Thursday, September 2, 2010

23 Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-23 kita berpuasa. Sedar tak sedar kita cuma tinggal 7 hari saja lagi peluang kita berpesta ibadah. Macam mana amalan kita? Quran dah berapa juzu'? Infaq pula? Sama-sama muhasabah. Berbaki 7 hari ni, jom kita tingkatkan lagi amalan. Ye lah, Ramadhan cuma datang setahun sekali. Lepas ni tak pasti lagi dapat bertemu Ramadhan lagi atau tak. Dan, dalam fasa terakhir Ramadhan adalah fasa pembebasan dari api neraka. Jom sama-sama kita berusaha. Selain tu, Allah juga bagi kita Lailatul Qadar.


Firman Allah dalam surah al Qadr ayat 1-3: "Kami telah menurunkan al Quran pada malam Lailatul Qadar. Apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu terlebih baik dari seribu bulan..."

Para ulama berselisih pendapat tentang masanya Lailatul Qadar. Pendapat yang terkuat sekali menyatakan malam Lailatul Qadar jatuhnya pada malam-malam yang ganjil selepas tanggal 20 Ramadan iaitu: 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.


Pada malam-malam itu sangat eloklah kalau kita membanyakkan ibadat seperti solat, membaca al Quran, berselawat, berzikir dan memohon doa minta diampunkan dosa. Imam Ahmad Ibni Majah dan Al Tarmidzi telah melaporkan sebuah hadis yang diterimanya dari Aisyah: Bahawa Rasulullah telah mengajarkan kepada-nya doa yang diucapkan pada malam Lailatul Qadar iaitu: "Wahai Tuhanku, bahawasanya Engkau Tuhan yang Maka Pemaaf, Engkau menggemari ke-maafan, maka maafkanlah daku."

 

Lagi 1 amalan di akhir Ramadhan yang amat dituntut adalah Iktikaf di masjid.

Iktikaf ertinya berhenti di dalam masjid dengan niat beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah.
Hukumnya adalah sunat, dan istimewa sesudah tanggal 20 Ramadan hingga ke akhirnya. Aisyah ra meriwayatkan yang maksudnya: "Adalah Rasulullah saw melakukan iktikaf sesudah tanggal 20 Ramadan, hal ini menjadi amalan Baginda hingga Baginda wafat."

Niat Iktikaf: "Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini kerana Allah Taala."

2 comments:

  1. Msjid UIA is d best! wahai student UIA... jom lah guna peluang ni sebaik2nya! Sekiranya ada kesempatan curilah masa utk i'tikaf di msjid. dlm ksibukan mid-term n asimens yg menekan2 khidupan (hehe)
    n ajklah kwn2 kite s'ad di dlm o di lua uia merasai pglmn iktikaf kat sini. sgt hidup! sgt best!
    ^_^

    ReplyDelete