Wednesday, May 9, 2012

Hanya Sekali, Satu Pusingan



Di kala warga Taman Ilmu dan Budi asyik dengan menyiapkan final assignment, final project, exhibition, dan tidak lupa juga final exam yang bakal menghantui mereka tidak beberapa lama lagi, hanya segelintir daripada mereka menyedari akan kehadiran 'Waktu Dirindui'. 


Waktu Dirindui tidak datang dua, tiga mahupun sepuluh kali dalam setahun. Ia hanya hadir sekali setiap kali bumi membuat satu pusingan lengkap mengelilingi sang mentari. Begitu rugi bagi mereka yang gagal menyedari kehadirannya.

Waktu Dirindui ini juga sering dilupakan dengan kehadiran perayaan peragaan baju baru dan kuih lazat yang kebanyakkan orang sudah merancang sebulan sebelum perayaan tersebut, malah ada yang bersedia lebih awal setahun dari perayaan tersebut. Kecewa melihat perbuatan tersebut, dan sedih apabila memikirkannya. Semoga mereka diberi hidayah. 

Waktu Dirindui yang disebutkan tidak dan tidak bukan bulan Ramadhan Mubarak. Bulan yang hadir dengan seribu rahmat dan barakah, bulan dimana pahala dilipat gandakan dan syaitan dirantai. Bulan yang disediakan khas untuk setiap insan yang mengakui yang Maha Esa untuk merapatkan jurang cinta diantara Si Khaliq dan Si Makhluk.

Namun, kesedaran kita terhadap kehadiran bulan ini adalah sia-sia jika ia tidak disertakan dengan perbuatan. Bak kata orang-orang lama, jika kamu mencintai sesuatu, hendaklah kamu menunjukkannya dengan perbuatan, lisan, dan hati kamu. Jadi, apakah yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan rasa cinta kita?

Pada tahun ini, mari kita sama-sama menjadi Warga Musta'idun \(^o^)/

--Musta'idun Checklist--

1. I'dad Ruhi Imani
Target : Hot Rock Iman!

Sering kali berlaku di kalangan kita hanya meperbanyakkan ibadah semasa bulan Ramadhan sahaja. Selepas dari itu balik semula seperti biasa. Fenomena ini mungkin sekali sebab iman mereka tidak cukup warming up. Iman jikalau tidak warm up, ia akan kejang membuatkan ibadah kita tersangkut atau terhenti. Jadi, hendaklah kita warm up iman kita sebelum Ramadhan tiba. 

Cara-cara warm up Iman:
  1. Berpuasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis
  2. Berpuasa sunat di bulan Rejab (22 Mei 2012) dan Sya'ban (21 Jun 2012)
  3. Meningkatkan tilawah al-Quran setiap hari
  4. Banyakkan zikrullah
  5. Tingkatkan amalan-amalan sunat
  6. Berdoa
 “Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan”


Para sahabat sering menjadikan doa diatas amalan mereka apabila Ramadhan semakin hampir. Berdoalah agar kita menemui Ramadhan tahun ini kerna kemungkinan itu belaku sentiasa ada.

2. I'dad Jasadi
Target : SuperMuslim

Berpuasa satu bulan bukanlah sukar, namun apabila hendak meningkatkan ibadah di bulan Ramadhan adalah perkara yang agak sukar. Sering kali penat berpuasa dijadikan alasan untuk tidak melakukan ibadah-ibadah sunat seperti solat sunat rawatib, beriadah, solat di masjid, qiyamullail, dan sebagainya. Ditambah pula dengan peningkatan suhu global yang semakin memberi impak terhadap setia penduduk muka bumi.

Oleh sebab itu, hendaklah kita mempunyai kekuatan fizikal seperti Super Saiya...eh...Super Muslim barulah kita dapat memperbanyakkan amalan-amalan ibadah kita.
  1. Bersenam 10 - 15 minit setiap pagi sebelum kelas. (Bukan bersenam atas tilam ye...)
  2. Menjaga pemakanan dengan mengikut pengambilan makanan yang disyorkan oleh pakar kesihatan (tanya Ustaz Google n  Syeikh Wiki pun boleh)
  3. Beriadah sekurang-kurangnya 30 minit seminggu. (Lagi seronok kalau beriadah bersama kawan-kawan, tak terasa sangat penatnya(
  4. Mandi diwaktu yang disyorkan
  5. Pastikan waktu tidur yang seimbang dan terkawal. (Jangan lebih,jangan kurang. Tidur kelawar pun jangan)


Tahniah! Kini anda sudah menjadi Super Muslim. Allahuakbar!

3. I'dad Maaliyah
Target : R-Invest (Ramadhan Investment Plan)


Hohoho....jangan salah faham, persiapan harta bukan merujuk kepada sediakan duit shopping juadah ifthar, baju raya mahupun kuih raya. Persediaan harta disini merujuk kepada persediaan harta untuk bersedekah. Barangsiapa yang bersedekah di bulan Ramadhan dia adalah orang yang kaya (riwayat penulis).

Di bulan Ramadhan, setiap amalan akan digandakan termasuk bersedekah. Tidak kira anda bersedekah sekecil-kecil syiling 10 sen mahupun sebesar-besar wang kertas RM50. Cuba kita renung sebentar dan masukkan formula matematik Ramadhan ke dalan amalan bersedekah.


(RM 1 x 29@30 hari x 10 Gandaan Ramadhan) + RM 1 x Gandaan Lailatul Qadar = RM 30 000+
Ganjaran sebenar adalah lebih daripada nilai tertera diatas. Nice kan :)


Wow! Banyak tu. Biasiswa JPA pun x sebanyak itu. Pelaburan yang terbaik.


Bersedekah bukan hanya terbatas kepada memasukkan wang ke 
dalam tabung-tabung masjid atau kepada fakir dan anak yatim, tapi kita juga boleh bersedekah dengan memberi makan kepada mereka yang berpuasa. 


Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)




Indahnya bersedekah di bulan Ramadhan. 

4. I'dad Fikri wa Ilmi
Target : Ensiklopedia Ramadhan


Ilmu merupakan satu entiti yang tidak mempunyai pengakhiran. Manusia tidak mungkin menguasai semuanya. Namun, untuk mengetahui kisah-kisah serta fadhilat-fahilat di bulan Ramadhan tidaklah sesukar menghadapi final exam pada 24 Mei nanti. Banyak sumber rujukan yang boleh digunakan. Nak tanya Ustaz Google, cari buku di IIUM Library, Blogwalking di blog-blog asatizah tempatan dan sebagainya. 
"Sesiapa yang tidak membaca buku yang bagus/manfaat, dia tidak lebih dari orang yang tidak boleh membaca" - Mark Twain (kata-kata ini boleh dijumpai di IIUM Library)


Akhir kata, 
Setiap peluang hanya akan datang sekali, terserah kepada kita untuk menyedari dan mencapinya. Jika terlepas, menyesal tidak berguna. 
---------------------------------------------------------------------------------------------


Tunggu sat....kita belajar bahasa syurga dulu ;)

Musta'idun - Orang-orang yang bersedia
I'dad - Persediaan
Ruhi Imani - Ruh Keimanan
Jasadi - Fizikal
Maaliyah - Harta
Fikri - Intelektual
Ilmi - Ilmu
Khaliq - Pencipta


Sumber Rujukan:

2 comments:

  1. yup, persiapan harus mula dari sekarang.
    jom!
    bismillaah

    ReplyDelete
  2. Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
    Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
    Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
    Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

    Kami Yang Benar,
    RAKYAT GOMBAK

    MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
    Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
    Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
    Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
    If not, we'll teach U such things happen in the USA

    Our sincerely,
    PEOPLE GOMBAK

    ReplyDelete