Sunday, January 30, 2011

Youth Outdoor Quest 2010

Bismillah



Alhamdulillah, KARISMA Daerah Gombak telah berjaya mengadakan satu mukhayyam pada semester ini. Mukhayyam Khariji atau pun Youth Outdoor Quest (YOQ) 2010 telah diadakan di kampung Sungai Tua, Selayang Baru dan Kem Nur Laman Bestari Eco Resort, Ulu Yam selama 3 hari 2 malam bermula 31 Disember 2010 sehingga 2 Januari 2011. Tema mukhayyyam kali ini adalah Merentas Sirah, Mengukuh Ukhuwah.

Jom kita ikuti pengalaman ikhwah akhawat yang menyertai YOQ 2010!

bersedia untuk bertolak

tiba di destinasi pertama. semua kelihatan gembira

bina pengkalan




kawad di setiap pagi

berkawad sambil tersenyum gembira



Ice-Breaking & Pembahagian Kumpulan

Kumpulan dibahagikan dengan cara melengkapkan cebisan-cebisan peta yang diberikan kepada setiap peserta.

Setelah firqah dibentuk, masa selama 15 minit diberikan bagi membincangkan nama firqah, ketua firqah, sorakan semangat firqah masing-masing dan melukis logo.


hasilnya! semangat!


EXPLORACE SIRAH

antara wajibat sepanjang explorace:
  • survey masyarakat pelbagai lapisan
  • membuat aktiviti kebajikan
  • pencarian dana
  • dan cabaran-cabaran lain


ambil peluang mendekati ibu bapa yang datang mendaftar anak-anak darjah 1



Obstacles & Rakit






War Game


Jungle Trekking & Survival Skill

Walau pun trek tak berapa jauh, namun, jungle trekking pada mulanya sangat mencabar. Pendakian bukit yang agak curam membuatkan beberapa peserta hampir-hampir berputus asa. Namun, dengan semangat ukhuwah yang terjalin selama beberapa hari, para peserta saling bahu-membahu memastikan sahabat yang lain tidak tersungkur di tengah jalan.

Kemudian, peserta telah diajar satu survival skill, memasang jerat binatang di dalam hutan.



didenda setiap kali perbarisan, untuk memantapkan disiplin.

kene guling atas tanah

pumping

dan direndam


walau pun sibuk membentuk diri dengan aktiviti-aktiviti fizikal, aspek rohani tetap diberi perhatian




penyampaian rohani dari ustaz hanafi.


Testimoni Peserta YOQ 2010

"saya rasa para peserta berjaya mencapai objektif program ini. Alhamdulillah ukhwah sesama kita semakin rapat kesan daripada makan bersama dalam talam, mandi sungai bersama, kene hukuman bersama dan macam-macam lagilah."
-anak.soleh-

"Berpisah kasih dimata
Bertemu sayang disyurga"

"sampai-sampai je kena kawad.
tidur atas tikar pulak tu.
tak berapa nak nyenyak.
sebab nanti ada orang kejut untuk gantikan dia berjaga.
bumi masih berembun tapi dah ada orang kejut untuk kena denda."


"ulama' dahulu tidurnya atas tanah.
sanggup bersengkang mata menangis dan menulis.
rehlah ilmiyyah menjadi saksi.
betapa ulama' bersusah payah demi ummat."
 
-nur syuhada roslan-




Tahniah kepada jk penganjur. Moga Allah balas setiap usaha kalian. Dan semoga mukhayyam kali ini memberi sebanyak pengajaran kepada semua yang terlibat.


Credit foto: akh Mujahid Hasanudin, ukhti Maryam Muhammad dan ukhti Raihan Mustafa Kamal.


wallahu a'lam.

0 komentar:

Post a Comment