Friday, July 2, 2010

1 Jam Bersama Palestin

Salam,

Rakan-rakan belia yang dirahmati Allah,

[01] Kami di pihak Jawatankuasa Pembangunan Belia (JKPB) JIM Pusat melalui institusi Kelab Belia JIM (KBJ) telah pun mewujudkan blog www.1jambersamapalestin.blogspot.com khusus untuk menyebarkan maklumat seluas mungkin mengenai isu Palestin kepada warga-warga belia di dalam dan luar negara melalui teknologi internet.


[02] Nama "1 JAM BERSAMA PALESTIN" dipilih adalah untuk mengajak warga belia supaya menyumbangkan masa sekurang-kurangnya satu jam sehari bagi mengikuti perkembangan perjuangan dan isu-isu semasa yang berlaku di Palestin.

[03] Dengan itu, besar harapan kami agar rakan-rakan belia sekalian dapat mempromosikan blog www.1jambersamapale stin.blogspot. com ini kepada rakan-rakan belia yang lain melalui semua saluran komunikasi internet yang ada kini (group email, blog, facebook, friendster dll).

[04] Kami akan sedaya-upaya memastikan blog www.1jambersamapalestin.blogspot.com ini sentiasa dikemas kini dengan bahan-bahan yang tepat dan terkini dari semasa ke semasa. Sebarang perkongsian bahan mengenai isu Palestin amat kami alu-alukan.

Sekian. Semoga usaha kerdil ini diberkati Allah dan sedikit sebanyak membantu dalam perjuangan pembebasan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa daripada cengkaman Zionis Israel laknatullah.

Jzkk.

Wan Muhammad Wan Ibrahim
Pengerusi
JKPB JIM Pusat 2009-2011

4 comments:

  1. yah, update dari umair!!! mari sama2 luangkan sekurang2nya 1 jam bersama palestin stp hari!

    ReplyDelete
  2. masyallah, hebat hebat usaha yang dilakukan untuk saudara saudara kita di Palestine.

    moga kita terus di beri kekuatan untuk berjuang bersama sama dengan mereka.

    mereka golongan yang terpilih. :)

    ReplyDelete