Wednesday, June 2, 2010

Sekitar Serahan Memorandum di Kedutaan Amerika


Serahan Memorandum Mengutuk Serangan Israel
ke atas Flotilla Bantuan Untuk Gaza

Lokasi: Kedutaan Amerika



Tarikh: 1 Mei 2010
Masa: 10 AM

HALUAN
AQSA SYARIF
Jamaah Islah Malaysia
Palestine Center of Excellence
Muslim Care Malaysian Society
Yayasan Amal
MAWADDAH
Viva Palestina Malaysia
Dewan Pemuda Masjid
Angkatan Belia Islam Malaysia
Global Peace Malaysia


Mengapa memorandum mesti diserahkan?

Menunjukkan protes terhadap tindakan mengepung Gaza
& menghalang bantuan kemanusiaan dari memasukinya sejak sekian lama

Fakta: Israel telah merubah Gaza menjadi sebuah 'penjara' terbesar dunia dengan mengepung penduduknya yang berjumlah lebih 1.5 juta jiwa dari jalan laut, darat dan juga udara sejak sekian lama. Penduduk Gaza diancam kematian akibat kekurangan bahan makanan, air, bekalan elektrik dan ubat-ubatan. Tidak cukup dengan itu, jalur Gaza sering menjadi sasaran serangan tentera Israel dari segenap arah.



Mengutuk tindakan biadab tentera Israel mengepung kapal-kapal konvoi yang sedang dalam pelayaran AMAN menuju ke Gaza untuk penyerahan bantuan kemanusiaan.

Fakta: Kesemua penumpang kapal adalah aktivis-aktivis dari kalangan orang awam yang datang dari seluruh pelusuk dunia demi berkongsi sedikit sinar kehidupan di Gaza. Kapal-kapal ini sedikit pun tidak menggugat kesejahteraan Israel atau rakyatnya yang hidup mewah dan selesa di atas tanah-tanah orang Palestin yang mereka rampas. Sebaliknya dari awal lagi pihak konvoi telah menjelaskan niat kedatangan mereka dengan baik dan tidak membawa sebarang alat persenjataan di atas kapal.



Mengutuk tindakan kejam tentera Israel menembak orang-orang awam yang tidak bersenjata dari kalangan lelaki, wanita, kanak-kanak dan orang tua di atas kapal konvoi.

Fakta: Tentera-tentera Israel tidak berhenti menyerang para penumpang meskipun bendera putih telah diangkat. Antara kata-kata yang didengari dari live streaming kapal Mavi Marmara semasa serangan adalah: "We have critically injured people here, we need help. Do not fire on us, we are civilians!" Malangnya, rayuan demi rayuan orang awam tidak diendahkan oleh pihak tentera Zionis.


Menggesa tindakan diambil ke atas Israel atas sebab
perlanggaran undang-undang & hak asasi manusia.

Fakta: Freedom Flotilla masih berada di perairan antarabangsa dan belum pun memasuki persempadanan yang digariskan oleh pihak Israel sewaktu ia diserang. Israel sah telah mencabuli batasan undang-undang seperti mana yang telah ia lakukan sejak sekian lama.



Mengecam penipuan-penipuan dan penyelewengan fakta yang dilakukan berkenaan
situasi sebenar yang berlaku terhadap Mavi Marmara dan kapal-kapal lain sewaktu
serangan berlangsung.

Fakta: Kesemua saluran komunikasi baik isyarat dari telefon bimbit, radio, televisyen mahupun capaian internet diputuskan dari masa ke masa sewaktu serangan dilakukan ke atas kapal Mavi Marmara. Hal ini dilakukan agar kejadian tersebut tidak dapat diakses oleh penduduk dunia untuk mengetahui keadaan sebenar di atas kapal. Selain memutuskan komunikasi, beberapa laman web yang memberitakan kejadian tersebut turut digodam.



Mengecam tindakan merampas kapal-kapal konvoi yang mengandungi
10 000 tan bahan bantuan kemanusiaan yang diamanahkan masyarakat dunia untuk Gaza.
Pihak Israel tidak sekali-kali berhak terhadap kapal tersebut dan seluruh isinya.

Bersabarlah wahai Gaza,
kami akan tetap bersamamu!



Fajar pasti menyinsing setelah gelap malam yang kelam.
Kemenangan pasti akan datang di tangan para pejuang kebenaran.

Aksi solidariti akan diteruskan lagi pada Jumaat ini, 4 Jun '10.
Berkumpul di kompleks Tabung Haji jam 2 pm.

Ayuh, inilah saatnya.. End The Suffering in Gaza!


6 comments:

  1. semoga jumaat ni lebih ramai yang turun menyatakan sokongan!

    :)

    ReplyDelete
  2. Fakta diselitkan dalam laporan, memang menarik!

    Selagi berpeluang, turun jangan tak turun JUMAAT ini!

    ReplyDelete
  3. Allahu akbar,
    andai tak mampu ke gaza,
    terimalah usaha kami sedikit ini ya Allah.

    T.T

    ReplyDelete
  4. ikhlaskan niat kita,
    semoga usaha kecil kita ni Allah permudahkan dan redha dengannya.

    perlu jelas dengan tindakan kita ni.
    supaya semangat ini takkan luntur walau sesaat.

    ouh Palestina menyatukan ummah!
    bergembiralah~

    ReplyDelete
  5. walau di mana kita berada.

    di hadapan. di kiri atau di kanan. semoga terus bekerja dengan hati yang ikhlas. mencapai matlamat yang satu.

    akhawat. semoga allah merahmati meredhai dan melindungi kita. :)

    p/s: bangga dikelilingi akhawat yang berjiwa kental dan bersemangat waja! semoga semangat dan kekuatan itu sama2 dikongsi. supaya tidak ada yang rebah lalu gugur! :)

    ReplyDelete