Bismillah
Ramadhan sudah masuk fasa kedua. Hari ini sudah dua belas Ramadhan. Ia semakin berlalu dan seterusnya akan meninggalkan kita. Semoga kita terus istiqamah melakukan segala ketaatan pada-Nya.
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira" (39:10)
Kali ini saya mahu berbicara tentang sabar. Umumnya, orang mengaitkan kesabaran apabila ditimpa musibah.
Contohnya, sabar jika disahkan sakit oleh doktor, sabar apabila kehilangan anggota keluarga dan sebagainya. Hakikatnya, sabar mencakupi seluruh kehidupan kita sehari-hari.
Contohnya, sabar jika disahkan sakit oleh doktor, sabar apabila kehilangan anggota keluarga dan sebagainya. Hakikatnya, sabar mencakupi seluruh kehidupan kita sehari-hari.
Bersabar untuk apa?
Bersabar untuk melakukan ketaatan kepada Allah, dan bersabar untuk menahan diri dari segala larangan Allah.
Contoh mudah ialah solat. Ramai yang gopoh dan tidak sabar untuk menyelesaikannya, seperti sabda Rasulullah mengenai orang yang mencuri ketika solat; iaitu orang yang ruku' dan sujudnya tidak sempurna. Mahu cepat selesai, sehinggakan tiada lagi ruh dan kekhusyukan di dalam ibadahnya.
Contoh lain ialah perihal menutup aurat. Kadang-kadang ada yang tidak sabar untuk melaksanakan perintah-Nya, hanya menutup sebahagian tubuh, dan sebahagian yang lain dibiarkan terbuka. Tidak bermujahadah untuk melaksanakan perintah-Nya.
Adakah bersabar itu hanya semata-mata satu perkataan yang hanya dilafazkan di bibir sahaja?
"Aku sabar menerima ujian ini".
Begitu mudah?
Tidak.
Sabarnya seorang Muslim itu hadir dengan usaha.Contohnya, orang yang disahkan menghidap kanser. Ya, dia harus bersabar dengan ketetapan Allah, tetapi dalam masa yang sama, dia juga mesti berikhtiar melakukan sesuatu.Contoh lain, orang yang berada di dalam satu suasana yang menyukarkan dia untuk melakukan kebaikan, harus bersabar, dan dalam masa yang sama dia juga mesti berusaha untuk mencari biah yang lebih membantu dan membawanya ke jalan kebaikan.
Jika hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, sabar hanya menjadi satu teori yang tidak diaplikasi.
Banyak perkara di dalam dunia memerlukan kesabaran kita. Dan, kita harus bersabar, dan dalam masa yang sama kita harus aktif mencari solusi.
Bukan menjadi Muslim yang pasif. Hanya mewiridkan perkataan sabar.
Bagaimana dengan sabar Rasulullah?
Tentulah tip-top. Siapa yang mahu membina manusia selama tiga belas tahun? Siapa yang mahu meninggalkan tanah air tencinta dan berhijrah ke tempat lain?
Ketika peristiwa boikot berlaku, adakah Rasulullah hanya bersabar dan berdiam diri?
Baginda mencari jalan ke Habsyah.
Ketika peristiwa hijrah, adakah Rasulullah hanya bersabar dan bertawakkal kepada Allah tentang apa yang bakal terjadi?
Strategi hijrah sudah menceritakan.
Dan benarlah, Rasulullah itu sebaik-baik ikutan.
Titisan darah dan kesabaran Rasulullah di Thaif tidak sia-sia, kerana wujud negara Islam pertama di Madinah dengan usaha.
Dan air mata yang menitis di Uhud, dikesat dengan penuh kesabaran. Kerana pengakhirannya, Fathu Makkah menjadi ganjaran.
Bersabar dan berusaha. InsyaAllah, ada jalannya.
Janji Allah:
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (29:69)
Dan benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung.
Wallahu'alam.
nukilan ukhti Nur Syuhada Roslan.. Jazakillah khairan kathira atas perkongsian. Moga dalam rahmat Allah selalu :)
sabar itu dlm semua keadaan. walaupun dlm keadaan yg teramat2 mewah kita juga mesti bersabar dr menuruti hawa nafsu sprti membazir.
ReplyDeletejzkk syu. :)