Sunday, May 16, 2010

Laporan Jaulah Aqsa@Jabal Broga


JAULAH AQSA@JABAL BROGA
"Bir Ruh, Bid Dam, Labbaika Ya Aqsa!"

Alhamdulillah, pada 7 dan 8 Mei 2010 yang sudah pun berlalu, Karisma UIAM Gombak telah berjaya menghantar sebuah armada yang terdiri daripada 24 orang pemuda-pemuda tegar-tarbiyyah untuk menawan Bukit Broga dan menjalankan misi Jaulah Aqsa@Jabal Broga. Jaulah yang julung-julung kali diadakan ini menyaksikan armada tersebut yang diberi nama ‘Armada Palestina’ berkonvoi melalui jalan darat yang lancar (bukan jalan laut) untuk menuju ke destinasi-destinasi pilihan. Sebanyak 6 buah kereta telah berkhidmat untuk menjayakan konvoi ini.


Mengeratkan ukhuwwah – Demikianlah antara objektif jaulah yang ingin direalisasikan oleh Armada Palestina. Perkara ini berjaya dicapai (Alhamdulillah) meskipun hasrat untuk berukhuwwah serta mengenali dengan lebih dekat saudara-saudara se-Karisma dari UniKL BMI yang sepatutnya ikut berjaulah tidak kesampaian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun demikian, tautan ukhuwwah yang mantap bakal diusahakan jua melalui banyak lagi program-program kerjasama antara Karisma UIAM Gombak dan UniKL-BMI pada masa-masa akan datang, inshallah!


Selain ukhuwwah, satu lagi objektif jaulah adalah untuk menggerakkan sokongan padu golongan mahasiswa Islam kepada perjuangan rakyat Palestin dalam membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman kejam Zionis laknatullah. Kerana itulah, jaulah ini dinamakan Jaulah Aqsa @ Jabal Broga – sebuah jaulah unik yang sarat dengan matlamat-matlamat murni – memperjuangkan isu Palestin sambil berjalan di muka bumi, melihat kebesaran ciptaan Allah sambil menikmati indahnya berukhuwwah di atas dasar aqidah dan tauhid.


Preview aktiviti-aktiviti menarik Jaulah Aqsa@Jabal Broga:

  1. Perkongsian khas bersama Tokoh Aktivis Palestin Negara (Dr. Hafidzi Mohd Nor) di Pejabat Aqsa Syarif
  2. MABIT (Malam Bina Taqwa) di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih
  3. Kembara Matahari Terbit di Bukit Broga
  4. Rehlah Sungai Tekala
  5. Freeze for Palestine
  6. Perhimpunan Perdana Palestin (Stadium Melawati)


Alhamdulillah, aktiviti-aktiviti yang telah dilalui amatlah bermanfaat dan merupakan sebahagian daripada kombinasi mantap elemen-elemen rohani, fizikal & mental yang telah digarap sepanjang jaulah ini: Aspek fizikal teruji apabila team Armada Palestina sama-sama mendaki Bukit Broga di waktu awal pagi, aspek rohani terisi apabila sama-sama berqiyamullail dan bermunajat memohon ampunan daripada Illahi; manakala mental pula dimantapkan dengan keyakinan untuk berjuang menyemarakkan perjuangan membebaskan bumi Palestin dengan harta, darah dan diwa masing-masing.


Pengalaman berjaulah selama 2 hari satu malam ini tambah meriah dan berseri dengan ragam ahli-ahli team Armada Palestina yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan keunikan yang tersendiri. Keceriaan dan kegembiraan masing-masing bersatu dan menjadi lebih bermakna apabila dapat dikongsikan bersama sepanjang jaulah (terutamanya ketika bergurau senda di dalam kereta, dan banyak lagi yang dapat memperdalamkan ta’aruf sesama ahli).


Ayuh kita soroti pula sekuensi bergambar kisah perjalanan Armada palestina yang bermula dari jam 6.30 petang (7 Mei) sehinggalah jam 12.30 tengah malam (8 Mei) ~


Sebahagian daripada peserta yang sedang setia menanti sejurus sebelum bermulanya perjalanan di Tangga Besar, UIAM Gombak. Tak sabar-sabar nampaknya untuk bertolak. Semangat!!


Bergambar kenangan bersama Dr Hafidzi Mohd Nor di pejabat Aqsa Syarif - suatu pertemuan dengan tokoh pejuang isu Palestin di bumi Malaysia yang amat berharga buat team Armada Palestina.


Santapan malam di Restoran Teratak Rumbia yang tidak jauh dari Pejabat Aqsa Syarif


Sesi menghias kereta-kereta Armada Palestina dengan bahan-bahan Palestin.

Promo jangan tak promo : )


Selamat tinggal, Restoran Teratak Rumbia! Anda antara saksi kembara kami untuk Al-Aqsa Al-Syarif..


Seterusnya - Armada Palestina menawan Jabal Broga!

Puncak Jabal ditawan dan bendera Palestin dijulang!


Kembara Matahari Terbit disempurnakan. Alam jadi saksi. Alhamdulillah!


Perjalanan diteruskan.

Konvoi bergerak ke Sungai Tekala dalam misi rehlah melepaskan lelah.

Maaf, hanya gambar di luar pagar kawasan rekreasi Sungai Tekala sahaja

yang diberi kebenaran untuk disiarkan :D


Lepas itu.. kita makan lagi! Kali ini di restoran Dapur KITA

Bersama pemilik restoran (6 dari kiri). Beliau telah bermurah hati menyumbangkan satu karton air mineral untuk Armada Palestina meneruskan jaulah ini. Allahu Akbar!


Akhirnya tiba di Shah Alam
Sempat lagi bergambar di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah


Destinasi terakhir yang dituju.. Perhimpunan Perdana Palestin!


Penutup

Satu setengah hari berjaulah bukanlah suatu masa yang singkat. Pelbagai kisah suka dan duka telah mewarnai usaha team Armada Palestina dalam menghayati manis dan lazatnya nikmat ukhuwwah sepanjang perjalanan. Malah, dalam pada merasai nikmat ukhuwwah sesama kita, kita juga telah berusaha sedaya upaya untuk menjiwai nilai ukhuwwah dengan saudara-saudara kita di Palestin yang tidak pernah berhenti daripada lonjakan Jihad setiap hari. Ia memang sukar, tapi itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha!


Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para peserta Jaulah kali ini kerana sudi bersama-sama pasukan Armada Palestina meredah sungai, mendaki bukit, mengorbankan masa dan juga tenaga. Tidak dilupakan, krew khas Jaulah Aqsa@Jabal Broga yang telah bertungkus lumus memberikan yang terbaik demi memastikan kelancaran jaulah kita kali ini. Semoga Allah menilai segala amal kita sepanjang jaulah ini sebagai sebaik-baik amal di sisiNya. Ameen.


- Armada Palestina bertolak pulang ke UIAM Gombak pada jam 12.00 tengah malam setelah menghayati bacaan doa rabithah -


Khas dari Armada Palestina,

“Bir ruh, Bid dam, Labbaika Ya Aqsa!!!”


Sekian.


*Kredit kepada Muaz al-Thaarique dan Ilham Nalury atas foto-foto yang telah diambil serta kepada Akh Azraai atas maklumat tentang Jaulah.

8 comments:

  1. Alhamdulillah, akhirnya laporan Jaulah Aqsa@Jabal Broga berjaya juga disiarkan di blog...

    Walaupun ana sendiri tak dapat sertai Jaulah ini, kehangatan ukhuwwah dan ribut semangat perjuangan tetap ana rasai di kampung halaman ana, hehe...

    Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan Jaulah kali ini, insya Allah kalau tak ada aral melintang, Cameron Highland pula yang akan menjadi sasaran seterusnya....^_^

    ReplyDelete
  2. wa tak sangka kehangatan ukhuwah smpi ke kmpng nta gak kan ^_^

    Alhamdulillah, serunuk2, moga segala2nya perolah pahala amal =>

    ReplyDelete
  3. tahniah!
    rapatkan ukhwah,
    mantapkan dakwah!
    ~

    ReplyDelete
  4. tahniah! ana kira jaulah Aqsa adalah satu gerak kerja yg mantap seawal permulaan semester lagi. teruskan langkah dgn lebih kemas dan bergaya!

    Bergerak dan bekerja kerana Allah. semoga semua program-program selepas ini dipermudah dan diberkati. ameen

    ReplyDelete
  5. salam.

    sangat suke ini:
    "bir ruh bid dam labbaika ya aqsa!"

    keren~

    ReplyDelete
  6. Kehangatan tu memang sampai, pasal tu lah 7 dan 8 mei kan kampung ana rasa panas hangat semacam je, dengan handphone ana pun ikut hangat sekali.....:-)

    ReplyDelete
  7. jom kekalkan momentum! :)

    ReplyDelete
  8. "takkan undur walau selangkah,
    takkan henti walau sejenak
    Cita kami HIDUP MULIA
    atau mati SYAHID mendapat SYURGA"

    -nyanyian Shautul Harokah

    time lagu nih ana, alif, auzan, n muaz ruslan sdg menyanyi dan melompat didepan stage manakala ramdan sdg duduk diatas bahu rabbani dan rahman sdg duduk diatas bahu najib...

    semoga semangat kan terus kekal dan tidak dipersiakan

    ReplyDelete