Diberitakan terdapat satu jenis makanan ni. Terkenal di seluruh dunia. Sudahlah berkhasiat, rasanya
enak sekali. Mampu didapati oleh semua jenis manusia tak kira miskin atau kaya.
Terdapat dimana-mana, hinggakan ke kampung yang paling tersorok di dunia. Semua
orang memperkatakan tentang kelazatannya. Berlumba-lumba orang nak rasa. Para menteri
dan pegawai kerajaan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Hatta golongan buruh
yang bekerja membanting tulang juga!
Tiba-tiba
wujud seorang manusia yang tidak ambil kisah. Cuma dia seorang sahaja dalam
dunia ini. Hmm.. Pelik bukan? Apabila ditanya, jawapannya mudah,
“Aku tak
tertarik langsung dengan segala keistimewaan makanan itu”
Tak tertarik? Menurut
perkiraan kamu, makanan itu yang tak sedap, ataupun selera makan orang tersebut
yang pelik?
Ya! Tentunya
selera orang itu yang berbeza dari orang lain. Masakan dia tidak terliur dengan
keenakan makanan tersebut sedangkan semua orang bersetuju ianya sedap dan
berkhasiat.
Begitulah diumpamakan
dengan sambutan bulan Ramadhan, kata Ustazah. Mana tidaknya. Bulan Ramadhan
adalah bulan yang mulia. Dijanjikan pahala amal kebaikan akan dilipat kaligandakan.
Bulan diturunkan rahmat. Diampunkan dosa. Dibebaskan dari api neraka. Tika inilah syaitan dibelenggu dan
pintu neraka ditutup. Pintu syurga dibuka seluasnya. Ada bonus lagi dalam bulan
Ramadhan. Malam Lailatul Qadr! Malam yang lebih baik berbanding 1000 bulan.
Tika semua
muslimin teruja menantikan kehadirannya, berlumba-lumba membuat pelbagai
persiapan, masih ada yang buat tak kisah. Malah, sibuk bersiap-siap untuk mengakhiri Ramadhan. Allahu. Adakah kebaikan yang ditawarkan dalam bulan ini tak cukup
membuatkan kita berasa ingin berusaha keras mendapatkannya?
Jawapannya
mudah. Bukanlah tawaran bulan Ramadhan itu tidak cukup menarik perhatian kita,
tetapi, ianya masalah IMAN kita. Kalau kita masih tidak terkesan dengan
tawaran-tawaran Ramadhan, itu bermakna iman kita sakit! Na’uzubillah.
Sebagai muslim,
kita sepatutnya merasa cukup tertarik dengan segala keistimewaan yang
dijanjikan dalam bulan Ramadhan. Andai masih belum merasa, jangan risau. Kita mesti
mulakannya dari sekarang. Banyakkan istighfar dan berzikir. Bersihkan hati. Minta
ampunan dari Allah dan mintalah agar kita tidak dihilangkan rasa keseronokan
menyambut Ramadhan kali ini. Siapa tahu kalau Ramadhan kali ini adalah yang
terakhir? Allahu a’lam.
Dengan ini,
KARISMA Daerah Gombak ingin mengucapkan Selamat Menyambut
Ramadhan
Al-Mubarak 1433 Hijrah
^__^v
Jom kutip
sebanyak kebaikan yang Allah tawarkan kepada kita. Moga-moga kita dapat
menikmati segala kebaikan yang dijanjikan dalam bulan ini dan mengakhiri Ramadhan
kali ini dalam keadaan yang fitrah. Suci dari dosa ibarat anak kecil yang baru
dilahirkan.
Sedikit tips
untuk diusahakan bersama:
#Tips Satu: Bangun
sahur
Bersahurlah
kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu sahur itu terdapat keberkatan
Hadis riwayat
Bukhari
Makanan suhur itu berkat, maka jangan sekali-kali kamu
meninggalkannya, walaupun kamu meneguk seteguk air, sesungguhnya Allah dan
malaikatNya mendoakan mereka-mereka yang bersuhur
Hadis Riwayat Ahmad
#Tips Dua: Berpuasa dengan
penuh keimanan
Barangsiapa
yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya
dosa yang terdahulu
Hadis riwayat
Ahmad, Bukhari dan Muslim
#Tips Tiga: Perbanyakkan
tilawah al-Quran dan bertadarus
Bulan Ramadan itulah bulan di dalamnya diturunkan
al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia, menjadi keterangan-keterangan dari
petunjuk itu sehingga membezakan antara yang hak dengan yang batil.
Al-baqarah 185
Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa-sallam bertadarus dengan Jibril 'alaihis
salam di bulan Ramadan. Amalan ini juga amalan para
sahabat dan para Salaf as-Soleh
#Tips
Empat: Ringankan tangan
menghulur sedeqah dan infaq
#Tips Lima: Bersederhana
ketika berbuka dan mulakan dengan buah kurma
Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah
ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka
dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci
Hadis Riwayat Abu Daud
dan at-Tirmidzi
#Tips Enam: Mendirikan
solat sunat terawih dan mendirikan malam Ramadhan dengan qiamullail
Diriwayatkan dari Amr
bin Murrah al-Juhani radiallahu 'anhu:
Datang seorang lelaki kepada Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam lalu ia berkata: Ya
Rasulullah! Apa pendapatmu jika aku bersaksi bahawa tidak ada
sesembahan yang hak kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah, aku solat lima
waktu, aku tunaikan zakat, aku berpuasa Ramadan dan solat tarawih di
malam harinya, termasuk golongan manakah aku? Baginda menjawab: Termasuk
golongan siddiqin dan syuhada
#Tips
Tujuh: Meninggalkan
perkara sia-sia dan maksiat
Puasa itu perisai, apabila ada salah seorang kamu
di suatu hari sedang berpuasa, maka janganlah berkata-kata keji (kotor), jangan
berlaku jahil dan jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya maka
katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa
#Tips Lapan: Perbanyakkan
amal soleh dan kebaikan
Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya
sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza
Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang
membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang
yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan
kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang
berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk
Riwayat Bukhari &
Muslim
#Tips
Sembilan: Berusaha mencari
malam Lailatul Qadr
Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat,
diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu
Neraka ditutup, Syaitan- Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam
yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya
(tidak beramal baik di dalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat
kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini)
Hadis Riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi
#Tips Sepuluh: Beristighfar
dan berdoa
Solat yang lima, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan
adalah penghapus dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika menjauhi
dosa-dosa besar
Diriwayatkan dari Aisyah radiallahu
'anha beliau berkata: Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika
kau tahu bila malam Lailatul Qadar, apa yang aku ucapkan? Baginda
bersabda: Ucapkanlah (doa):
اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌ
تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيْ
Bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau
Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku
#Tips Sebelas: Beri’tikaf
Pada setiap bulan Ramadan baginda beriktikaf
disepuluh (terakhir) dan pada tahun kewafatannya baginda beriktikaf didua puluh
hari (yang terakhir)
Allahu a'lam
Selamat Berpuasa!
Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
ReplyDeleteBerkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK
MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
If not, we'll teach U such things happen in the USA
Our sincerely,
PEOPLE GOMBAK
Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
ReplyDeleteBerkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK
MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
If not, we'll teach U such things happen in the USA
Our sincerely,
PEOPLE GOMBAK
尊敬的女士, 先生们
ReplyDelete马华鹅麦主席叶金福律师办事处(Taman Desa Jaya, Kepong) 是欺骗女人的办事处,吃寺庙钱的律师......
请女士, 先生们,莫得到欺骗
Tuan-tuan dan Puan-puan yang di hormati sekalian,
Pejabat Peguam, ketua MCA Gombak YIP KUM FOOK yang berada di Taman Desa Jaya, Kepong, inilah satu pejabat tipu Wanita, makan duit tokong dan lain-lain.
Harap Tuan-tuan dan Puan-puan mengambil perhatian supaya jangan kena jerat.
Ladies and gentlemen in all respect,
Attorney Office, head of MCA Gombak YIP KUM FOOK which is in Taman Desa Jaya, Kepong, office of cheating women, eating money temple and etc.
Ladies and Gentlemen take note that be down by loop.
By Mr Yee (MCA MALAYSIA)