Monday, February 14, 2011

Grand Forum Maulidur Rasul


Program ini merupakan kerjasama antara  KARISMA bersama persatuan kuliyyah di UIAM. antara persatuan yang terlibat adalah Persatuan Pelajar Undang-Undang(LAWSOC) sebagai penganjur utama, Persatuan Pelajar Ekonomi dan Sains Pengurusan(EMSS), Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu(IRKSS), Persatuan Pelajar Pendidikan(BEDSA), Persatuan Pelajar Kejuruteraan (ENGINIUS) dan KARISMA sendiri. Ini merupakan antara program pertama yang KARISMA Daerah Gombak anjurkan berkerjasama dengan persatuan-persatuan di UIAM.Ia akan dianjurakan pada 14 Feb 2011 pada jam 8.30pm bertempat di Main Auditorium,UIAM. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkannya!  

Tuesday, February 1, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan Akhawat


Sedingin Air Sungai Pisang : Kisah Akhawat yang Mencari Ketenangan di Pagi Hari

Bila akhawat jalan-jalan cari makan, apa akan jadi? Boleh ke akhawat jalan-jalan sendiri? Kalau kene culik macam mana? Siapa nak tolong? 

Kenapa nak jalan-jalan? Duduk je lah diam-diam dalam UIA tu. Fokus kerja dakwah. Kerja dakwah sangat banyak tau. Duduk diam dalam bilik, baca buku ilmiah banyak-banyak. Jangan sampai orang lain kata kita cetek ilmu. Lagi, perbaiki diri sendiri. Tambah lagi amal-amal soleh. Biar jadi akhawat agung. Dikagumi semua.

Monday, January 31, 2011

Pimpinan JIM sertai perhimpunan serah memo


memo mesir 1
KUALA LUMPUR – Presiden JIM, Haji Zaid Kamaruddin, Timbalan Presiden, Haji Syed Ibrahim Syed Noh dan Setiausaha Agung, Hj Nahar Md Nor bergabung degan hampir 300 orang dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang di luar Kedutaan Besar Mesir di Jalan Rhu, Ampang di sini sejak pukul 11 pagi tadi untuk  menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu.

Sunday, January 30, 2011

Terkini Mesir; Pandangan dan pendirian


BICARA YDP (sempena peristiwa besar yang berlaku di Egypt)

Assalamualaikum wmt wbkth

Segala puji bagi Allah SWT Rabbul Jalil. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w penutup segala kenabian.
Hari ini seluruh kota Mesir (Egypt) sedang meledakkan kemarahannnya. Kemarahan masyarakat yang meluap-luap yang tidak mampu lagi ditahan dan dibendung akibat kezaliman Regim Gamel Abd Nasir yang sejak sekian lamanya menindas rakyat dengan sistem kuku besinya, rasuah dan pemerintahan polis yang kejam dan memenjarakan seluruh para penentangnya.

Youth Outdoor Quest 2010

Bismillah

Tuesday, January 18, 2011

Segarnya Udara Pagi: Kisah 7 Pemuda di Puncak Jabal Broga



Musolla Bilal pagi itu sungguh nyaman. Kehadiran lebih daripada 20 orang pemuda dari pelusuk lembah Sg Pusu telah mengubah kebiasaan kisah musolla tersebut. Watak yang pelbagai niatnya sama, untuk berjumpa Tuhan pada waktu di mana pintu langit dibuka dengan luas. Berdoa ketika itu sangat mustajab. Itu janji Tuhan, bukan janji insan.

Wednesday, January 5, 2011

Laporan Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

Bismillah



 
31 Disember 2010 (Jumaat) – Seramai 1,100 remaja yang berusia lingkungan 13 hingga 15 tahun mengikuti Program Bina Insan Perhimpunan ‘1000 Jiwa 1 Hati’ yang dijalankan selama dua hari bertempat di Dewan Muktamar dan Masjid Negara, di sini, bermula hari ini.