Thursday, September 30, 2010

setelah Ramadhan berlalu...



Setelah Ramadhan berlalu.. Sedar tak sedar dah 21 hari kita beraya. dah habis puasa 6? Cepat sebelum Syawal berlalu. Nanti ganjaran yang Allah janjikan melepas begitu saja.

Amalan ketika Ramadhan dulu jangan ditinggal begitu saja. Cuba sedaya upaya untuk teruskan segala amalan ketika Ramadhan lalu. Ingat! Kita bukan hamba Ramadhan.

nantikan dari unit Media...Risalah siri 2 untuk semester ini! Tak lama lagi insya Allah. Sama-sama doakan. 


p/s: 
1. maaf andai post kali ni terlalu pendek dan ringkas.
2. poster di atas adalah hasil kreatif unit Media. Dah diprint untuk ditampal di mahallah dan kuliyyah.

Tuesday, September 14, 2010

Hebahan 01 - Anda Bijak Jauhi Zina: Dilema Mahasiswa





Gejala sosial di negara kita sudah lama berada di tahap kritikal. Namun, hal isu ini masih lagi tidak berjaya ditangani dengan baik. Pergaulan bebas , penzinaan [ pelacuran ] , arak dan aneka maksiat tumbuh subur bagai cendawan selepas hujan. Lebih menyedihkan lagi apabila gejala sosial dipuja dan dipandang tinggi oleh kebanyakan golongan masyarakat kita. Gejala ini tidak lagi mengenal batas umur. Jika dahulu, gejala ini hanya melibatkan golongan 20an dan ke atas, kini ia sudah menular ke golongan-golongan yang lebih muda lagi iaitu kanak-kanak. Tidak kira sekolah menengah atau rendah. 

Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illa Allah, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahi-l-hamd

Thursday, September 2, 2010

23 Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-23 kita berpuasa. Sedar tak sedar kita cuma tinggal 7 hari saja lagi peluang kita berpesta ibadah. Macam mana amalan kita? Quran dah berapa juzu'? Infaq pula? Sama-sama muhasabah. Berbaki 7 hari ni, jom kita tingkatkan lagi amalan. Ye lah, Ramadhan cuma datang setahun sekali. Lepas ni tak pasti lagi dapat bertemu Ramadhan lagi atau tak. Dan, dalam fasa terakhir Ramadhan adalah fasa pembebasan dari api neraka. Jom sama-sama kita berusaha. Selain tu, Allah juga bagi kita Lailatul Qadar.

Thursday, August 26, 2010

laporan KOMUNIKASI 121

21 Ogos 2010

Kulliyyah Engineering E2-Audi A

En. Roslan Mohamad

en. Roslan sedang berkongsi ilmu dengan peserta Komunikasi 121

Tuesday, August 17, 2010

Bercakap itu SUSAH?


Berbual dengan seseorang merupakan perkara yang mudah walaupun untuk budak tadika, akan tetapi, hendak menyampai mesej kepada seratus ataupun 1000 orang adalah sebaliknya. Walaupun begitu, perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Jika kita dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran yang betul, sesiapa sahaja boleh melakukanya. Oleh itu, kami menjemput anda semua, yang ingin menjadi lagi mantap dengan kemahiran bercakap, ke...

BENGKEL KOMUNIKASI:
 KOMUNIKASI  121 

oleh
 En. Roslan Mohammad,
Director in Charge of Content and Industry Development,
Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)

pada
21 Ogos 2010 (Sabtu)
di
LT 1, Kuliyyah of Engineering, UIAM

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Kakak: Adik puasa tak hari ni?

Adik: Tak.

Kakak: Ha? Kan tadi kita sahur sama-sama. Kenapa adik tak puasa pulak?

Adik: Mula-mula adik dah puasa, tapi dah batal.

Kakak: Adik buat apa? Makan?

Adik: Tak lah. Adik terkentut.

Kakak: (tersenyum)

Friday, August 6, 2010

Persiapan Menjelang Ramadhan

Dari Buku Buyutina Fi Ramadhan.
PERSEDIAAN YANG HARUS DIATURI OLEH WANITA MUSLIMAH ( ikhwah pun boleh juga kalau nak buat)


Kredit: TPSPM KNL
1. Berdoa supaya dipertemukan dengan Ramadhan dalam keadaan yang baik..

Tuesday, August 3, 2010

Laporan Mass Gathering Ahli KDG

Mass Gathering KDG:
Menyerlah Jauh dari yang Biasa!

bukan dianjurkan untuk suka-suka, tetapi dalam gembira ada mesejnya

ALHAMDULILLAH, thummalhamdulillah. Buat julung-julung kali dan yang pertama semisalnya dalam sejarah, KARISMA Daerah Gombak (KDG) telah berjaya menganjurkan sebuah Mass Gathering untuk ahli-ahli yang mengikuti sistem usrah dan tarbiyyah di bawah KDG. Berlangsung di Kafe Evoke pada tarikh 1 Ogos 2010, Mass Gathering ini telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih daripada 100 orang ahli KDG; Allahu Akbar!

Friday, July 30, 2010

[3 Hari Lagi]Mass Gathering KARISMA Gombak 01.08.2010

Assalamualaikum Ikhwah/Akhawat/Brothers/sisters yang di rahmati Allah S.w.t sekalian,

Bagaimana iman antum pada hari ini? Diaharapkan semoga kita semua diberi ketetapan hati dan keimanan. 

MASS GATHERING KARISMA DAERAH GOMBAK

Seperti yang telah di war-war kan sebelum ini, KARISMA DAERAH GOMBAK(K-DG) akan menganjurkan Mass Gathering pada:

Tarikh    : AHAD  1 Ogos 2010
Masa     : 8.00 Malam 
Tempat  : Evoke Cafe
Tema     : 'Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa'