Monday, May 3, 2010

Kombo Program Palestin~buktikan anda PEDULI

Tahukah anda, apa itu Lifeline 4 Gaza &
apa yang akan berlaku pada 15 Mei 2010?


'Lifeline 4 Gaza' atau 'Talian Hayat untuk Gaza' adalah kolaborasi antara NGO-NGO di Malaysia dalam suatu kempen antarabangsa untuk menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerusi jalan laut. Seperti yang umum ketahui, Gaza telah berada di bawah kepungan rejim Zionis sejak tahun 2007 lagi. Bermula dari detik hitam itu, hubungan Gaza dengan dunia luar telah terputus secara langsung. Keperluan-keperluan asasi penduduk Gaza juga telah disekat tanpa peri kemanusiaan. Justeru, Lifeline 4 Gaza adalah suatu inisiatif oleh NGO-NGO dari 17 buah negara untuk menghantar bantuan-bantuan kritikal yang diperlukan oleh penduduk Gaza. Sebanyak 20 buah kapal yang sarat dengan muatan bekalan asasi disasarkan menyertai misi ini. Kapal-kapal dijangka berlayar meninggalkan Turki pada 15 Mei 2010 dan bergerak secara konvoi sehingga ke perairan Gaza. Bagi memenuhi misi ini, aktiviti pengumpulan dana untuk membeli bekalan-bekalan keperluan yang akan dihantar ke Gaza sedang giat dijalankan. Program-program kesedaran juga sedang hangat berlangsung di seluruh tanah air.

Antara program-program yang dianjurkan bersama dan dipromosikan oleh Aqsa Syarif untuk mencapai misi yang disebut di atas adalah:

Perhimpunan Perdana Palestin
Maklumat seperti yang tertera:



Charity Bazaar
Maklumat seperti dalam poster:



..Tunggu apa lagi? Ayuh kita meriahkan program-program di atas. Jangan lepaskan peluang! Sama-sama buktikan solidariti kita terhadap saudara-saudara yang jauh di mata tetapi dekat di hati.

-Sekali kapal berlayar, peluang takkan kembali-

10 comments:

  1. salam,
    ana kira ini info yang sangat penting!! 15 mei '10. harap post ini dibaca sampai habis. "Siapa pun kita, di mana pun kita berada, saudara2 kita di sana sangat memerlukan kita. Sekarang"

    Jom ramai-ramai join aqsa syarif & lifeline4gaza di facebook, antara medium yg ada utk update berita & program2 terkini:

    http://www.facebook.com/profile.php?id=1581093094&ref=profile#!/pages/Aqsa-Syarif/107299275960416?ref=ts

    http://www.facebook.com/profile.php?id=1581093094&ref=profile#!/pages/LIFELINE-4-GAZA-Break-The-Siege/358514058399?ref=ts

    Gaza, our support is 200% for you!

    ReplyDelete
  2. ketiga-tiga poster lawa dan menarik, jom gempur ramai-ramai!!!

    ReplyDelete
  3. Ikhwah n Akhawat sekalin, mai kita gegarkan "Perhimpunan Perdana Palestine" & "Charity Bazar"

    ReplyDelete
  4. rasenye klu masing2 copy paste je post ni ke blog masing2 pun bagus :)

    luaskn lg penyebaran info. kt perlu ajak seramai mungkin utk turun espc for lifeline 4 gaza tu~

    ReplyDelete
  5. baru terbaca post ttg charity bazaar di website aqsa syarif. ada nombor contact person & ringkasan aktiviti2 yang bakal diadakan. serius menarik!:

    http://aqsasyarif.com/featured/charity-bazaar-palestin/

    ReplyDelete
  6. COPY!
    COPY link!
    COPY poster!
    COPY post!
    COPY SEMUANYA!!!
    biar SATU MALAYSIA tahu program ni.

    ReplyDelete
  7. yeap!
    1 MALAYSIA~

    ReplyDelete
  8. ONE NATION!
    ONE UKHUWWAH!
    ONE ISLAM!
    yeah! \(^-^)/

    ReplyDelete
  9. sila upload gambar2 di stadium dan bangsar untuk perkongsian!:)

    ReplyDelete