Sunday, May 16, 2010

Riadah Akhawat 1


Sabda Rasulullah s.a.w: "Allahumma baarik li ummati fi bukuuriha"
mafhumnya: "Ya Allah, berkatilah ummatku di waktu (awal) pagi."

Benarlah sabda Nabi s.a.w. Waktu pagi adalah saat yang amat berharga dan penuh dengan kebaikan; sehingga Nabi s.a.w. sendiri mendoakan keberkatan untuk ummatnya pada waktu awal pagi dengan doa yang khusus, seperti mana yang tertera dalam Hadith di atas.


...Alhamdulillah, nikmat berpagi-pagi akhirnya berjaya juga direalisasikan oleh 8 orang akhawat Karisma UIAM Gombak pada 16 Mei '10. Meskipun ujian tidur merupakan satu cabaran yang amat hebat dan walaupun rancangan untuk beriadah timbul sehari sebelum pagi kejadian, akhawat-akhawat tabah ini berjaya juga menghadirkan diri ke Female Sport Complex seawal jam 7 a.m lagi (syabas dan tahniah!! :)

Kehadiran para akhawat disambut dengan pemandangan yang jarang dapat dilihat kecuali di waktu awal pagi. Burung camar terbang megah di udara, manakala burung-burung pipit yang kecil pula saling berkejaran, terbang rendah kemudian menjunamkan diri mencecah permukaan sungai dengan laju, dinamik dan bermomentum sebelum melayang semula di langit tinggi. Semuanya mengembalikan refleksi kepada ayat 19 surah al-Mulk.

"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di udara? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu." (67: 19)

Sungguh indah ciptaan Allah yang Maha Sempurna! Tidak terbayar pula nikmat kesihatan, penglihatan, pendengaran dan seluruh pancaindera kurniannNya.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (55: 13)

* * *

Apa pula yang berlaku selepas selesai mentadabbur alam?
Ayuh, mari kita ikuti~

Sambil 'stretching' sambil lihat pemandangan;
diikuti sedikit latihan base ala-ala taekwondo~

Matahari mula naik. UIA semakin cerah dan terik

Antara keluarga-keluarga yang memanfaatkan laman trek
di UIA untuk beriadah

Suasana tenang awal pagi dikejutkan dengan
suatu insiden yang tidak disangka-sangka - Misi menyelamat
seekor burung yang tersangkut pada tali yang merentangi sungai Gombak.

Close-up jerutan tali pada sang burung malang.
Saat ini, ia sudah mula melemah.

Burung yang kelihatan lebih sihat selepas berjaya
diselamatkan, alhamdulillah :)

Selesai misi menyelamat, akhawat menjamu selera sambil mendengar tazkirah, ibrah & perkongsian. Antara yang menjadi bualan adalah bagaimana rahmat terhadap binatang juga dikira sebagai salah satu amal kebajikan dalam Islam. Alahai.. Mudahnya nak dapat pahala!

Kredit teh panas yang enak: Nadhirah

Kredit nasi goreng yang sedap: Salwa

Lepas makan, kita main pula!
Bermain kerana Allah :)
Baling selipar, permainan tradisi kanak-kanak Melayu yang
sempat dimainkan sebelum acara ber-galah panjang.


* * *

Tamat sudah, suatu pagi yang amat bermakna; Alhamdulillah! Walaupun sesi riadah kali ini hanya dihadiri oleh 8 orang akhawat, semoga ianya menjadi suatu permulaan yang baik untuk aktiviti-aktiviti riadah seterusnya yang bakal berlangsung setiap minggu sehingga tamat short sem, insyaAllah. Majlis bersurai selepas bacaan doa mohon kurnia sihat tubuh badan & doa rabitah.
Semoga diberkati semuanya :)

10 comments:

  1. masyallah, kredit to photographer dan camera merah yang canggih. ('_~)

    gambar sangat cantik!

    a picture worth thousand words. tapi ini lebih lebih lagi.

    yang merasa, merasa!

    moh kita meriahkan riadah setiap minggu! :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. burung layang-layang kecil kembali terbang megah di udara.. siiru ala barakaaatillah..
    :)

    ReplyDelete
  3. satu perkataan: best! byk ibrah dgn hanya membawa hati yg ikhlas utk bertemu sahabat seperjuangan di pagi hari.

    jgn tunggu ukhuwwah dtg bergolek, pergilah berlari ke arahnya nescaya kamu akan merasai kelazatan berukhuwwah. jom meriahkan riadhah tiap minggu!

    ReplyDelete
  4. salam.

    laju sungguh laporannye ye.
    hehe.
    mabruk!

    owh gambar sangat cantik!

    yeap nad, yang merasa, merasa! :)
    best main baling selipar n galah panjang :D

    semoga amal-amal kecil kita ni diterima Allah (antara isi tazz kak maya)

    ReplyDelete
  5. Mantap! Program waktu pagi, petangnya dah ada laporan dalam blog. Memang sesuatu yang patut dipuji. Harap Unit Media akan terus tabah dan cekal dalam meneruskan perjuangan!




    p/s: Konsert pertama P.Ramlee n da gang (aziz Satar dan lain2) hanya dihadiri oleh 8 orang sahaja. Kata P.Ramlee, 8 orang pun tak apa. Yang penting kita pastikan 8 orang ini terpukau dengan persembahan kita. Dan kita sendiri pun sudah tahu apakah hasilnya.

    ReplyDelete
  6. gambar sgt sgt cantik!masha Allah~ :D
    semua yg berlaku dgn hikmah.
    riadah siri1 sem 3 best!
    akan diteruskan dgn byk lg aktiviti y menarik! :)
    oh selipar~

    ReplyDelete
  7. maka akhawat, nantikan riadah seterusnya.

    minggun depan hari jumaat ye!

    syaimaa jangan malu malu nak mintak jasa baik cik husna yang telah berjaye membuktikan kehebatan sebagai PIC riadah hari ni ;)

    kebanyakkan tazkirah hari ini membuatkan nad terdiam. sungguh Allah berinteraksi dengan kita dalam pelbagai cara dan bentuk yang sangat unik.

    tersentuh. :)

    ReplyDelete