Friday, June 25, 2010

MISI '10


MISI '10
MUKHAYYAM INTENSIF SISWA SISWI ISLAH 
5 Jun '10 - 19 Jun '10
SRI HIRA' Batu Belah


Alhamdulillah, suatu mukhayyam tarbawi intensif iaitu MISI '10 yang bermemontum tinggi telah berjaya dilaksanakan di peringkat Nasional pada 5 Jun '10 yang lalu dan tamat pada 19 Jun '10 - sehari sebelum berlangsungnya sejarah gilang-gemilang pelancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia di MIECC pada 20 Jun 2010.


Bertemakan Du'at Iltizam Membumikan Fikrah Islam, mukhayyam ini telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 120 orang siswa dan siswi du'at seluruh negara, termasuklah lepasan SPM 2009. KARISMA Daerah Gombak turut tidak ketinggalan menghantar beberapa orang penggerak lokaliti untuk turun mentarbiyah diri dan jiwa di MISI '10 - ada di kalangan mereka yang berjaya hadir penuh ke MISI, ada yang hadir 10 hari, ada yang 8 dan ada yang kurang dari itu; tetapi tidak kira panjang mahupun singkat tempoh kehadiran, sudah terlalu banyak manfaat yang masing-masing peroleh sepanjang ber-MISI, insyaallah. Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada semua yang telah turun ke MISI '10. Bak kata Ust Alias, "Kalau untuk da'wah, masa dan pengorbanan seakan jadi murah." Allahu Akbar!! -Kepada yang tidak dapat hadir kerana kekangan final exam tetapi punya niat dan keinginan, jangan risau, anda juga beroleh pahala di sisi-Nya, insyaallah :)


ADA APA DENGAN MISI '10?


Sekadar sedikit gambaran umum - setiap hari yang dilalui para peserta MISI '10 padat dengan pengisian-pengisian menarik - Sejarah Usrah, Qaedah Sulbah, Syahadatul Haq, Seerah Nabawiyah dan Manusia Kebenaran hanyalah sebahagian daripada pengisian yang telah diperoleh, alhamdulillah. Selain itu, para peserta juga telah diajar skil-skil memasak, menjahit, mengurus kewangan dan berbicara dalam Speakers' Corner. Antara aktiviti-aktiviti Ruhi yang sentiasa diadakan sepanjang MISI '10 pula ialah qiyamullail dan halaqah setiap pagi selepas Subuh dan setiap malam sebelum masuk tidur. Tilawah surah terpilih akan dilakukan secara jama'ie di dalam halaqah-halaqah ini sebelum tadabbur ayat-ayat di dalam surah dilakukan. Selain itu, para peserta juga telah diamanahkan dengan hafalan surah Al-Furqan ayat 60-77.


Melihatkan kepada apa yang telah dilalui, pastilah banyak perkongsian yang boleh dilakukan mereka-mereka dari KARISMA Daerah Gombak yang telah merasai sendiri pengalaman ber-MISI tahun ini. Insyaallah, kami di unit media akan berusaha untuk menghadirkan beberapa siri perkongsian untuk para pembaca setia blog ini. Diharap semua bersabar dan sama-sama kita nantikan perkembangannya! :)

8 comments:

  1. teruskan update, jangan lupa tugasan yg diberikan ye semua..

    ReplyDelete
  2. tugasan? tugasan apa? tak tahu.. tak mahu... tak mampu..

    ReplyDelete
  3. tugasan...kalo yg balik awal dpt gak ke tugasan2 tu?

    p.s.: inilah dia masalah islam kini, suruh buat bende baik, segan, malu, tolak, lari... tapi kalo bende lagha...(adeh...ana sendiri terasa)hehe

    ReplyDelete
  4. tugasan share slot, nadhirah jgn lari ye!

    ooh, itu mesti, nak topup pahala kan? bolehla ambil tugasan paling senang sebelum diberi tugasan lagi susah. ada 10sen, bagi 10sen..

    ReplyDelete
  5. ho. saya yang menurut perintah. tapi kalau ada diskusi lagi menarik kan? bila lagi kita nak guna ruang ruang di facebook? :)

    oh umair. bukan masalah Islam. masalah UMAT Islam.

    nampanya umair akan mendahului rakan rakan yang lain untuk menghantar perkongsian MISI ye. nampak semangat berkobar kobar dah tuh. :)

    ReplyDelete
  6. thx kerana betulkan...

    kalo perkongsian secara offline pun still consider as perkongsian kan. ok sapa2 nk perkongsian dari ana sila la datang BF ye. hehe

    ReplyDelete
  7. oh pencerahan,

    'tak tahu tak mahu tak mampu'

    salah satu tagline yang digunakan dalam slot 'QAEDAH SULBAH' dalam program MISI 2010. :)

    p.s: mungkin boleh buat pautan ke facebook? ana tengok group MISI 2010 di facebook sangat rancak berdiskusi. moga bermanfaat untuk semua!

    ReplyDelete