Monday, May 10, 2010

Laporan Perhimpunan Perdana Palestin


Pada 8 Mei 2010 bersamaan 23 Jamadilawal 1431H, suatu sejarah tercipta di Stadium Melawati Shah Alam, tempat di mana Perhimpunan Perdana Palestin Lifeline for Gaza telah dianjurkan dengan jayanya pada malam tersebut. Hadirin-hadirin yang angkanya mencecah hampir 8000 orang merupakan para penyokong keamanan dan pembebasan bumi Palestin yang turun dari seluruh pelusuk tanah air demi menyatakan sokongan mereka terhadap tanah milik umat Islam tersebut.

Ikhwah dan akhawat Karisma turut hadir sama memeriahkan malam Perhimpunan Perdana Palestin ini dengan sebahagian dari mereka ditugaskan sebagai sukarelawan, dan sebahagian lagi memeriahkan program demi menzahirkan solidariti yang mantap buat saudara-saudara di Palestin. Antaranya adalah wakil dari Karisma Daerah Gombak dengan lebih daripada 20 orang ikhwah yang sebelumnya menyertai Jaulah Broga&@Aqsa. Lebih 10 orang akhawat juga turun mewakili Karisma Daerah Gombak dalam program yang dianjurkan bersama oleh HALUAN, JIM, PACE, Aqsa Syarif, VPM, Dewan Pemuda & Pertubuhan Mawaddah Malaysia ini.

Tanpa memanjangkan bicara,
ayuh kita lihat beberapa gambar pasca program!


Wakil-wakil Karisma Daerah Gombak menzahirkan sokongan
melalui pembikinan bahan-bahan pro-Palestin
sebelum bertolak ke Shah Alam:


'Palestine = Our Heart' in the making

'PALESTINE in the heart of every muslim'

'Save Gaza; Sail the Ship' merujuk kepada konvoi kapal-kapal
yang bakal membawa bantuan asasi kemanusiaan ke Gaza 15 Mei nanti

Sekarang, kami sudah sedia untuk bertolak ke Shah Alam!

Setibanya di sana:

suasana di luar stadium.

suasana sebelum majlis bermula

orang ramai mula membanjiri bahagian tengah stadium
dan membentuk saf menjelang waktu solat fardhu maghrib

tenang... hadirin solat maghrib berjemaah

majlis bermula..!

nasyid dialunkan! takbir dilaungkan!

kumpulan pemuda-pemuda yang menjulang bendera
& sepanduk sepanjang setiap persembahan nasyid

para pemudi juga tidak ketinggalan.
terus bersemangat!

antara sepanduk yang mewarnai majlis

ucapan dari Setiausaha Agung JIM, Encik Nahar antara lainnya
menyentuh berkenaan signifikan dan pentingnya Palestin & Al-Aqsa
kepada setiap yang mengaku dirinya muslim

persembahan bertenaga dari saudara Mu'adz Dzulkefly

kumpulan Raihan turut menyumbangkan suara

Detik-detik terakhir sebelum majlis
melabuhkan tirainya:

Kutipan sumbangan dari rakyat Malaysia diserahkan
kepada wakil rakyat Palestin & Lifeline for Gaza dari Turkey

Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief dari Turki,
saudara Hussain Oruc menyampaikan ucapan syabas dan terima kasih
kepada rakyat Malaysia yang mendokong perjuangan Lifeline for Gaza

para hadirin dari segenap lapisan umur setia
menyaksikan majlis sehingga ke penghujungnya

persembahan penutup oleh saudara Mu'adz Dzulkefly

Bacaan resolusi mahasiswa & mahasiswi
diketuai oleh saudara Anaqi (Presiden Kelab Siswa Haluan)
& saudara Abdullah Omar (Presiden Karisma-JIM)

Doa dipanjatkan agar saudara-saudara Palestin kita
terus tabah dan thabat dalam memperjuangkan Palestin & Al-Aqsa.
Mudah-mudahan kita juga tergolong dalam kalangan mereka-mereka
yang berjihad dengan harta dan jiwa seluruhnya untuk Allah. Ameen.

Penutup


Karisma UIAM akan terus bersama rakyat Palestin
dalam memperjuangkan tanah mereka dan Al-Aqsa Al-Syarif!

Takbir!!

10 comments:

  1. salam.

    cantik sepanduk! :)

    managed to be there for only 15 minutes plus minus.

    Alhamdulillah thummalhamdulillah!
    mabruk semuanya!

    teruskan berdoa supaya bantuan selamat sampai ke Ghazzah.
    sungguh Allah yg Maha Kuasa.
    kita bergantung kepadaNya saja.

    AllahuAkbar!
    allahummansurna~

    ReplyDelete
  2. subhanallah~

    menghebat!

    ..Xpegi--tapi dapat aura..

    :)

    ReplyDelete
  3. Nadhirah loves this. :)

    mabruk kepada team akhawat yang berjaya pergi dan memeriahkan suasana konsert di stadium taman melawati.

    walaupun pelbagai cabaran telah diharungi oleh team akhawat untuk sampai ke stadium, akhawat tetap berjaya mengekalkan momentum dan keceriaan di konsert malam itu

    allahuakbar!

    moga moga semangat yang diraih dari konsert akan terus membakar semangat kami untuk kekal thabat di jalan ini. insya-Allah.

    ReplyDelete
  4. Allahu akbar.
    tahniah pada entum semua.
    wah, kalian antara pencetus sejarah2 yang hebat!

    cayalah, bersemangat dari pra-ppp= pembikinan sepanduk sampailah pasca-ppp!

    teruja tgk sepanduk tu!
    simple tapi ada mesej!

    doa terus utk kebangkitan islam.
    ALlahu akbar!

    ReplyDelete
  5. laporan ikhwah yang x rasmi bole check kat akhi azraai nyer blog: http://karya-jiwaku.blogspot.com/2010/05/edisi-laporan-tak-rasmi-jaulah.html

    ReplyDelete
  6. Wah, rupenye hebat gak akhawat buat sepanduk ek, lain kali bolela tempah kat akhawat...

    insya Allah versi rasmi Jaulah Aqsa@Jabal Broga ikhwah akan menyusul, betul kan Umair?

    ReplyDelete
  7. Allahu akbar!
    Subhanallah!
    terasa auranya, terasa semangatnya bila melihat gmbar2 ni.
    Sangat mngkagumkan! 8000 orang!

    mabruk 'alaikum!!

    ReplyDelete
  8. antara isi ucapan mlm tersebut yg menyentuh hati:

    "jangan takut dengan musuh, tapi takutlah dengan dosa-dosa kita"

    betul sekali. kemenangan tidak diukur dgn bilangan tentera, tetapi dgn keimanan yg teguh dlm hati para pejuang yg ikhlas krn Allah ta'ala. Allahu Akbar!

    ~sangat teruja mendengar nasyid2 yg kedengaran biasa via mp3 tp menjadi sungguh luar biasa di atas pentas hari itu :D

    ReplyDelete
  9. tak puas rasanya menatap gambar2 di konsert.

    cik admin bole consider utk buat part 2 tak? hehe. :)

    *tempat jatuh lagikan dikenang. inikan pula? tempat ber-konsert!*

    ReplyDelete
  10. kepada prettyugly,

    jangan risau, walaupun tak ada part 2 untuk laporan di Stadium Melawati ni, insyaAllah laporan untuk Jaulah Aqsa & Bangsar pula bakal menyusul! sama-sama doa & nantikan dengan penuh kesabaran :)

    ReplyDelete