Wednesday, January 5, 2011

Laporan Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

Bismillah



 
31 Disember 2010 (Jumaat) – Seramai 1,100 remaja yang berusia lingkungan 13 hingga 15 tahun mengikuti Program Bina Insan Perhimpunan ‘1000 Jiwa 1 Hati’ yang dijalankan selama dua hari bertempat di Dewan Muktamar dan Masjid Negara, di sini, bermula hari ini.

Program Bina Insan Perhimpunan ‘1000 Jiwa 1 Hati’ itu dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Masjid Negara, Raudhatus Sakinah, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) dan Kelab Remaja JIM (KRJ).
Dengan motto program ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ adalah satu program khusus yang menghimpunkan para remaja dan belia, pemuda dan pemudi untuk sama-sama bersatu hati berpadu jiwa, menyatakan tekad menolak perzinaan.
Terdahulu, program tersebut dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Hadir sama ialah YBhg. Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail Bin Haji Muhamad (Imam Besar Masjid Negara Kuala Lumpur), YBhg. Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Binti Haji Siraj (Pengerusi Lembaga Pengarah Induk Raudhatus Sakinah Master Training and Consultancy), YBhg. Tuan Haji Zaid Bin Kamaruddin (Presiden KARISMA), YBhg. Prof. Dr. Mohamed Hatta Bin Shaharom (Timbalan Presiden IKRAM), YBhg. Datin Paduka Hajjah Che Asmah Binti Ibrahim (Ketua Wanita Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia) dan YBhg. Ustazah Arpah Binti Abdul Wahab (Timbalan Ketua Wanita IKRAM).








Foto oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

Teks oleh:
Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan,
JAWI, Kuala Lumpur

1 comment: