Monday, May 31, 2010

Konvoi Freedom Flotilla/LL4G: Teguhkan Solidariti!


Berita Konvoi Freedom Flotilla/ Lifeline 4 Gaza (LL4G)

Latar-belakang:
Freedom Flotilla adalah sebuah konvoi antarabangsa yang dianjurkan oleh masyarakat dunia dari kalangan NGO-NGO yang prihatin terhadap kesengsaraan yang dideritai penduduk Gaza sejak sekian lama. Konvoi ini terdiri daripada 7 buah kapal yang membawa keperluan-keperluan asas untuk Gaza. Kapal utama yang mengetuai konvoi dikenali sebagai Mavi Marmara. Peserta konvoi terdiri daripada lelaki, wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak bersenjata (peserta termuda hanyalah seorang bayi berusia +1 tahun dan peserta tertua sudah berumur +80 tahun). Kapal-kapal konvoi membawa anggaran 10,000 tan bantuan kemanusiaan asas untuk penduduk Gaza yang telah 'dipenjarakan' di tanah mereka sendiri dari jalan laut, darat dan juga udara.

Thursday, May 27, 2010

Hebahan Program: Senandung Malam


بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Amru Bin `Utbah, sabda Rasulullah SAW: "Masa seorang hamba Allah itu paling hampir denganNya ialah di waktu larut malam. Maka seandainya engkau mampu ikut serta menjadi sebahagian dari golongan orang-orang yang mengingati Allah pada detik dan ketika itu maka jadilah seperti mereka". (HR Tirmizi).

Tuesday, May 25, 2010

Laporan Bergambar: Rehlah Akhawat


Ahad, 23 Mei 2010

"Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara.."
(Q. Al-Hujurat: )

Alhamdulillah, satu lagi usaha berukhuwwah telah berjaya dilaksanakan oleh akhawat Karisma UIAM dalam suatu program sesingkat 4 jam. Singkat-singkat pun, semoga Allah berkati dan panjangkan lagi ikatan 26 hati yang menyapa satu sama lain dalam rehlah 'fly the ukhuwwah' ini. Ameen!

Seperti biasa, kita biarkan gambar berkata-kata:

Sebelum bertolak
+3.30 pm. Cuaca panas. Matahari terik.

Akhawat kalau bab bermain layang-layang mmg semangat.
Lihat saja.. Sampai sanggup berpayung dan berdiri tanpa berganjak ;)

Beberapa ketika sebelum bertolak~

Lokasi tujuan:
Taman Kota Metropolitan, Kepong

Setibanya di tempat kejadian
sebelum apa-apa, kita solat dulu!

Pengalaman bersolat beralaskan tikar berbumbungkan langit
di atas bumi Tuhan yang terbentang luas

Usai menunaikan solat, akhawat berkumpul & bertaaruf.
Sambil-sambil itu, mari kita intai apa yang ada di langit.

Tengok tu, banyaknya layang-layang!
Patutlah masing-masing tak sabar-sabar lagi untuk terjun ke lapangan.

Sebelum bermain, kenalah dapatkan layang-layang dulu.
Kalau tak keluarkan modal, tak dapatlah miliki layang-layang.

Pelbagai jenis layang-layang yang dijual berhampiran padang permainan.
Semuanya dihasilkan dengan tujuan yang sama - untuk terbang di udara.

Akhawat riang yang gembira dengan layang-layang masing-masing

Walaupun hari sudah petang, panas masih tetap membahang.
Tapi ini lebih baik berbanding hujan. Jadi tunggu apa lagi, sementara masa masih ada..

kita terbangkan layang-layang yang ada di tangan!

silalah terbang tinggi wahai layang-layang, kerana
itulah sebab anda diciptakan :D

Akhawat in action

Selepas puas bermain
ayuh kita dengarkan tazkirah,
ibrah dari layang-layang~

sambil itu kita makan-makan

lepas itu kita bergambar pula!

Kenangan sebelum bertolak pulang ke mahallah masing-masing.
Semoga Allah berkati ukhuwwah yang terbina atas dasar iman & cinta kepadaNya!

Penutup
Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya):
"Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang sekiranya dilakukan, nescaya kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam (diantara kamu)" [HR Muslim]

Akhir kata, semoga ukhuwwah ini kita suburkan lagi dengan salam, sapaan, tegur-menegur dan saling ingat-mengingati, juga berpesan-pesan di atas kebaikan dan kebenaran! Ameen~

Friday, May 21, 2010

Lifeline 4 Gaza: Kompilasi Kronologi


Sedikit sedutan ringkas kronologi peristiwa yang menyusuli misi Lifeline 4 Gaza dari Malaysia. Semoga ia bermanfaat dan mampu menguatkan semangat & jiwa kita.



15 Mei 2010
Senarai wakil-wakil rakyat Malaysia yang terpilih untuk menyertai konvoi kapal laut terbesar ke Gaza diumumkan oleh Sekretariat Lifeline4Gaza. Ketua misi konvoi tersebut iaitu Sdr Noorazman Mohd Samsuddin telah menyatakan enam kemungkinan bagi konvoi ke Gaza.


17 Mei 2010

Kerajaan Zionis Israel mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan kapal-kapal konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza. Pihak Zionis juga bakal melarang kapal-kapal tersebut dari menghampiri perairan Palestin. Selain itu, mereka juga telah mengeluarkan ancaman dan kemungkinan akan melancarkan serangan terhadap konvoi kemanusiaan itu.


19 Mei 2010

Lapan orang rakyat Malaysia yang mewakili beberapa buah NGO telah selamat berlepas ke Istanbul kira-kira jam 12.30 pagi untuk menyertai misi kemanusiaan Lifeline4Gaza. Antara peserta misi ini ialah Ir Dr Selamat Aliman selaku wakil JIM, PACE (Palestine Center for Excellence) & Aqsa Syarif. Ketua misi konvoi Malaysia telah menyampaikan amanat 'Seandainya Kami Tiada' sebelum delegasi bertolak ke Istanbul. Klik sini dan sini untuk membaca laporan keberangkatan misi konvoi Malaysia ke Istanbul.


Apa seterusnya?
Kesemua kapal-kapal yang menyertai misi ini akan berkumpul di Antalya yang terletak di selatan Turki pada 24 Mei 2010 sebelum bertolak ke Gaza pada keesokan harinya melalui Laut Mediterranean. Semoga Allah permudah.


* Sila klik pada tulisan-tulisan berwarna untuk pergi ke laman yang memaparkan maklumat lanjut.

** Perkembangan Konvoi Lifeline 4 Gaza ini boleh diikuti di laman web rasmi Lifeline 4 Gaza & laman facebook mereka, akhbar Sinar Harian, laman iluvislam.com & juga radio Ikim (setiap jam 9 malam).

Laporan: Bangsar Coloring Contest


Laporan Coloring Contest
Bangsar Shopping Complex
9 Mei 2010

Umum sedia maklum bahawa rakyat Palestin sudah hidup sengsara 62 tahun lamanya setelah dijajah oleh Zionis Israel. Hak-hak rakyat Palestin umumnya dan umat Islam Palestin di Gaza khususnya telah diabaikan dan kini, mereka hidup dalam keadaan kekurangan makanan, bekalan ubat-ubatan dan kehilangan ahli keluarga. Mereka yang tidak tunduk dan akur pada rejim Zionis dibunuh tanpa belas kasihan. Rumah mereka dimusnahkan dan harta mereka pula dirampas.

Justeru, bagi meringankan beban mereka, pihak Viva Palestina Malaysia telah mengadakan suatu Charity Bazaar di Bangsar Shopping Complex pada 8-9 Mei yang lalu untuk mengutip dana bertujuan membantu rakyat Palestin. Bak kata pepatah Melayu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Antara acara-acara yang telah dilangsungkan bersempena dengan Charity bazaar tersebut adalah jualan amal (charity sale), persembahan dari Muadz Dzulkefly, face painting, jualan makanan (food sale) dan pelbagai lagi usaha yang digerakkan demi Palestina. Kesemua elemen-elemen yang menarik ini (termasuklah kehadiran tokoh-tokoh terkemuka tanah air seperti Faizal Tehrani dan YB Nurul Izzah Anwar) dilakukan demi menarik minat dan sambutan rakyat Malaysia untuk turut sama-sama menyertai, membantu dan bersimpati terhadap perjuangan rakyat Palestin.


Selain yang disebutkan di atas, Coloring Contest kendalian Aqsa Syarif adalah salah satu acara yang telah mendapat sambutan ramai. Untuk menjayakan Coloring Contest ini, beberapa orang ahli KARISMA dari pelbagai lokaliti seperti UKM Bangi dan DHL telah menyumbangkan tenaga mereka sebagai sukarelawan. 6 orang ikhwah dan 14 orang akhawat KARISMA UIAM Gombak juga telah berkesempatan turun padang untuk membantu perlaksanaan Coloring Contest pada Ahad, 9 Mei 2010.


Coloring Contest anjuran Aqsa Syarif ini telah disertai oleh peserta dari umur 6 tahun sehinggalah 26 tahun. Kesemua mereka terdiri dari pelbagai latar belakang dan keturunan - Melayu, Cina dan malahan, terdapat juga pelancong asing yang menghantar anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan ini. Inilah dia semangat dan keprihatinan terhadap suatu isu kemanusiaan yang berjaya menyatu-padukan masyarakat berbilang bangsa tanpa mengira kaum dan agama di bumi kita ini, Alhamdulillah.


Usai Coloring Contest, sukarelawan ikhwah KARISMA UIAM Gombak telah berbesar hati mengadakan beberapa aktiviti untuk menghiburkan kanak-kanak sementara menanti sesi penyampaian hadiah. Antaranya adalah permainan tiup belon sampai pecah yang mendapat sambutan ramai. Sungguh terhibur rasanya melihat wajah riang gembira kanak-kanak ini bermain. Setelah itu mereka juga dihiburkan dengan Chicken Dance oleh AJK program. Kehadiran Muadz Dzulkefly seterusnya berjaya memeriahkan suasana dengan beberapa buah lagu dendangannya.


Tepat jam 2.30 petang, Y.B Nurul Izzah Anwar Ibrahim tiba bagi menutup program sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah buat semua pemenang! Program ini telah disempurnakan dengan jayanya dan mendapat feedback yang positif dari para peserta. Sukarelawan-sukarelawan dan AJk program juga nampaknya ikut terhibur. Pendek kata, semua yang terlibat (samada peserta mahupun AJK) telah mendapat kepuasan dalam usaha membantu rakyat Palestin dan kesemua mereka melakukan hal ini dengan hati yang terbuka dan perasaan yang amat gembira. Semoga program-program murni seperti ini dapat diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang!


Laporan disediakan oleh,

Muhammad Faris Zaidi.

* * *

Seperti biasa, gambar-gambar menjadi pelengkap laporan.

Semoga terubat hati mereka-mereka yang tidak berpeluang untuk hadir ke program ini.


Lokasi: Bangsar Shopping Complex


Gambar-gambar seputar Coloring Contest

Dua beradik warga Arab-Perancis yang sedang tidak sabar-sabar menunggu pertandingan bermula. Mereka antara peserta pertama mendaftar untuk pertandingan ini.


Pertandingan dimulakan! Nampaknya anak muda ini tekun mendengar amanat dari
sang ibu setelah penat mewarna semasa pertandingan masih berlangsung.


Memang berbakat! Antara lukisan yang sarat dengan mesej hasil
kerja tangan & buah fikiran para peserta


Ha.. Sampai terlentang anak kecil ini melukis.
Ini bukti kesungguhan & dedikasi:)


Sempat lagi berehat sambil menikmati lolipop:)


Salah seorang peserta dengan latar-belakang suasana pertandingan.
Adik ini tetap bersemangat meskipun lewat sampai tetapi tetap mahu
ikut mewarna. Tahniah atas kesungguhan!


Inilah hasil kerja saya!


Abstrak dan bermakna


Mesej yang cukup kuat:
Kembalikan hak & kebebasan kami.
Free Palestine!


Lukisan-lukisan yang dihasilkan setelah tamat pertandingan


MC Program bersama slide show kendaliannya yang memaparkan
video kesengsaraan rakyat Palestin di ruang legar tempat pertandingan.
Para pengunjung sempat menyaksikan beberapa klip yang ditayangkan sepanjang
pertandingan berlangsung.


Permainan tiup belon sementara menunggu sesi penyampaian hadiah


Saudara Muadz Dzulkefly turun untuk memeriahkan lagi suasana


Akhirnya YB Nurul Izzah pun tiba pada jam 2.30 pm


Pemenang pertama Kategori B dan hadiah yang digondolnya.
Tahniah!


Antara pemenang-pemenang kategori A.


Para sukarelawan & AJK bergambar kenangan bersama YB Nurul Izzah


Gambar-gambar sekitar Charity Bazaar

Antara aktiviti yang disediakan percuma untuk kanak-kanak


Nampaknya ia memang berjaya menarik perhatian mereka


Belon pun percuma!
Anak-anak kecil bergambar bersama uncle pembuat & pengedar belon


Barang-barang jualan di booth Aqsa Syarif


Mafla, Button Badge, Pen, Penanda buku..
Semuanya demi & untuk Palestin!


Dua beradik warga Eropah memasukkan wang sumbangan
masing-masing di tabung booth Aqsa Syarif


Payung bermotifkan mafla & bendera Palestin.. Kreatif!


Coklat pun di'Palestin'kan.. Memang menarik!


Barangan perhiasan yang dijual di salah satu booth


Deretan kasut-kasut berjenama yang dijual dengan harga RM 5


Buku-buku turut dijual dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran.

*Kesemua hasil jualan barangan-barang yang dipaparkan di atas akan masuk ke dalam tabung Palestin.
Kegigihan para penjual & kreativiti mereka mengusahakan pengumpulan dana ini wajar diberi pujian.


Senarai panjang kampung-kampung milik rakyat Palestin
yang dimusnahkan dan dirampas oleh rejim Zionis diabadikan dalam
bentuk poster di ruang pameran. Semoga tanah-tanah ini kembali ke tangan ummah.
Ameen!

Kredit Foto: Faris Zaidi & unit media Karisma