Berita Konvoi Freedom Flotilla/ Lifeline 4 Gaza (LL4G)
Latar-belakang:
Freedom Flotilla adalah sebuah konvoi antarabangsa yang dianjurkan oleh masyarakat dunia dari kalangan NGO-NGO yang prihatin terhadap kesengsaraan yang dideritai penduduk Gaza sejak sekian lama. Konvoi ini terdiri daripada 7 buah kapal yang membawa keperluan-keperluan asas untuk Gaza. Kapal utama yang mengetuai konvoi dikenali sebagai Mavi Marmara. Peserta konvoi terdiri daripada lelaki, wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak bersenjata (peserta termuda hanyalah seorang bayi berusia +1 tahun dan peserta tertua sudah berumur +80 tahun). Kapal-kapal konvoi membawa anggaran 10,000 tan bantuan kemanusiaan asas untuk penduduk Gaza yang telah 'dipenjarakan' di tanah mereka sendiri dari jalan laut, darat dan juga udara.
Berikut adalah sedikit update ringkas bekenaan kejadian yang menimpa peserta-peserta konvoi LL4G atau lebih dikenali sebagai Freedom Flotilla bermula semalam.
30 Mei 2010
Pasukan Ketenteraan Israel bersiap-sedia untuk melancarakan misi 'Operation Sky Wind' atau 'Operasi Angin Laut' demi menghalang kapal-kapal konvoi dari menghampiri perairan Gaza. Mereka bertekad untuk mengambil-alih kesemua kapal-kapal tersebut samada secara paksa mahupun sukarela. Misi diketuai sendiri oleh Jeneral Elizer Marom iaitu Komando Angkatan Laut Israel.
Di pihak peserta-peserta konvoi pula, mereka telah bertekad untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan yang dibawa terus ke Gaza meskipun nyawa menjadi taruhan. Kapal-kapal konvoi juga sudah mula bergerak menuju ke Gaza dari tengah Laut Mediterranean.
31 Mei 2010
Kira-kira jam 3 pagi waktu Malaysia: Konvoi semakin bergerak menghampiri Gaza secara perlahan dan berhati-hati. Radar kapal sudah mula mengesan kehadiran beberapa buah kapal milik tentera Israel. Sumber mengatakan bahawa konvoi diekori oleh kapal selam dari bawah laut, kapal perang di permukaan laut dan helikopter di udara. Dalam kegentingan itu, Fahmi Bulent Yildirim selaku Presiden IHH yang mengetuai misi sempat menegaskan bahawa konvoi aman itu tidak membawah sebarang persenjataan pun yang boleh menggugat dan mengancam Israel. "Bahkan sebatang paku pun tidak," kata Bulent.
Kira-kira jam 10.30 pagi waktu Malaysia: Konvoi Freedom Flotilla diserang setelah dikepung! Saluran TV Turki mewar-warkan kematian 2 orang peserta konvoi dan kecederaan lebih 30 yang lainnya sejurus selepas serangan. Serangan itu dilakukan ketika kapal Mavi Marmara masih berada di perairan antarabangsa, iaitu kira-kira 65 kilometer dari Gaza.
Simbol kon merah yang terletak berhampiran dengan simbol-simbol biru menunjukkan lokasi Freedom Flotilla ketika ia diserang dan dihentikan oleh Angkatan Ketenteraan Israel (IDF).
Sumber: witnessgaza.org
Rentetan dari kejadian serangan ke atas Freedom Flotilla, rakyat Turki serta-merta mengadakan tunjuk perasaan di Istanbul. Mengikut informasi, sebuah rapat umum juga bakal diadakan di Downing Street oleh penduduk-penduduk UK. Di Malaysia pula, sebuah sidang media oleh Crisis Management Team (CMT) LL4G telah diadakan pada jam 3 pm bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam. Kenyataan sidang media CMT tersebut boleh dibaca di sini.
Penutup
Tahukah anda, saat entri ini ditulis, angka kematian peserta konvoi sudah mencecah 16 orang?
Sehingga kini, masih belum ada maklumat tentang nama mereka-mereka yang terkorban & cedera. Perjuangan masih belum selesai! Ayuh kita ikuti perkembangan yang sedang dan masih berlanjutan ini dengan iringan doa dan solat hajat. Semoga laporan ringkas ini sedikit-sebanyak membekalkan informasi dan semangat kepada ikhwah & akhawat sekalian. Teruskan bersama sahabat-sahabat kita yang sedang berjuang di luar sana!
12 rakyat Malaysia di kapal yang diserang Israel:
ReplyDeletehttp://www.malaysiakini.com/news/133181
video:
http://www.facebook.com/video/video.php?v=429570641102&ref=mf
http://www.youtube.com/watch?v=erxNHmFPHzk
jangan pernah jemu berdoa~ Qunut Nazilah mode. Allahu Akbar!
berdoa utk semua. AllahuAkbar.
ReplyDeletetindakan israel ni mmg dh bangkitkan kemarahan dunia.
mohon sebarkan juga kat sini psl serahan memo di kedutaan amerika esok pagi & demo jumaat ni.
jzkk
terus kirim doa~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteseorg shbt tadi baru shja selesai mmbc statements dr jerusalem post kat dlm viva palestina facebook!
ReplyDeleteGeram! Kenyataan yg x munasabah dan langsung x masuk akal digunakan utk mnghalalkan serangan diorg ke atas konvoi bantuan ke Gaza.
hati meronta2 tp kita x mampu ke sana,,moga kita trus sabar brdoa utk konvoi ini.
ALLAHUAKBAR!!!
jom doa
ReplyDeletedoa senjata orang mu'min
kadang2 hati dan diri ini menangis, adakah hanya doa yg mampu diberikan..
ReplyDeleteJom turun esok! :)
ReplyDelete