Tuesday, May 25, 2010

Laporan Bergambar: Rehlah Akhawat


Ahad, 23 Mei 2010

"Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara.."
(Q. Al-Hujurat: )

Alhamdulillah, satu lagi usaha berukhuwwah telah berjaya dilaksanakan oleh akhawat Karisma UIAM dalam suatu program sesingkat 4 jam. Singkat-singkat pun, semoga Allah berkati dan panjangkan lagi ikatan 26 hati yang menyapa satu sama lain dalam rehlah 'fly the ukhuwwah' ini. Ameen!

Seperti biasa, kita biarkan gambar berkata-kata:

Sebelum bertolak
+3.30 pm. Cuaca panas. Matahari terik.

Akhawat kalau bab bermain layang-layang mmg semangat.
Lihat saja.. Sampai sanggup berpayung dan berdiri tanpa berganjak ;)

Beberapa ketika sebelum bertolak~

Lokasi tujuan:
Taman Kota Metropolitan, Kepong

Setibanya di tempat kejadian
sebelum apa-apa, kita solat dulu!

Pengalaman bersolat beralaskan tikar berbumbungkan langit
di atas bumi Tuhan yang terbentang luas

Usai menunaikan solat, akhawat berkumpul & bertaaruf.
Sambil-sambil itu, mari kita intai apa yang ada di langit.

Tengok tu, banyaknya layang-layang!
Patutlah masing-masing tak sabar-sabar lagi untuk terjun ke lapangan.

Sebelum bermain, kenalah dapatkan layang-layang dulu.
Kalau tak keluarkan modal, tak dapatlah miliki layang-layang.

Pelbagai jenis layang-layang yang dijual berhampiran padang permainan.
Semuanya dihasilkan dengan tujuan yang sama - untuk terbang di udara.

Akhawat riang yang gembira dengan layang-layang masing-masing

Walaupun hari sudah petang, panas masih tetap membahang.
Tapi ini lebih baik berbanding hujan. Jadi tunggu apa lagi, sementara masa masih ada..

kita terbangkan layang-layang yang ada di tangan!

silalah terbang tinggi wahai layang-layang, kerana
itulah sebab anda diciptakan :D

Akhawat in action

Selepas puas bermain
ayuh kita dengarkan tazkirah,
ibrah dari layang-layang~

sambil itu kita makan-makan

lepas itu kita bergambar pula!

Kenangan sebelum bertolak pulang ke mahallah masing-masing.
Semoga Allah berkati ukhuwwah yang terbina atas dasar iman & cinta kepadaNya!

Penutup
Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya):
"Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang sekiranya dilakukan, nescaya kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam (diantara kamu)" [HR Muslim]

Akhir kata, semoga ukhuwwah ini kita suburkan lagi dengan salam, sapaan, tegur-menegur dan saling ingat-mengingati, juga berpesan-pesan di atas kebaikan dan kebenaran! Ameen~

14 comments:

  1. wah.

    sekali lagi.

    jelas terlihat kegembiraan kalian.

    tarik-lepas-tarik. (format main)

    nota:

    bole ke S'Pore -- jika nak main layang2 yang bercahaya warna-warni ibarat bintang yang bergerak-gerak pada waktu malam.(ada kisah disebalik ini)

    layang2 ini perlu menggunakan alat kawalan jauh dan tidak menggunakan tali.

    perlu mendapatkan latihan dahulu ditempatnya.(ibarat test)

    ada level berdasarkan latihan dan perlu memperoleh badge--bahawa anda lulus utk bermain dan menggunakan alatan pemilik kedai itu.

    sumber: Majalah 3.

    huu, terpanjang plak komen..sori.

    ReplyDelete
  2. tak pe, yang kat Singapore tu insya Allah ikhwah pula yang akan pergi....

    ReplyDelete
  3. wah3. sangat jeles ye! sangat jeles!

    orang lain sibuk bermain dengan angin kuat.

    ada sesetengah yang lain pula sibuk ber-sauna...

    masyallah, moga allah balas pengorbanan dan usaha antunna! :)

    walau macam mana pon, banyak yang kita belajar hari tuh kan?

    manisnya ukhuwah. kerana allah. tiada ganti.

    ReplyDelete
  4. sekali lagi, GAMBAR yang sangat CANTIK!

    antunna memang berbakat! dan camera merah macho yang sangat berjasa! :)

    ReplyDelete
  5. manthop2! ikhwah kena pegi jugak sini... tapi kena buat layang2 sendiri... baru best! wau bulan ke... wau rama2 ke...

    ReplyDelete
  6. kalo camtu ana mencadangkanikhwah buat program rehlah 2 hari. aktiviti nye
    1. cari bahan buat layang2 (buluh, kertas, tali, dll...)
    2. buat layang2
    3. MAIN layang2!!!

    bukan setakat wau bulan n wau rama2, wau ikan, wau naga, wau helang semua kita buat, baik yg kecik ataupun besar.ana mencadangkan kita buat hari jumaat n sabtu.

    p.s. marwan, anta kena balik cepat. anta x bole miss rehlah ni(walaupun masih x confirm)

    ReplyDelete
  7. cadangan menarik umair. tapi, short sem ni stp mg mcm dah full... ana cadangkan kita wat sbg SAMPEL utk sem dpn... ok?

    ReplyDelete
  8. salam..
    alhamdulillah...
    syukran lillah a'la kulli haal...
    ~ukhwah itu pancaran iman~

    ReplyDelete
  9. macam kenal je ayat tersebut afra', berjaya menjeleskan nt eh?

    sahabat cermin diri, sayangilah mereka~

    ReplyDelete
  10. ^____^
    gembira tgk antunna gembira.

    ReplyDelete
  11. haaa. kalau ada akhawat yang tak puas lagi main layang layang harituh.

    bole join logo competition oleh unit media,

    fist prize adelah rehlah layang layang! :D

    ReplyDelete
  12. nad: nak main lagi lyg2... mmg x puas main... hu3...

    tp x reti lah nak wat logo copy-the-rite

    lau ad prtndingan wat sajak,best gak!

    ^_^

    ReplyDelete
  13. Cadangan yang menarik dari akh Azraai dan akh Umair, ok, kita cuba pertimbangkan untuk SAMPEL akan datang, Umair akan jadi PM, hehe....





    kepada Umair:Maaf, ana x boleh pulang lagi, tempoh uzlah ana masih belum tamat....

    ReplyDelete
  14. fly the kites:
    http://www.youtube.com/watch?v=Bup6VJkIpy0&feature=related

    ReplyDelete