Monday, July 12, 2010

Ahlan Wa Sahlan Semester Baru!

Alhamdulillah, semester baru sudah pun bermula!

Kami di unit media mewakili KARISMA Daerah Gombak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Welcome, Ahlan Wasahlan dan Selamat Datang kepada semua pelajar baru intake Julai 2010! Semoga kemasukan anda semua ke dalam keluarga besar IIUM Gombak ini mengindahkan lagi suasana Islami di Taman Ilmu dan Budi! Selain itu, kami juga ingin mengalu-alukan kepulangan semua pelajar-pelajar senior ke dalam medan pencarian ilmu dan hikmah yang amat luas lagi mendalam ini. Bersama-sama, kita mampu menjadikan semester ini suatu semester yang lebih baik dari semester-semester sebelumnya, inshaallah!



Sedikit peringatan untuk renungan bersama - di dalam kesibukan mengemas bilik di mahallah, menguruskan pendaftaran subjek, membeli buku-buku teks, memulakan pencarian kelas-kelas dan menyusun jadual-jadual harian, semoga kita tidak lupa akan kedatangan bulan mulia Ramadhan yang semakin hampir dan bakal menemui kita insyaallah sekitar pertengahan semester nanti. Marilah kita mula mempersiapkan diri dengan memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat seperti berpuasa Isnin-Khamis dan melaksanakan solat-solat Rawatib. Selain itu, ringan-ringankanlah tangan untuk berinfaq dan sama-samalah kita berdoa dengan suatu doa yang diajarkan oleh Nabi SAW iaitu:

"Allahumma baarik lana fi rajab wa sya'ban wa ballighna Ramadhan"
Ya Allah, berkatilah kami di bulan rejab dan sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan

 

Akhir kata, semoga semester baru ini menjadikan kita manusia-manusia yang tersusun urusannya, yang tahu di mana keutamaannya (prioriti), yang tidak hanya graduate dengan segulung ijazah tetapi juga dengan nilai-nilai spiritual (ruhi) yang kemas dan mengakar. Ayuh kita mula merancang untuk semester baru ini sehabis baik. Berikanlah hak kepada setiap sesuatu - bahagikan masa dengan bijaksana agar di situ ada masa untuk tilawah, ada masa untuk revision, untuk riadah, untuk ibadah, untuk belajar, untuk berukhuwwah dan untuk bermuhasabah. Bak kata pepatah Inggeris, "There is a time for everything". Semoga setiap dari kita berjaya merangkul kejayaan di dunia dan di akhirat, menurut piawaian yang telah ditetapkan oleh Allah 'azza wa Jalla semestinya! Ameen ya Rabbal 'Alamin.

3 comments: