Friday, May 11, 2012

16 Mei


Fakta tentang guru, yang kalian tidak tahu...
Yang tidak diketahui dari seorang Guru...

Guru, pahlawan tanpa tanda jasa...
berkat Dia, Perdana Menteri dapat mentadbir negara...
berkat Dia, Juruterbang dapat berlegar di ruang udara...
berkat Dia, barisan asatizah dapat dilahirkan...



Tahukah kamu, individu yang bergelar guru itu sanggup berkorban dirinya untuk melahir pewaris-pewaris mahligai negara. mereka ibarat lilin yang membakar diri demi menyinari jalan kehidupan.

Adakah kamu sedar...

Sewaktu mengajar di dalam kelas, mereka bukan hanya mengajar,
Tetapi mereka juga mendidik kamu dengan penuh kesabaran.

Jika ada yang menguap atau lena ketika mereka mengajar,
Mereka akan menegurmu dengan halus dan lemah lembut.

Jika ada yang berbual atau bermain ketika mereka mengajar,
Mereka akan menegurmu dengan penuh kasih sayang.

Jika ada yang tidak memberi fokus terhadap pelajarannya,
Mereka akan berusaha membuat kamu tertarik dengan ilmu tersebut.

Tahukah kamu...

Walaupun sebahagian dari kamu mencaci mereka kerana benci,
Mereka masih sabar dan masih cuba mendekati kamu.

Walaupun sebilangan dari kamu kerap berkelakuan nakal,
Mereka tetap gigih untuk memberi nasihat dengan penuh hikmah.

Walaupun ada diantara kamu sukar memahami apa yang diajar,
Mereka akan sentiasa berperah otak memikirkan jalan yang berkesan untuk kamu.

Sedar atau tidak...
Tahu atau tidak...
Dalam usaha mereka mendidik kamu...

Mereka sanggup mengorbankan waktu makan mereka walaupun berlapar.
Mereka sanggup mengorbankan waktu tidur mereka walaupun kepenatan.
Mereka sanggup berdoa siang dan malam, bangun di tengah malam,
melakukan solat tahjjud, solat hajat dengan penuh harapan agar kelak murid-muridnya berjaya di setiap jalan yang kamu tempuhi.

Apabila anak-anak muridnya berjaya mengecapi kejayaan,
Merekalah yang terawal mengucapkan syukur sambil bergelinang air mata bahagia kepada kamu selepas kedua ibu bapa kamu. Meskipun matanya kini talah menjadi buta kerana keletihan...

Ini semuanya kerana perasaan cinta mereka yang mendalam terhadap anak muridnya,
Merekalah ibubapa kamu ketika di sekolah,
Merekalah yang sanggup melayan setiap karenah kamu,
Merekalah yang berada di sisi kamu apabila kamu menghadapi masalah.
Merekalah yang gigih berpenat lelah tanpa mengharapkan sebarang balasan selain dari kejayaan kamu.

Namun begitu...
Berapa ramai diantara kamu yang pernah terfikir untuk membalas jasa mereka,
Berapa ramai diantara kamu yang mengucapkan terima kasih kepada mereka,
Berapa ramai diantara kamu yang menghargai setiap titik peluh mereka.

Nilai seorang guru tidak hanya pada 16 Mei,
Tidak hanya di dalam kelas mahupun sekolah,
Tidak hanya pada tag nama mereka sahaja,

Nilai seorang guru adalah sepanjang hayat,
Pada setiap detik saat dan langkah,
Pada usaha dan ilmu mereka,
dan pada setiap apa yang ada di dalam diri kamu,
yang mereka berusaha bajai sejak kecil.

1 comment:

  1. Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
    Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
    Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
    Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

    Kami Yang Benar,
    RAKYAT GOMBAK

    MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
    Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
    Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
    Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
    If not, we'll teach U such things happen in the USA

    Our sincerely,
    PEOPLE GOMBAK

    ReplyDelete