Friday, May 21, 2010

Lifeline 4 Gaza: Kompilasi Kronologi


Sedikit sedutan ringkas kronologi peristiwa yang menyusuli misi Lifeline 4 Gaza dari Malaysia. Semoga ia bermanfaat dan mampu menguatkan semangat & jiwa kita.



15 Mei 2010
Senarai wakil-wakil rakyat Malaysia yang terpilih untuk menyertai konvoi kapal laut terbesar ke Gaza diumumkan oleh Sekretariat Lifeline4Gaza. Ketua misi konvoi tersebut iaitu Sdr Noorazman Mohd Samsuddin telah menyatakan enam kemungkinan bagi konvoi ke Gaza.


17 Mei 2010

Kerajaan Zionis Israel mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan kapal-kapal konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza. Pihak Zionis juga bakal melarang kapal-kapal tersebut dari menghampiri perairan Palestin. Selain itu, mereka juga telah mengeluarkan ancaman dan kemungkinan akan melancarkan serangan terhadap konvoi kemanusiaan itu.


19 Mei 2010

Lapan orang rakyat Malaysia yang mewakili beberapa buah NGO telah selamat berlepas ke Istanbul kira-kira jam 12.30 pagi untuk menyertai misi kemanusiaan Lifeline4Gaza. Antara peserta misi ini ialah Ir Dr Selamat Aliman selaku wakil JIM, PACE (Palestine Center for Excellence) & Aqsa Syarif. Ketua misi konvoi Malaysia telah menyampaikan amanat 'Seandainya Kami Tiada' sebelum delegasi bertolak ke Istanbul. Klik sini dan sini untuk membaca laporan keberangkatan misi konvoi Malaysia ke Istanbul.


Apa seterusnya?
Kesemua kapal-kapal yang menyertai misi ini akan berkumpul di Antalya yang terletak di selatan Turki pada 24 Mei 2010 sebelum bertolak ke Gaza pada keesokan harinya melalui Laut Mediterranean. Semoga Allah permudah.


* Sila klik pada tulisan-tulisan berwarna untuk pergi ke laman yang memaparkan maklumat lanjut.

** Perkembangan Konvoi Lifeline 4 Gaza ini boleh diikuti di laman web rasmi Lifeline 4 Gaza & laman facebook mereka, akhbar Sinar Harian, laman iluvislam.com & juga radio Ikim (setiap jam 9 malam).

4 comments:

  1. salam.

    alhamdulillah thummalhamdulillah.
    ana kira konvoi ini adalah buah-buah amal yang terhasil dari kefahaman, kecintaan dan kepedulian tentang isu Palestin.
    dan juga bukti keberanian dalam attempt utk melawan kuasa besar dunia, Zionis.
    cinta itu membutakan~

    semoga yang terbaik buat mereka semua!
    allahummansurna..

    mari sama-sama kita doakan keselamatan, kesihatan, kesejahteraan dan segala kebaikan untuk pejuang-pejuang fisabilillaah ini.

    Allahuakbar!

    ReplyDelete
  2. masha allah!
    alhamdulillah~
    moga Allah terus mudahkan perjalanan mereka..

    ReplyDelete
  3. Perjuangan kalian, akan kami iringi dengan doa, insyALLAH.

    Moga Allah permudahkan usaha kita. Moga Allah terima usaha kita.

    Terasa kerdil.

    ReplyDelete
  4. satu perjalanan yg amat bahaya dan genting sudah bermula!

    Kapal-kapal sudah pun selamat berlepas dari pelabuhan Yeni di Anatalya dan sedang menuju ke Gaza semalam. kita doakan misi mrk berjaya dan semua peserta konvoi pulang dgn slmt... ameen!!!

    quote:
    Presiden IHH, Bulent Yildirim berkata bahawa mereka tidak akan membiarkan konvoi ini diganggu oleh Israel. “Hari ini kita akan berlepas, semoga Allah memerlihara perjalanan kita. Kita jumpa lagi di Gaza”, kata Bulent disambut dengan sorakan dan takbir.

    read more:
    http://www.lifeline4gaza.org/2010/05/27/alhamdulillah-kami-akhirnya-berlayar-ke-gaza/

    ReplyDelete