Mass Gathering KDG:
Menyerlah Jauh dari yang Biasa!
bukan dianjurkan untuk suka-suka, tetapi dalam gembira ada mesejnya
AJK bertungkus-lumus memastikan segala keperluan teknikal
berfungsi dengan baik sebelah petang sebelum majlis bermula
Antara hadirin dari kalangan akhawat yang tiba paling awal. Tahniah!
penuh - hadirin akhawat
hampir penuh - hadirin ikhwah tidak kurang ramainya.
memang meriah!
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." [As-Saff: 4]
Dalam ayat ini, Allah SWT yang Maha Agung telah merakamkan kecintaanNya terhadap mereka yang sama-sama berjuang di jalanNya serta terus thabat atas jalan tersebut tanpa berganjak seakan-akan mereka merupakan satu bangunan yang tersusun kukuh dan teguh; tidak bergoncangan meskipun terpaan musuh datang dari segenap arah. Semoga kita termasuk dalam golongan yang Allah maksudkan. Ameen!
dengan kerjasama dan kesatuan hati, segalanya mampu kita capai, insyaallah!
[FIDAK 2015 & Islam 2020 bi iznillahi ta'ala]
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui" [As-Saff: 10-11]
Dalam dua ayat di atas pula terselit mesej yang amat penting dan perlu diberi perhatian sekiranya kita tidak mahu tecicir dari meraih kemenangan dan keuntungan:
Dialah Muhammad, Rasul yang telah diutus oleh Allah sendiri untuk menyampaikan risalah kebenaran kepada sekalian alam. Justeru, wahai orang-orang yang beriman kepada utusanNya (junjungan mulia s.a.w) dan yang beriman kepada risalah yang dibawanya, yang beriman kepada Tuhan baginda dan Tuhan kita semua, mahukah kalian ditunjukkan satu perniagaan yang dijamin Allah akan memberi keuntungan yang amat BESAR di dunia ini dan di akhirat kelak? [dan apakah bentuk keuntungan yang lebih besar melainkan terselamatnya kita dari azab api neraka serta terpilih untuk menghuni syurgaNya?]
Iaitu, hendaklah kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta berjuang di jalanNya dengan harta dan sepenuh jiwa raga. Nescaya syurgalah balasan kepada apa yang telah kamu laburkan! Justeru itu ikhwah dan akhawat sekalian, sama-samalah kita berdoa dan berusaha agar tergolong dalam kalangan orang-orang yang beruntung ini. Ketahuilah bahawa dalam perjuangan meraih redha yang tertinggi, kita tidak sendirian. Di sini kita berkongsi satu impian, dan kita akan bergerak dalam satu barisan, demi menggapai apa yang kita cita-citakan - redha Allah dan syurga yang didambakan, insyaallah!
keindahan syurga yang telah Allah sediakan khusus buat hambaNya yang beriman & bertaqwa itu
tidak terjangkau dek akal fikiran manusia. Mahukan kalian, kita masuk ke dalamnya?
Tamat tilawah ayat-ayat suci Al-Qur'an, majlis tanpa membuang masa telah mempersilakan saudara Marwan selaku Ameer KDG untuk menyampaikan sedikit penerangan tentang KARISMA secara umum dan KARISMA Daerah Gombak itu sendiri secara khusus. Antara yang disebut ialah pengenalan mengenai KARISMA - rasional penubuhan, motto serta visi dan juga misi KARISMA. Dalam kesempatan ini, suka untuk penulis berkongsi kenyataan misi KARISMA sebagai refreshment untuk kita semua:
"Melahirkan mahasiswa du'at kontemporari soleh wa musleh yang cemerlang dari aspek sakhsiah, kepimpinan dan akademik melalui program pembangunan insan yang seimbang dan komprehensif."
Mudah-mudahan misi ini tercapai dan berjaya dibumikan, insyaallah!
Sesi ucapan & penerangan oleh Akh Marwan
Usai sesi penerangan oleh Tuan Ameer, majlis diserikan dengan tayangan video eksklusif yang telah dihasilkan oleh akh Rabbani. Video yang sarat dengan mesej yang mendalam dan kenangan-kenangan ukhuwwah serta persaudaraan tersebut nyata berjaya memeriahkan lagi suasana mass gathering kali ini. Seterusnya, 5 orang hadirin bertuah telah dipanggil ke hadapan untuk menerima hadiah hasil cabutan lucky draw. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!
4/5 daripada hadiah lucky draw jatuh ke tangan akhawat. Rezeki akhawat.
Dendangan dua buah nasyid oleh sebuah kumpulan baru bernama Shureem menandakan bahawa program sudah hampir tiba ke penghujung. Alhamdulillah, tiga orang ahli kumpulan Shureem nampaknya telah sungguh-sungguh berusaha untuk menyampaikan yang terbaik. Terima kasih Shureem!
kumpulan Shureem
Alhamdulillah, tamat sudah suatu peristiwa yang penuh bersejarah. Jazakumullau khairan kathira pihak penganjur ucapkan kepada semua yang telah menjadikan majlis ini suatu kenyataan. Semoga ia merupakan suatu titik-tolak untuk kita bersama-sama melakar sejarah yang lebih gilang-gemilang di masa hadapan, insyaallah!
Alhamdulillah, smga penyusunan dan penjelesan semula gerak kerja ini dpt memantapkn lg kekuatn kdg gmbak..lillahita'ala..
ReplyDeletesalaam..
ReplyDeletealhamdulillah thummalhamdulillah!
jazakumullahukhair kepada semua.
sungguh, Allahlah pemegang hati-hati kita.
semoga Dia menjaga hati-hati kita semua..
wallahua'lam
alhamudlillah! moga mass gath ni akan merapatkan lagi ukhuwwah kt. ukhuwwah teras kegemilangan,utk kt teruskan perjuangan yg sgt2 panjang ni.inAllah pertemuan di evoke kelmarin dpt menaikkn lg semangat semua utk bekerja utk Islam. ameen..
ReplyDeletemabruk!!sempat kejap je..
ReplyDelete