Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illa Allah, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahi-l-hamd
Alhamdulillah akhirnya dapat juga kita bertemu dengan bulan yang mulia ini. Setelah sebulan mengerjakan rukun islam yang ketiga, akhirnya kita diberi peluang menyambut kemenangan atas segala kesabaran kita berpuasa selama sebulan. Alhamdulillah. Allahu Akbar.
"...Allah telah memberkati kamu dengan dua hari yang lebih baik iaitu Aidul Fitri dan Aidul Adha. Kedua hari ini adalah untuk makan-makan dan minum-minum,bergembira bersama dan mengingati Allah."
Tapi..apa maksud kemenangan ni? Berjaya berpuasa selama sebulan? Berjaya khatam al-Quran? Iktikaf di masjid 10 malam terakhir Ramadhan? atau infaq kepada yang memerlukan?
Jibril datang kepadaku & berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai Ramadhan, namun setelah Ramadhan habis ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya).
Haa, dalam hadis ni dah jelas mengatakan bahawa, siapa yang tidak diampunkan dosanya sesudah berlalunya Ramadhan, dia akan masuk neraka. Nauzubillah min zalik. Dalam erti kata lain, apabila menjelangnya syawal, kita hendaklah kembali kepada fitrah, bersih dari dosa, ibarat bayi yang baru dilahirkan, kalau tak, kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.
Lepas tu, amalan yang diamalkan ketika Ramadhan hendaklah diteruskan, agar kita tidak tergolong dalam hamba kepada Ramadhan, tetapi hamba Allah yang Rabbani. Amalan sunat ketika Syawal pun jangan tinggalkan.
bertakbir....
“Dan sempurnakanlah puasa kamu mengikut bilangan dari dalam bulan Ramadhan (29 hari atau30 hari) dan bertakbirlah (membesarkan Allah s.w.t.) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, semoga kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah:185)
berpuasa 6 hari di bulan Syawal..
Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa. -Hadis riwayat Imam Muslim
dan menghidupkan malam hari raya
"...barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya (aidilfitri dan aidil adha), dia akan mendapat pertolongan ketika tiada pertolongan selain dari pertolongan-Nya..."
dan menghidupkan malam hari raya
"...barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya (aidilfitri dan aidil adha), dia akan mendapat pertolongan ketika tiada pertolongan selain dari pertolongan-Nya..."
Wallahu a'lam.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
MINAL AIIDIN WAL FAIZIN
khasnya kepada seluruh ahli KARISMA Daerah Gombak,
dan tidak dilupa seluruh warga UIAM Gombak,
ikhwah akhawat KARISMA seluruh Malaysia,
dan seluruh muslimin dan muslimat.
kredit poster: Usamah, Ameer JK Dakwah KARISMA Daerah Gombak. Syukran Jazilan
Slm aidilfitri.minal eid wal faiizin...
ReplyDeleteminta maaf atas sgla salah silap.
^_^
Dalam kesibukan menghadapi detik2 terakhir Ramadhan dan ketibaan Syawal, admin still sempat curi masa untuk buat posting...mantop x2. Like
ReplyDeleteAnyway...time Raya ni...
1. Jangan main ngan mercun kalo xde skill (kena blaja dulu skill main mercun cara selamat kalo nk main)
2. Tolong mak kat dapur buat kuih raya, dodol, ketupat n etc.
3. Jgn lupa jemput kawan2 dtg beraya ke rumah n sediakan duit raye gak :P
4. Dalam beraya...jgn lupa assignment...hehehe
5. But above all that...jgn lupa amal ibadah :)
salam eid mubarak! kullu am wa antum bikhair.
ReplyDeleteps : meh la datang rumah :)
salam aidilfitri buat semua warga karisma gombak dan pengunjung setia blog ini.. ^_^
ReplyDelete