Tuesday, June 29, 2010

MISI '10: Slot LL4G Siri 2

Berdasarkan tiga objektif yang telah dinyatakan dalam siri 1 slot LL4G sebelum ini, IHH telah mengajak seluruh penduduk dunia untuk sama-sama bergabung dalam usaha menamatkan penderitaan Gaza yang berada dalam cengkaman rejim Zionis. Berlepasnya konvoi Freedom Flotilla dari pelabuhan Istanbul menuju ke penjara terbesar dunia itu pada tarikh 22 Mei 2010 telah diiringi dengan laungan takbir dan tembakan doa.

Monday, June 28, 2010

MISI '10: Slot LL4G Siri 1

Slot LL4G atau Lifeline 4 Gaza merupakan salah satu slot MISI '10 yang paling menarik. Jemputan khas untuk slot ini ialah Ust Hasanuddin Mohd Yunus dari Aqsa Syarif. Ust Hasanuddin merupakan salah seorang sukarelawan dalam konvoi Freedom Flotilla ke Gaza. Menaiki kapal Mavi Marmara dengan 11 orang rakyat Malaysia yang lain, kepulangan Ust Hasanuddin dan rakan-rakan ke Malaysia pada 6 Jun yang lalu (setelah melalui pengalaman menjadi tahanan Israel) disambut dengan siri-siri ceramah dan program-program pembebasan Palestina di seluruh negara.

Sunday, June 27, 2010

MISI '10 part 1

BAITUL MUSLIM


SLOT 1

13 Jun 2010 , 9.30 malam

Ahli-ahli panel:
1. Azlina Isa (Ummi Ina)
2. Pak cik Kamil
3.Akh Aiman Roslizar

Tema: Kenapa ikhwah mesti pilih akhawat? Dan kenapa akhawat mesti pilih ikhwah?

Friday, June 25, 2010

MISI '10


MISI '10
MUKHAYYAM INTENSIF SISWA SISWI ISLAH 
5 Jun '10 - 19 Jun '10
SRI HIRA' Batu Belah


Alhamdulillah, suatu mukhayyam tarbawi intensif iaitu MISI '10 yang bermemontum tinggi telah berjaya dilaksanakan di peringkat Nasional pada 5 Jun '10 yang lalu dan tamat pada 19 Jun '10 - sehari sebelum berlangsungnya sejarah gilang-gemilang pelancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia di MIECC pada 20 Jun 2010.

Thursday, June 24, 2010

Perkongsian GRUM 2010

Gerakan Responsif Ummah Madani
(GRUM 2010)



Kebanyakan aktiviti semasa GRUM 2010 adalah outdoor activity - perlu kepada kekuatan fizikal dan mental yang mantap.

Bermula di SRI Hira' Batu Belah, Klang pada hari jumaat 11 Jun 2010, peserta mula mendaftar sekitar jam 6.00 petang sehinggalah lewat malam. Dengan ini, secara rasminya, bermulalah perjuangan kami dalam GRUM kali ini!

Monday, June 21, 2010

Laporan: Majlis Pelancaran IKRAM


Majlis Pelancaran IKRAM
Ahad, 20 Jun 2010
Malaysia International Exhibition and Convention Centre




Mutakhir ini, seluruh alam menyaksikan kebangkitan Islam yang semakin bersemarak dengan dokongan hebat aktivis-aktivis dan gerakan-gerakan da'wah dari seluruh dunia. Alhamdulillah, negara kita Malaysia juga turut tidak ketinggalan dari menyumbang kepada perkembangan positif ini. 20 Jun 2010, persada da'wah tanah air menerima satu lagi lonjakan fasa dan momentum yang bertenaga apabila IKRAM selamat dilancarkan dengan jayanya di Malaysia International Exhibition and Convention Center (MIEC) Seri Kembangan.

Saturday, June 19, 2010

Sejarah Baru: Majlis Pelancaran IKRAM


BILA?
Ahad, 20 Jun 2010, 9.00 pagi - 2.00 petang

DI MANA?
Dewan Konvension Malaysia International Exhibtion and Convention Centre Jalan Dulang Mines Resort City 43300 Seri Kembangan

apa itu IKRAM?
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Wednesday, June 9, 2010

Laporan Program: Ziarah Rumah Orang Tua al-Ikhlas edisi 2


aspromised, the odyssey continue...

Then, kita beralih ke team seterusnye, team Gotong Royong. Ahli2 team ni hanya terdiri oleh brothers sahaja. Tugasan adalah merangkumi bersihkan sekitar kawasan rumah al-Ikhlas; kumpul kayu satu tempat, potong rumput, buat parit, dll...fuh! bunyi macam berat je, bole ke diorang buat...

Laporan Jaulah Kelantan



Alhamdulillah, pada 4-6 Jun 2010 yang lalu, 10 orang akhawat KDG telah berjaya menjejaki bumi Che Siti Wan Kembang dalam program 'Jaulah Kelantan'. Di antara mereka adalah warga jati Klate, dan ada juga yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Jom ikuti pengembaraan mereka dalam laporan bergambar ini~


Hari Pertama
Bertolak dari Greenwood lebih kurang jam 11.30 pm, 4 Jun '10 (selepas pulang berdemo di sebelah pagi & petang). Jalan yang jam menyebabkan bas lewat sampai di Kelantan tetapi akhirnya tiba juga di..



Saturday, June 5, 2010

laporan DEMO SOLIDARITI LIFELINE 4 GAZA

DEMO SOLIDARITI LIFELINE 4 GAZA – MEMBEBASKAN PALESTIN.
Tarikh : 4 Jun 2010 (Jumaat)

Masa : Jam 2.00 petang

Tempat: dari Perkarangan Menara Tabung Haji Jalan Tun Razak Kuala Lumpur menuju ke Kedutaan Amerika


Wednesday, June 2, 2010

Sekitar Serahan Memorandum di Kedutaan Amerika


Serahan Memorandum Mengutuk Serangan Israel
ke atas Flotilla Bantuan Untuk Gaza

Lokasi: Kedutaan Amerika



Tarikh: 1 Mei 2010
Masa: 10 AM

HALUAN
AQSA SYARIF
Jamaah Islah Malaysia
Palestine Center of Excellence
Muslim Care Malaysian Society
Yayasan Amal
MAWADDAH
Viva Palestina Malaysia
Dewan Pemuda Masjid
Angkatan Belia Islam Malaysia
Global Peace Malaysia

Buat Apa Sibuk-sibuk Pasal Gaza & Freedom Flotilla?

Hari ini 2 Jun 2010. Sudah dua hari berlalu semenjak tragedi serangan tentera Israel ke atas konvoi Freedom Flotilla. Dunia menzahirkan kemarahan atas tindakan biadab yang dilakukan oleh rejim kejam Zionis. Jalan-jalan raya di Turki dan Indonesia dibanjiri ribuan rakyat yang ingin meluahkan protes terhadap Israel. Rakyat Malaysia dan Australia juga tidak terkecuali daripada turun menunjukkan solidariti terhadap Freedom Flotilla di negara masing-masing. [Sumber: Aljazeera.net]



Laporan Program: Ziarah Rumah Orang Tua al-Ikhlas edisi 1

.:Ziarah Rumah Orang Tua al-Ikhlas:.

Berakhir sudah satu lagi program yang tidak kurang mantapnya oleh armada Karisma Daerah Gombak. Program Ziarah Rumah Orang Tua al-Ikhlas telah dijayakan oleh 5 peserta brothers dan 17 orang peserta sisters. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana sudi menjayakan program ini...

----------the odyssey begins----------

CHAPTER 1: The Gathering

Bermulanya perjalanan kami di bawah tangga besar UIA...

kelibat2 brothers dan sister yang setia menunggu yang belum tiba ketika rahmat-rahmat tuhan jatuh ke muka bumi...