Sunday, August 14, 2011

Karya SEEK 1432H: Tika Ramadhan Itu [Bahagian 1]

gambar oleh shazral
Subhanallah…bibir Haziqah menutur kalimat tersebut perlahan melihat keindahan pemandangan senja di kala matahari mahu terbenam, seolah-olah matahari itu akan tenggelam ke dalam laut Morib itu. Terasa sebak di dalam dada, terfikir betapa Allah masih menyayangi dirinya hingga kini sambil muhasabah entah berapa lama lagi dia akan hidup di atas muka bumi ini. Air matanya mengalir bila mengenang kembali dosa-dosanya yang lalu…adakah dia masih punyai masa untuk menebus kembali dosa-dosanya yang telah lalu???



 “Ummi…kenapa nangis?” Amira, suara si kecil yang berumur tiga tahun itu menyedarkan Haziqah daripada lamunannya tadi. “Shh…ummi menangis sebab tengok matahari dah nak terbenam..matahari dah nak tinggalkan ummi…hehe…”, jawapan Syua’ib kepada Amira. Haziqah senyum nipis memandang Amira dan mengusap kepala anaknya itu.

“Allahu Akbar Allahu Akbar……,” suara azan Maghrib kedengaran daripada masjid berdekatan tempat penginapan mereka, Hotel Gold Coast Morib. “Jom, jom dah masuk waktu buka,” kata Syua’ib mengajak isterinya dan anaknya itu sambil menuju ke meja makan. “Allahumma lakasumna wa bika amanna wa ‘ala rizqika aftarna birahmatika ya arhamar rahimin….” “Amin!!!” disahut oleh Amira dengan penuh semangat.
* * * * *
 “Alhamdulillah…dapat juga selesaikan terawih lagi malam ni,” ucap Haziqah dengan rasa syukur dan gembira. Syua’ib mengangguk dan tersenyum.
“Balik ni kita siap-siaplah berkemas ye, supaya esok pagi dapat bertolak awal,” Haziq mengingatkan. Haziqah membalas dengan anggukan dan senyuman. Ramadhan kali ini, entah mengapa Syua’ib lihat Haziqah tak banyak bercakap. Tapi dia tak mahu berfikir yang bukan-bukan.
* * * * *
 “Ala….abi…kenapa cepat sangat kita balik? Mira rasa best sangat kat sini…Kita duduk lama sikit kat sini, tak boleh ke abi?” rayu Amira. “ Tak bolehlah Mira…esok abi kerja… lain kali kalau abi cuti panjang kita datang lagi,ok?” pujuk Syua’ib. “Mira…dengar cakap abi ye, Mira kan anak yang baik…Mari sini, jangan kacau abi nak check out”, Haziqah menarik lembut tangan Amira menuju ke dakapannya. “Erm wanginya anak ummi…Mira anak yang baik kan…mesti dengar cakap abi dan ummi..,” kata Haziqah sambil mencuit hidung anaknya yang comel itu. “Jom kita gerak,” ajak Syua’ib sejurus selesai urusan check out.
* * * * *
 10 tahun lalu………
Pada umurnya 20 tahun, Haziqah merasakan satu perasaan yang sangat-sangat bebas! Akhirnya dia berjaya keluar dari rumahnya yang dianggap sebagai penjara dan neraka bagi dirinya! Dia menerima tawaran belajar di sebuah insititusi pengajian tinggi awam di pinggir ibu kota. Keputusan STPMnya sangat baik hingga melayakkannya untuk mendapat tawaran belajar di IPTA tersebut. Walaupun hatinya tak berminat lagi untuk ada kaitan dengan mana-mana tempat pengajian yang ada nama ‘islamik’ memandangkan dia sudah bosan bersekolah agama semenjak sekolah rendah lagi, namun dia ketepikan perasaannya itu. Yang penting dia mahu bebas dan tidak perlu berada dalam rumah ‘neraka’ itu setiap hari. (bersambung...) 

0 komentar:

Post a Comment