuan rumah yg sangat best!
    :D
    mcm hotel 3 bintang tuh. hehe.

    sememangnya jaulah memberi banyak makna :)



    p/s: ouh saya kempunan sama kuih lompat tikam... T.T

    ReplyDelete
  7. ye lah mmg trbukti dgn adanya jaulah kita dpt kenal lbih rapat dgn akhawat kita...
    byk juga 'sharing2' yg dikongsi..
    n juga skil2 spontan yg dipelajari. ;-)

    t.kasih byk2 kpd pkcik wan zulkipli sekeluarga,x perlu sewa hotel lima bintang, lbih baek dr hotel 5 bintg.

    mg2 ada lg jaulah akhawat slps ini..mmg sronok! ^_^

    ReplyDelete
  8. what happened in kelantan. stays in kelantan ye akhawat fillah! :)

    ReplyDelete
  9. nad, byk 'ibrah yg bole dibawa pulang.
    yg x perlu bw pulg, kena stay kat sana.cthnya cam kmbing,lembu, biri2,dll....
    klu trbawa balik gak yg x perlu tu tegur2la ye..hehe

    ReplyDelete
  10. first time berjaulah dengan akhawat. :)

    terasa nikmat ukhuwah fillah.

    walaupun kelantan panas. dan sesak. kalah kl. tapi ada keunikan dan tarikan tersendiri.

    p/s: tak dapat pegi pantai.. bole main pasir kat ruma kak nik pon jadi lah.. :)

    ReplyDelete