Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Kakak: Adik puasa tak hari ni?

Adik: Tak.

Kakak: Ha? Kan tadi kita sahur sama-sama. Kenapa adik tak puasa pulak?

Adik: Mula-mula adik dah puasa, tapi dah batal.

Kakak: Adik buat apa? Makan?

Adik: Tak lah. Adik terkentut.

Kakak: (tersenyum)


Alhamdulillah tahun ini kita masih berpeluang bertemu dengan Ramadhan yang penuh berkah. Jadi, jangan lepaskan bulan pesta ibadah ini dengan mengerjakan segala yang wajib dan juga yang sunat. Seperti yang kita maklum, ganjaran bagi amalan sunat yang dikerjakan di bulan Ramadhan sama seperti ganjaran amalan fardu. Manakala ganjaran amalan fardu dilipat kali gandakan. Antara amalan di bulan Ramadhan:
PUASA

Baginda bersabda: "Siapa yang berpuasa bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah nescaya diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang lalu."

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

TARAWIH

Solat ini hanya boleh dikerjakan di bulan Ramadan sahaja. Hukumnya - Sunnah muakkadah. Masanya - Setelah seseorang itu mengerjakan solat fardu Isyak. Afdal (utama) dikerjakan berjemaah di masjid. Boleh dikerjakan bersendirian sahaja.

Menurut hadis Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah maksudnya: "Adalah Rasulullah saw sangat sukacita menganjurkannya supaya beramal di malam-malam bulan Ramadan, hanya baginda itu tidak menganjurkannya dengan keras. Baginda bersabda: "Siapa yang menunaikan ibadat solat pada malam-malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah nescaya diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang lalu."

TILAWAH AL –QURAN

Ramadhan adalah Syahrul Qur’an (Bulan Al-Qur’an), kerana awal diturunkannya Al-Qur’an adalah pada bulan Ramadhan. Dengan berpegang kepada Al-Qur’an, nescaya perjalanan hidup manusia menjadi terarah dan memberi kebahagiaan, kedamaian, ketenteraman dan kemakmuran serta keadilan. Banyak daripada kita, kaum muslimin yang sudah jauh dari Al-Qur’an, sama ada jauh dalam bentuk tidak pandai membacanya, pandai membaca tapi tidak rajin membacanya, rajin membaca tapi tidak memahaminya, memahami tapi tidak mengamalkannya atau sudah mengamalkannya tapi baru untuk dirinya sendiri, belum merangsang atau mengajak orang lain untuk mengamalkannya.

Oleh kerana itu, sebagai bulan Al-Qur’an, Ramadhan mengingatkan dan mengetuk hati kita untuk memperkukuh komitmen kepadanya. Apabila Ramadhan yang sedang kita lalui ini telah berakhir dan komitmen kita kepada Al-Qur’an semakin kuat, itu merupakan indikasi daripada keberhasilan ibadah Ramadhan kita. Bahkan dalam menjalani kehidupan ini, kita selalu berpandukan kepada Al-Qur’an, kerana Al-Qur’an memang berfungsi sebagai petunjuk dan menjadi neraca untuk kita menilai setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan kita. Inilah neraca langit yang membezakan antara perkara yang hak dan yang batil.

Allah berfirman, “Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang bathil). (Al-Baqarah:185).

Justeru marilah kita sama-sama memperbanyak bacaan Quran dengan tadarus dan tingkatkan kefahaman tentang ayat-ayat Allah dengan mentadabburi setiap bait-bait dari Al-Quran. Hidupkanlah rumah-rumah kita di bulan Ramadhan dengan alunan bacaan suci Al-Quran.


dikesempatan ini, jk Media K-DG ingin mengucapkan,

SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA WARGA KARISMA DAERAH GOMBAK :)

4 comments:

  1. ramadhan kareem!
    err.. kakak tolong betulkan salah paham adik ek.. kesian adik tatau apa yg batalkan puasa;)

    ReplyDelete
  2. maghrib ni syaitan da kena ikat,
    pintu syurga terbuka luas.
    woww..
    rembat pahala banyak3!
    moga Ramadhan kali ni lebih baik dari yang lepas.
    ameen

    -syaimaa'-

    ReplyDelete
  3. hehe comey je...kentut batal puasa ye dik???
    erm,mkn mningkat usia,sptutnya mkin byk amalan kite,sbb kite makin hmpir denganNya... rumah kata pergi kubur kate mari...huhu

    ReplyDelete
  4. Ramadhan Karemm semua
    jom lipat kali gandakan amalan
    rebut ganjaran :)

    ReplyDelete