Bismillah. Jam 10.40pm hari ini.
Allahu Akbar! Allahu Allah. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Subhanallah. Segala
puji hanya layak untuk Allah.
Walaupun jauh beribu batu. Walaupun kami tiada apa-apa talian
persaudaraan. Malam ini aku bersama-sama mereka menanti dengan penuh debaran. Ya
Rakyat Mesir! Aku bersama kalian!
Hmm.. Mungkin ada yang pelik bukan? Buat apalah sibuk-sibuk dengan isu
politik negara Firaun itu. Kalau kalian berfikiran demikian, NAH! Baca dulu
nukilan Inche Gabbana ini. Aku tengah teruja meraikan kemenangan. Takde masa
nak review semula sejarah peristiwa malam kemuncak yang gilang gemilang ini.
Manusia di seluruh dunia menantikan berita ini. Lama ketua SPR Mesir, Encik
Farouq Sulthan berucap. Mengumumkan segala detail berkaitan pilihan raya
baru-baru ini. Akhirnya, beliau mengumumkan,
“Calon dari Ikhwanul Muslimin, Dr Morsi dengan rasminya memenangi kerusi
Presiden dalam Pilihanraya Mesir dengan mengumpul sebanyak 13.2 juta undi (51%)
berbanding keseluruhan undi sebanyak 26 juta mengalahkan pesaingnya Ahmed
Shafiq, calon dari rejim Husni Mubarak yang mengumpul sebanyak 12.3 juta undi. Lebih
800,000 undi rosak.”
Aku melihat dunia meraikannya. Di Medan Tahrir terutamanya, manusia
bertakbir. Sujud syukur. Allahu Akbar! Mereka berchanting. Bersorak. Menjerit. Bendera
berkibar. Bertepuk tangan. Melompat. Menangis. Di bilik gerakan juga begitu. Di
Hayy Asyir. Di Ibrahimiah. Malah di Malaysia! Dan aku percaya, di mana-mana pun
bahagian dunia ini, bagi yang mengikuti perkembangan isu ummah ini, pasti
mereka juga sedang meraikannya.
Aku yang menonton seorang ni pun terasa nak melonjak melompat dek
terlalu gembira. Meremang bulu roma mendengarkan kemenangan ini.
“Kami di medan Tahrir, mendirikan solat. Allah bersama kami!”
“Kebenaran akan menghancurkan kebatilan. Mesir sedang gembira!”
Allahu Allah. Nampak kan betapa utuhnya iman mereka? Betapa tarbiyyah
mereka hebat!
Jadi, jom serius sikit ikut usrah! Kemenangan ini bukan datang
tiba-tiba. Tapi setelah wujudnya individu-individu muslim yang sebenar. Yang berusaha
mengislahkan ummah. Berdakwah menyampaikan islam yang sebenar.
Ayuh menjadi sebahagian dari individu yang menyumbang kepada kemenangan
ini. Ayuh melakar sejarah indah di bumi kita pula! Malaysia! Kami bakal
memurnikanmu!
Nantikan kami Syria! Nantikan kami Rohingya!
Nantikan kami Ya FALASTIN!
Apabila telah datang pertolongan
Allah dan kemenangan. Dan Engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama
Allah. Maka bertasbihlah dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha
Penerima taubat. (Surah An-Nasr)
Akhawat KMKian
24 Jun 2012
0 komentar:
Post a Comment