Saturday, June 19, 2010

Sejarah Baru: Majlis Pelancaran IKRAM


BILA?
Ahad, 20 Jun 2010, 9.00 pagi - 2.00 petang

DI MANA?
Dewan Konvension Malaysia International Exhibtion and Convention Centre Jalan Dulang Mines Resort City 43300 Seri Kembangan

apa itu IKRAM?
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

MISI dan VISI?
IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

LAGU IKRAM:

http://www.youtube.com/watch?v=INqswNhvlOk

~hafaz lagu ini untuk nyanyi bersama-sama semasa Majlis Pelancaran :)

source: www.ikram.org.my/v1

mari beramai-ramai bergerak untuk Islam
sila invite kawan2 anda...

sebarkan~

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Tel: 03-55483140 Fax: 03-55427864

p/s: makanan disediakan bagi yang mendaftar kehadiran ke PELANCARAN IKRAM.
untuk mendaftar boleh hubungi nombor tertera diatas...

JOM beramai-ramai menyaksikan detik bersejarah ini dan menjadi sebahagian dari helaian sejarah. Allahuakbar!!!
JazakAllah khair~


3 comments:

  1. Bersamalah kita mendoakan sejarah jamaah yang baru!

    ReplyDelete
  2. Akh Marwan, bkn Jamaah dah lama (puluhan telah berlalu, Jamaah dibina tanpa jemu)... Cuma era (mihwar) yg Baru! Ukhuwah Teras Kegemilangan!!!(^_^)v

    ReplyDelete
  3. maaf, ayat ana tadi sepatutnya dibaca sebagai "sejarah (jamaah) yang baru", bukan sebagai "sejarah (jamaah yang baru)", hehe....





    p/s: Terpukau tengok lebih 5000 orang ikhwah dari serata Malaysia!

    ReplyDelete