Friday, May 21, 2010

Laporan: Bangsar Coloring Contest


Laporan Coloring Contest
Bangsar Shopping Complex
9 Mei 2010

Umum sedia maklum bahawa rakyat Palestin sudah hidup sengsara 62 tahun lamanya setelah dijajah oleh Zionis Israel. Hak-hak rakyat Palestin umumnya dan umat Islam Palestin di Gaza khususnya telah diabaikan dan kini, mereka hidup dalam keadaan kekurangan makanan, bekalan ubat-ubatan dan kehilangan ahli keluarga. Mereka yang tidak tunduk dan akur pada rejim Zionis dibunuh tanpa belas kasihan. Rumah mereka dimusnahkan dan harta mereka pula dirampas.

Justeru, bagi meringankan beban mereka, pihak Viva Palestina Malaysia telah mengadakan suatu Charity Bazaar di Bangsar Shopping Complex pada 8-9 Mei yang lalu untuk mengutip dana bertujuan membantu rakyat Palestin. Bak kata pepatah Melayu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Antara acara-acara yang telah dilangsungkan bersempena dengan Charity bazaar tersebut adalah jualan amal (charity sale), persembahan dari Muadz Dzulkefly, face painting, jualan makanan (food sale) dan pelbagai lagi usaha yang digerakkan demi Palestina. Kesemua elemen-elemen yang menarik ini (termasuklah kehadiran tokoh-tokoh terkemuka tanah air seperti Faizal Tehrani dan YB Nurul Izzah Anwar) dilakukan demi menarik minat dan sambutan rakyat Malaysia untuk turut sama-sama menyertai, membantu dan bersimpati terhadap perjuangan rakyat Palestin.


Selain yang disebutkan di atas, Coloring Contest kendalian Aqsa Syarif adalah salah satu acara yang telah mendapat sambutan ramai. Untuk menjayakan Coloring Contest ini, beberapa orang ahli KARISMA dari pelbagai lokaliti seperti UKM Bangi dan DHL telah menyumbangkan tenaga mereka sebagai sukarelawan. 6 orang ikhwah dan 14 orang akhawat KARISMA UIAM Gombak juga telah berkesempatan turun padang untuk membantu perlaksanaan Coloring Contest pada Ahad, 9 Mei 2010.


Coloring Contest anjuran Aqsa Syarif ini telah disertai oleh peserta dari umur 6 tahun sehinggalah 26 tahun. Kesemua mereka terdiri dari pelbagai latar belakang dan keturunan - Melayu, Cina dan malahan, terdapat juga pelancong asing yang menghantar anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan ini. Inilah dia semangat dan keprihatinan terhadap suatu isu kemanusiaan yang berjaya menyatu-padukan masyarakat berbilang bangsa tanpa mengira kaum dan agama di bumi kita ini, Alhamdulillah.


Usai Coloring Contest, sukarelawan ikhwah KARISMA UIAM Gombak telah berbesar hati mengadakan beberapa aktiviti untuk menghiburkan kanak-kanak sementara menanti sesi penyampaian hadiah. Antaranya adalah permainan tiup belon sampai pecah yang mendapat sambutan ramai. Sungguh terhibur rasanya melihat wajah riang gembira kanak-kanak ini bermain. Setelah itu mereka juga dihiburkan dengan Chicken Dance oleh AJK program. Kehadiran Muadz Dzulkefly seterusnya berjaya memeriahkan suasana dengan beberapa buah lagu dendangannya.


Tepat jam 2.30 petang, Y.B Nurul Izzah Anwar Ibrahim tiba bagi menutup program sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah buat semua pemenang! Program ini telah disempurnakan dengan jayanya dan mendapat feedback yang positif dari para peserta. Sukarelawan-sukarelawan dan AJk program juga nampaknya ikut terhibur. Pendek kata, semua yang terlibat (samada peserta mahupun AJK) telah mendapat kepuasan dalam usaha membantu rakyat Palestin dan kesemua mereka melakukan hal ini dengan hati yang terbuka dan perasaan yang amat gembira. Semoga program-program murni seperti ini dapat diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang!


Laporan disediakan oleh,

Muhammad Faris Zaidi.

* * *

Seperti biasa, gambar-gambar menjadi pelengkap laporan.

Semoga terubat hati mereka-mereka yang tidak berpeluang untuk hadir ke program ini.


Lokasi: Bangsar Shopping Complex


Gambar-gambar seputar Coloring Contest

Dua beradik warga Arab-Perancis yang sedang tidak sabar-sabar menunggu pertandingan bermula. Mereka antara peserta pertama mendaftar untuk pertandingan ini.


Pertandingan dimulakan! Nampaknya anak muda ini tekun mendengar amanat dari
sang ibu setelah penat mewarna semasa pertandingan masih berlangsung.


Memang berbakat! Antara lukisan yang sarat dengan mesej hasil
kerja tangan & buah fikiran para peserta


Ha.. Sampai terlentang anak kecil ini melukis.
Ini bukti kesungguhan & dedikasi:)


Sempat lagi berehat sambil menikmati lolipop:)


Salah seorang peserta dengan latar-belakang suasana pertandingan.
Adik ini tetap bersemangat meskipun lewat sampai tetapi tetap mahu
ikut mewarna. Tahniah atas kesungguhan!


Inilah hasil kerja saya!


Abstrak dan bermakna


Mesej yang cukup kuat:
Kembalikan hak & kebebasan kami.
Free Palestine!


Lukisan-lukisan yang dihasilkan setelah tamat pertandingan


MC Program bersama slide show kendaliannya yang memaparkan
video kesengsaraan rakyat Palestin di ruang legar tempat pertandingan.
Para pengunjung sempat menyaksikan beberapa klip yang ditayangkan sepanjang
pertandingan berlangsung.


Permainan tiup belon sementara menunggu sesi penyampaian hadiah


Saudara Muadz Dzulkefly turun untuk memeriahkan lagi suasana


Akhirnya YB Nurul Izzah pun tiba pada jam 2.30 pm


Pemenang pertama Kategori B dan hadiah yang digondolnya.
Tahniah!


Antara pemenang-pemenang kategori A.


Para sukarelawan & AJK bergambar kenangan bersama YB Nurul Izzah


Gambar-gambar sekitar Charity Bazaar

Antara aktiviti yang disediakan percuma untuk kanak-kanak


Nampaknya ia memang berjaya menarik perhatian mereka


Belon pun percuma!
Anak-anak kecil bergambar bersama uncle pembuat & pengedar belon


Barang-barang jualan di booth Aqsa Syarif


Mafla, Button Badge, Pen, Penanda buku..
Semuanya demi & untuk Palestin!


Dua beradik warga Eropah memasukkan wang sumbangan
masing-masing di tabung booth Aqsa Syarif


Payung bermotifkan mafla & bendera Palestin.. Kreatif!


Coklat pun di'Palestin'kan.. Memang menarik!


Barangan perhiasan yang dijual di salah satu booth


Deretan kasut-kasut berjenama yang dijual dengan harga RM 5


Buku-buku turut dijual dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran.

*Kesemua hasil jualan barangan-barang yang dipaparkan di atas akan masuk ke dalam tabung Palestin.
Kegigihan para penjual & kreativiti mereka mengusahakan pengumpulan dana ini wajar diberi pujian.


Senarai panjang kampung-kampung milik rakyat Palestin
yang dimusnahkan dan dirampas oleh rejim Zionis diabadikan dalam
bentuk poster di ruang pameran. Semoga tanah-tanah ini kembali ke tangan ummah.
Ameen!

Kredit Foto: Faris Zaidi & unit media Karisma

7 comments:

  1. subhanallah. seronok & terharu tengok budak2 pun take part dlm isu2 palestin nih.bgus betol parent derg :p

    budak2 pun bole tunjuk solidariti mereka ;) org dewasa sptutnya lebih lg.

    mabruk pd semua sukarelawan yg turun utk jayakn aktiviti ni. moga amal ini diterima Allah.ameen~

    allahuakbar!

    ReplyDelete
  2. salam.

    wow menarik sangat!
    post ini dan event ini.
    alfu mabruk kepada semua!
    :)

    semoga amal kita diterima olehNya..

    jangan putus berdoa untuk Palestina!

    ouh..

    ReplyDelete
  3. woha~

    amatlah best!

    byk sungguh prgm time short sem nih.

    benar2 terisi.

    tahniah!

    :)

    ReplyDelete
  4. Bakat dan kreativiti yang diasuh dari kecil memang luar biasa, tengok sahaja hasil lukisan adik-adik ini, kagum!

    Tahniah juga kepada para sukarelawan dari Karisma Daerah Gombak yang sudi membantu, komitmen antum pun sangat luar biasa....



    p/s: Dah lama tak melukis...

    ReplyDelete
  5. salam..
    alhamdulillah..semangat yang sangat luar biasa..program ni turut mendapat perhatian golongan non-Muslim...ternyata ianya bukan sahaja berkait rapat dgn isu aqidah, tp isu kemanusiaan jg..
    semoga Allah menerima amalan kita..

    ReplyDelete
  6. Satu pengalaman yang sangat menarik dan menyeronokkan dalam sama sama menjadi sukarelawan pada hari tu!

    masyallah, semangat dan sokongan yang ditunjukkan oleh kesemua yang hadir sangat sangat mengharukan.

    semoga kita dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengajaran yang kita dapat hari tu untuk masa masa akan datang!

    teruskan usaha membebaskan palestine. dengan doa dan usaha. sedaya mampu.

    allah, selamatkan palestin! :)

    ReplyDelete
  7. tak menjadi sesuatu yg mustahil kalau kanak-kanak d malaysia ni meninggalkan games dn permainan keanak-anakn mrk, tetapi sibuk memikirkn hal palestin.

    kalau aktiviti yg mcm ni pn mereke blh sertai,wlu ad yg xfaham ape pn..
    aptah lg kalau kecik2 lagi sudah mempunyai peribadi yg mencintai palestin & islam..

    semuany terserah pd ibu bapa yg mencorakkan warna warni kefahaman mereka...

    so parents, and parents 2 be...

    inilah tanggungjawab kita!=)

    ReplyDelete