Tuesday, February 1, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan Akhawat


Sedingin Air Sungai Pisang : Kisah Akhawat yang Mencari Ketenangan di Pagi Hari

Bila akhawat jalan-jalan cari makan, apa akan jadi? Boleh ke akhawat jalan-jalan sendiri? Kalau kene culik macam mana? Siapa nak tolong? 

Kenapa nak jalan-jalan? Duduk je lah diam-diam dalam UIA tu. Fokus kerja dakwah. Kerja dakwah sangat banyak tau. Duduk diam dalam bilik, baca buku ilmiah banyak-banyak. Jangan sampai orang lain kata kita cetek ilmu. Lagi, perbaiki diri sendiri. Tambah lagi amal-amal soleh. Biar jadi akhawat agung. Dikagumi semua.





Tapi, sekumpulan akhawat ni.. Tak dengar kata. Mereka keluar juga. Dah la keluar di hari perayaan cahaya diraikan. Bawa pula kawan-kawan yang kononnya ingin disentuh hatinya. Bila ditegah, ini yang mereka kata,

"Kenapa? Jalan-jalan tu bukan ibadah ke? Makan-makan tu bukan ibadah ke?"

"Kan kita diajar menjadi kreatif dalam berdakwah. Kalau duduk kat bilik, macam mana nak cari mad'u? baik kita buat program kat luar. Baru lah ada orang nak ikut kita."

"Lagi pun, semua amalan kan, bergantung pada niat. Kalau niatnya kerana Allah, dapat  lah pahala. Cuba baca ni."


Lalu, dengan gembira, akhawat-akhawat ni membuat persiapan. Bangun awal pagi menyiapkan makanan dan perkakas. Tak lupa solat sunat tahajud. Berdoa agar tiada halangan yang mencacatkan perjalanan. Agar objektif yang diimpikan menjadi kenyataan. Yang lain-lain pun dikejut. Biar ramai. Bersatu kami teguh!




Naik bukit. Turun bukit. Rentas sungai. Akhirnya, sampailah destinasi mereka.



Dimulakan dengan taaruf. Tak kenal maka tak tahu, tak kenal maka tak cinta. Moga cinta yang dibina diiring redha Ilahi, kekal hingga ke firdausi. Taaruf dipanjangkan lagi dengan aktiviti-aktiviti dalam air.




Diserikan lagi dengan pengisian basah dari ukhti Sumayyah. Walau nampak santai, tapi menusuk ke dalam lubuk hati yang paling dalam. Tentang mahasiswa, apa peranannya?



Bila dah penat bermain, mula lah terasa lapar. Mujur ada chef-chef solehah ni. Tanpa mengenakan bayaran, mereka tampil berkhidmat dengan ikhlas. Teringat kata-kat chef Ismail,


"Berilah anak-anak makan makanan yang bersih. Bersih bukan sahaja fizikalnya, tapi penyediaan juga kena bersih. Dimasak dengan hati yang bersih dan ikhlas. Barulah ada keberkatan"




Itulah dia kisah akhawat 'degil' ni. Dengan tema 'Allah matlamat kami', program ala-ala rehlah yang diberi nama 'Back to Basic' diadakan. Sedang sahabat-sahabat lain menikmati cuti, sekumpulan akahwat yang dijentik hatinya oleh Allah mengorbankan masa cuti mereka untuk menyantuni sahabat yang lain.

Moga pertemuan singkat ini mendapat redha Ilahi. Moga pertemuan yang singkat ni menjanjikan ukhuwah yang berpanjangan. Amin.



Siapa kata makan-makan tu bukan ibadah? Siapa kata yang jalan-jalan tu bukan ibadah? Akhawat telah buktikan segalanya. Apa pun yang dilakukan, asalkan dengan niat menggapai redha Ilahi, insya Allah dikira sebagai ibadah. Allah matlamat kami! Sesiapa yang berminat nak menyertai kami, boleh la bagi tahu. Tawaran dibuka selagi masih bernyawa.

bergambar kenangan sebelum pulang


20 Januari 2011
Sungai Pisang, Gombak





kredit foto: ukhti Fatimah Muhammad



ps: bukan bahasa kamus

13 comments:

  1. *teary eyes* well done! pertama kali baca artikel yang sangat menyentuh ke lubuk hati yang paling dalaaaaaaam! :)

    ReplyDelete
  2. haha. bkn bahasa kamus? Wawan, ade org tembak enta! hahaha

    ReplyDelete
  3. salam..ini prog back to basic tu kah??

    ReplyDelete
  4. akhawat can cook! ^____^

    usamah, ha ah ni back to basic.

    ReplyDelete
  5. hebat. kt hutan pun ada buat Jalan2 Cari Makan. restoran apa? ^^)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. sekali lagi, terima kasih kepada ajk pelaksana. yang sanggup bersengkang mata dan bekorban banyak perkara untuk menjayakan program. semoga Allah balas dengan syurga! auuum! :))

    terima kasih kepada murrabbiah yang dikasihi, kerana sentiasa bersama sama dengan kami, sentiasa bersabar dan berlapang dada dengan keranah kami. sentiasa ada untuk menyokong dan mendoakan kami. :p

    terima kasih kepada senior seniora yang dihormati, kerana sentiasa memberi tunjuk ajar tanpa jemu. dan mengiringi setiap langkah kami dengan doa-doa!

    terima kasih kepada para penaja. penaja kereta penaja alatan memasak. penaja khemah. penaja kanvas dan first aid. dan lain lain lagi.

    terima kasih kepada akhawat JKD yang sanggup turun untuk memeriahkan program. :) semoga terus dikuatkan langkah dan dilapangkan hati. semoga ini adalah satu permulaan yang baik untuk program program yang seterusnya.

    terima kasih kepada para peserta! kerana sudi meluangkan masa untuk bermain, makan dan ber-taddabur bersama kami. semoga ukhuwah terus kekal hinnga ke jannah!

    shortly, terima kasih kepada semua, samada yang terlibat secara langsung atau pun tidak. terima kasih tidak terhingga! hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik dan penat lelah antum.

    maaf diatas segala kekurangan kelemahan atau perkara perkara yang dirasakan tidak patut atau berlebih-lebihan.

    semoga program 'back to basic' ini memberi kita semua satu momentum untuk terus berlari laju... mengejar syurga idaman!

    ikhlas dari,
    akhawat JKD KDG 2010/2011.

    p/s: sebab program ni 'back to basic' lah. akhawat boleh memasak dalam hutan... ;) *clap clap*

    ReplyDelete
  8. kalau best sangt buat la lagi sem nih.ye x?? ;p
    btw, 1 improvement utk akhwat. da pandai letak gmbr yg ade mkne ..huhu..sblm nih gmbr blakang kepala je bnyk..huhu

    ReplyDelete
  9. boleh x ckp alang baru bace post ni..*kwang3*
    yeay..dat day was fun..walaupun malam tu ade exam..
    akhwat degil la katekan..
    moga kedegilan yg membawa manfaat..^^
    *clap3 jugakk*!

    ReplyDelete
  10. Terima kasih korang sume...
    n tahniah2

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah, ada improvement dari akhawat. maka kami menantikan improvement dari ikhwah pulak! jangan segan segan ye! :)

    insyallah kalau ada rezeki kita jalan jauh lagi nak? akhawat kene lasak!

    mohon doa doanya. :))

    ReplyDelete
  12. ada baiknya foto tersebut tidak uploaded

    ReplyDelete