Monday, July 5, 2010

Calling all KDG members!!! Konsert Mahabbah Gaza



Tujuan konsert ini bertujuan untuk untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa kekejaman Israel di Gaza. Antara artis yang akan menjayakan konsert ini ialah kumpulan Rabbani, Raihan, In Team, Saujana, NowSeeHeart dan Ummul Qura.


Konsert yang dinamakan Konsert Mahabbah Gaza ini bukan sekadar konsert hiburan yang biasa. Ia menampilkan kelainan kerana pada konsert tersebut akan diselitkan dengan slot khas serta temubual eksklusif bersama wakil Malaysia yang terselamat yang menjadi mangsa tahanan Israel semasa berlakunya serangan ke atas kapal-kapal bantuan kemanusiaan untuk Gaza. Selain itu pengisian khas juga turut diselitkan segmen khas penghargaan untuk Al-Marhum Ustaz Asri Ibrahim bekas vokalis kumpulan Rabbani dan pejuang irama nasyid negara.

Bukan itu sahaja, konsert ini turut dijadikan sebagai medium untuk penonton menghulurkan derma dan sumbangan ikhlas mereka kepada penduduk Palestin yang akan dikendali kutipannya oleh badan yang bertanggungjawab.

PRM CEMERLANG SDN.BHD adalah syarikat bumiputra yang bermurah hati telah sudi untuk menjadi PENAJA UTAMA konsert Mahabbah Gaza. Konsert ini akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 10 Julai. Terdapat aktiviti yang menarik turut disediakan antaranya ialah Bazar Niaga, Promosi Produk, Pertandingan Kawad Formasi Berirama, Kuiz, Forum, Sudut Pidati Palestin, Perlawanan Futsal, Cabutan Bertuah, Artis Corner dan pelbagai aktiviti yang menarik menanti anda.
Semoga dengan Konsert Marhabbah Gaza ini akan memberikan motivasi kepada orang ramai di luar sana supaya dapat berhibur sambil menderma kepada tabung kemanusiaan Palestin/Gaza.

Ikhwah akhawat yang berkelapangan pada 10 Julai ini, anda dijemput untuk bersama HALUANSiswa menjadi sukarelawan dalam konsert ini. Sukarelawan akan berfungsi utk mengutip sumbangan & derma seperti yg pernah dibuat semasa konsert Shoutul Harakah yg lepas.

Sekiranya ada yg berminat sila reply email ini personally kepada Akh Abdullah Omar di alkhudri@gmail. com
Seramai 30 (ikhwah + akhawat) diperlukan utk menjadi sukarelawan.

Jom turun berganding bahu membantu sambil mendengar konsert!

Wassalam

Sumber:
http://fenomenasyid.blogspot.com/2010/06/sidang-media-konsert-mahabbah-gaza.html
http://syawwal.blogspot.com/2010/07/karnival-sambutan-ulang-tahun-ke-9.html

3 comments:

  1. Siapa yang berkelapangan, jadilah sukarelawan, best punye!


    p/s:baru tengok Rabbani promote konsert ni kat MHI pagi tadi...

    ReplyDelete
  2. jom kita gegarkan stadium melawati!

    Let us show our support to our brohers n sisters at Gaza thru this concert :)

    p.s: mgkn kita bole hantar rombongan dari Gombak, ada sesiapa berminat?

    ReplyDelete
  3. siapa pergi? kongsilah. :)

    ReplyDelete