Wednesday, October 15, 2008

MUZIUM SHAH ALAM



Petunjuk:


A = Padang MBSA 1
B = Padang MBSA 2
C = Bangunan Dewan Auditorium
D = Bangunan Dewan Makan & Seminar
E = Parking 1 (proposed site for bazaar)
F = Parking 2
G = Ruang legar dewan (proposed site for exhibition)
H = Padang bola MBSA (antara menara MBSA & Muzium)
H
H
Dewan Auditorium Muzium... (Sector C)
H

h

h

Dewan Makan & Seminar (Sector D)

h


H

H

Ruang Legar Dewan (Sector G)

H

H

Padang Bola Antara Menara MBSA & Muzium (Sector H)


Monday, October 13, 2008

TAHNIAH BUAT MUJAHID & NIHLAH


DARIPADA SELURUH WARGA KARISMA UIAM
UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH BUAT PASANGAN AKTIVIS KARISMA & PALESTIN
WAN ABDULLAH MUJAHID BIN HASANUDDIN
&
NIHLAH BINTI JOHARI
SEMPENA MAJLIS PERNIKAHAN MEREKA
PADA
11 OKTOBER 2008M
BERSAMAAN
11 SYAWAL 1429H
DOA KAMI
MOGA IKATAN YANG TERBINA AKAN MEMANTAPKAN LAGI PERJUANGAN ANTUMA DIJALAN DAKWAH SERTA DAPAT MELAHIRKAN JIWA-JIWA YANG BAKAL SYAHID DIJALAN ALLAH...
AMEENN....

Untuk mengikuti perjalanan majlis mereka, sila lawati...

http://dhanysarip.blogspot.com

http://ibnfarid.blogspot.com

Wednesday, October 1, 2008

PERUTUSAN HARI RAYA AMEER K-DG

H
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah yang telah mengurniakan suatu bulan yang istimewa iaitu bulan Ramadhan. Moga Allah menerima segala ibadah yang telah kita buat di sepanjang bulan tersebut. Esok (1/10/08) kita akan bersama-sama menyambut ketibaan 1 Syawal dan kita raikan dengan penuh kegembiraan. Dalam kesempatan ini ada beberapa perkara yang ingin diucapkan buat diri sendiri terutamanya dan sahabat-sahabat sekalian:


1) Ambillah masa untuk bermuhasabah...

Saudara-saudari ku yang dikasihi di penghujung Ramadhan dan di awal syawal ini marilah kita merenung sejenak bagaimana kita menghabiskan masa-masa Ramadhan kita. Sudahkah kita menyahut seruan Allah untuk mewajibkan puasa agar kita menjadi orang yang bertaqwa?? Koreksi mata kita adakah ia masih liar melihat maksiat, telinga kita adakah masih suka mendengar kalimah-kalimah maksiat,mulut kita masihkah suka mengumpat dan mengeji, paling utama adakah hati kita masih lagi menghitam dengan perkara-perkara yang menyesatkan. Berfikirlah sejenak wahai diriku dan sahabat sekalian, jika jawapannya masih lagi ya, berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah kerana bulan agung ini pun masih lagi gagal membentuk diri kita, jika jawapannya tidak maka bersyukurlah kerana kita benar-benar menepati makna Hari Raya Aidilfitri iaitu mengembalikan diri kita kepada fitrah.


2) Ambilah masa untuk berukhuwwah

Pada 1 syawal pulanglah bersama keluarga dan berjumpa kembali dengan sanak saudara, kuatkan kembali rasa kasih sayang antara kita. Mohon maaflah andai sepanjang kita hidup ini begitu banyak kesilapan dan kesalahan yang dibuat. Jika sudah tidak berkesempatan untuk mengirim kad raya manfaatkan lah SMS yang ada. Selain itu, ambilah peluang untuk saling ziarah menziarahi antara satu sama lain. Di saat berziarah atau pulang ke kampung itu bukanlah medan untuk kita menunjuk-nunjuk apa yang kita ada, sebaliknya sahutlah firman Allah sebaik-baik manusia adalah yang bertaqwa. Merendah diri lah pada orang lain, walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan sesetengah perkara tetapi rendahkanlah diri kita agar yang paling penting Ukhuwah tetap terpelihara.

3) Ambilah masa dengan berhati-hati

Buat yang bermusafir pulang ke kampung pandulah dengan berhati-hati, jangan jadikan 'peribahasa melayu apa yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran suatu realiti' Manfaatkan lah setiap masa dengan sebaiknya,boleh jadi kita tidak akan dapat berjumpa lagi dengan mereka yang kita jumpa sekarang. Luangkanlah masa dengan sebaiknya. Pastikan masa yang kita luangkan untuk mereka adalah masa yang sangat berkualiti.


Akhirnya, dikesempatan ini secara peribadi ana ingin memohon maaf diatas segala kesilapan yang dibuat, dan mewakili Karisma Daerah Gombak kami memohon kemaafan daripada sahabat2 sekalian andai kehadiran kami telah membuatkan mana-mana pihak terguris hati dan sebagainya. Kami mohon agar Allah menjadikan Ramadhan yang telah dilalui sebgai Ramadhan yang terbaik buat kita semua dan Syawal yang mendatang menjadi Syawal yang terhebat buat kita semua.AMIN


Min:
ZanHassan
Ameer Karisma Daerah Gombak
Baytul Fareed 5.30pm 30/9/08

Thursday, September 18, 2008

ZIARAH MAHABBAH KE HOSPITAL SELAYANG


FIRMAN ALLAH...


Bersempena dengan bulan Ramadhan yang pahalanya berlipat-lipat kali ganda daripada bulan-bulan biasa, maka KARISMA Daerah Gombak mengajak antum semua menggembirakan dan berkongsi kesedihan bersama mereka-mereka yang diuji Allah dengan ujian penyakit...


InsyaAllah ziarah akan diadakan seperti berikut:


Tarikh

21 September 2008 (Ahad)



Waktu

2.00 ptg hingga 5.00 ptg


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:

Ziarah dari katil ke katil, berkongsi kesedihan bersama pesakit...


Bermain bersama bayi-bayi comel...

.

Dan banyak lagi aktiviti menarik!!!

Jangan lepaskan peluang, JOM ZIARAH!!!

.

Untuk Menyertai, sila hubungi:

Nuh Zuleffendi: 013-2465610

Syazwani: 013-9971904

.

"Jom Berlumba-lumba Melakukan Kebaikan di Bulan Mulia"

Sunday, August 24, 2008

ROAD SHOW PALESTIN (RSP) 2008

.

Alhamdulillah Road Show sempena memperingati Masjid Al-Aqsa berjaya dilaksanakan tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini. Ucapan jutaan terima kasih dari ana mewakili Karisma Daerah Gombak kepada semua ikhwah dan akhwat yang terlibat dalam Road Show Palestin (RSP) K-DG 2008, semoga Allah mengganjari kita semua dengan sebaik-baik ganjaran insyaAllah…

.

Berkumpul di UIAM
.

Mengimbas kembali RSP semalam, mengikut perancangan awal jawatankuasa bertindak RSP, RSP K-DG akan bergerak keluar dari tangga besar UIAM pada jam 2.00 petang. Tetapi kuasa Allah yang lebih baik perancangannya, kami hanya dapat bergerak ke destinasi pertama kira-kira jam 3.00 petang, iaitu ke kawasan perniagaan Taman Idaman yang lebih dikenali dengan nama Ong Tai Kim (OTK) oleh golongan muda hari ini. Pergerakan RSP dilakukan secara konvoi yang melibatkan sebuah Unser, Avanza, dua buah wira dan sebuah proton saga aero back. Pergerakan sangatlah lancar dan kami tiba di OTK kira-kira jam 3.30 petang dengan disambut oleh titisan-titisan lembut hujan petang yang seolah-olah ingin memberikan keselesaan kepada kami untuk menjalankan usaha da’wah.

.

Antara Anggota RSP 2008

Antara Akhwat RSP 2008
.

RSP Dalam Perjalanan ke Idaman

.

Usai mendapatkan kebenaran dari pihak Klinik Idzham yang menjadi tempat persinggahan pertama RSP, ikhwah-ikhwah manthop dan akhwat-akhwat K-DG yang bersemangat terus membentangkan meja dan melayarkan banting Palestin yang berjumlah 5 layar kesemuanya. Anggota-anggota RSP kemudiannya dibahaagikan kepada beberapa kumpulan yang mana akhwat ditaklifkan untuk membuat penyebaran risalah Palestin di kawasan bangunan manakala ikhwah ditaklifkan ke seberang jalan OTK untuk menyampaikan risalah kepada insan-insan yang membuka pintu hati mereka untuk berkongsi penderitaan saudara-saudara kita di Palestin.

.

Keadaan masyarakat hari ini yang ditakutkan dengan kehadiran direct seller yang hanya berasaskan keuntungan semata-mata menyebabkan sesetengah anggota masyarakat yang didekati takut untuk menerima risalah yang cuba diberikan sehinggakan ada antara anggota RSP perlu mengatakan, “Ni free ni bang, tak payah bayar”, barulah diambil risalah tersebut. Kira-kira jam 4.30 petang, kesemua approacher yang ditugaskan untuk mengedarkan risalah mula berkumpul kembali di booth yang menjadi pusat penyebaran maklumat di OTK. Pada ketika ini, hujan mulai lebat seperti menguji anggota RSP sama ada untuk terus menyebarkan risalah atau pulang terus ke UIA. Alhamdulillah, tiada seorang pun antara mereka yang mengeluarkan cadangan untuk pulang terus tetapi hanya “kita tunggu sekejap, lepas ni kita gerak lagi!!” .

.

Booth di tepi Klinik Idzham

.
Walaupun Hujan, Kami Tetap Teguh!!

.

Perbarisan Konvoi RSP 2008

.

Selepas memuatkan kembali peralatan pameran dan bahan jualan RSP, konvoi kembali menyusur di jalan raya Batu 5 dan singgah di Masjid As-Syakirin Jalan Gombak untuk menghadap Ilahi dan memohon keberkatan untuk usaha yang dilakukan. Selepas takbir, ruku’ dan sujud serta tahiyyat akhir solat ‘asar di Masjid As-Syakirin, konvoi kembali menyusur di Jalan Gombak menuju ke pekan Greenwood yang menjadi destinasi terakhir RSP 2008 berikutan hujan yang semakin menguji dan kekangan masa yang memerlukan kami membatalkan tiga lagi destinasi RSP 2008 iaitu Sri Gombak, Taman Melawati dan Taman Permata.

.

Booth di Ruang Legar Klinik Vijay, Greenwood


.


Bagi booth Palestin di Grenwood, Konvoi RSP 2008 sekali lagi memilih ruang legar sebuah klinik iaitu Klinik Vijay sebagai pusat penyebaran dan jualan barangan Palestin di Greenwood. Bagi anggota-anggota yang menjadi approacher, ikhwah diberikan taklifan untuk menyebarkan risalah diseberang jalan utama iaitu berdekatan Desa Minang manakala akhwat diberi taklifan untuk menyebarkan risalah dikawasan perniagaan Greenwood. Usaha menyebarkan informasi berkaitan isu Palestin di Greenwood berjalan dengan lancar sekali dan kira-kira jam 6.30 petang, RSP 2008 menutupkan tirainya dan akhi Auzan Hasanuddin sebagai Ameer K-DG memberikan sepatah dua kata sebagai ucapan penutup RSP 2008. Kira-kira jam 6.45 petang, semua anggota RSP selamat pulang ke kediaman masing-masing membawa seribu satu kenangan indah untuk dijadikan pengalaman berguna dan bekalan untuk terus tsabat menjalankan usaha da’wah.


.


Antara Pengunjung Booth di Greenwood
.



Ikhwah Selesai Menyebarkan Risalah dan Pulang ke Booth


Ucapan Penutup oleh Ameer K-DG

.

Seperti yang diketahui, RSP 2008 merupakan permata sulung K-DG selepas K-DG memilih isu Palestin sebagai niche area untuk semester ini. Maka, RSP 2008 sebenarnya lebih kepada eksperimen untuk menjalankan kajian dan pembangunan untuk RSP 2009 akan datang. Sebarang kelemahan yang timbul akan dijadikan pengajaran dan iktibar untuk masa depan dan kejayaan yang diraih, akan ditingkatkan lagi bagi menghasilkan output yang lebih baik pada masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang menyumbang untuk RSP 2008 sama ada usaha yang kerdil atau besar, semoga Allah mengganjari usaha kalian semua dengan sebesar-besar ganjaran.


.


Alhamdulillah wa syukr lillah….
.

Wednesday, August 20, 2008

ROADSHOW
REMEMBERENCE OF AL-QUDS DAY
(ROQ)
PALESTIN 2008
.
.
Temui Skuad ROQ K-DG di Tempat-tempat Berikut:
.
Ong Tai Kim - 2.15 ptg
Greenwood - 3.15 ptg
Tmn. Sri Gombak - 4.15 ptg
Tmn. Melawati - 5.30 ptg
Tmn. Permata - 6.30 ptg
.
Pada
Sabtu, 23 Ogos 2008
.
Untuk Maklumat Lanjut Hubungi
013-3005206
013-2465610
.
Klu Untuk Mencari Skuad
***Avanza Berbendera Palestin***
.
.

Tuesday, August 19, 2008

HIDAYAH CENTRE EVENING TALK

Mewakili pihak Jawatankuasa Dakwah Pusat Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), saya ingin menjemput saudara dan saudari untuk mengimarahkan lagi majlis ilmu berikut...
.
Hidayah Centre Evening Talk
Memeluk Islam; Cabaran dan Penyelesaian
.
Oleh
Ustazah Nuraisyah Chua AbdullahPensyarah Undang-Undang,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
.
Tarikh
22 Ogos 2008 (Jumaat)
.
Masa
8.00 - 11.00 malam
.
Tempat
Pusat Komuniti JIM,Lot 300.3, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati.
.
Terhad kepada 60 orang sahaja!!!!
.
.
Jom, kita meriahkan! Dengar dengan telinga kepala sendiri pengalaman berharga saudari kita. Kayakan ibrah kehidupan berdasarkan ilmu yang ditimba.
.
.
*Sebarang pertanyaan, sila hubungi Br. Dini Syarif
*(Selular: +6012.930.7522/Pejabat: +603.4108.9669)
*Mohon untuk panjangkan mesej ini. Terima kasih
*Anjuran:Jawatankuasa Dakwah,Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
.

Monday, August 18, 2008

LIQA' BERKARISMA 3

PERKONGSIAN PENGALAMAN DA'WAH
.
.
Bersama
Pakcik Muhammad Nicholas Sylvester
Pengerusi Jawatankuasa Da'wah JIM
.
Tarikh
19 Ogos 2008
(Selasa)
.
Masa
6.00 ptg - 7.15 mlm
.Semua ahli KARISMA dijemput hadir...
"Bersama Menyegarkan Ruh Da'wah!!"
.

Saturday, August 16, 2008

TRAINING FOR TRAINERS PROGRAM

IN CONJUNCTION WITH ROQ '08


DATE
13 & 14 SEPTEMBER 2008

VENUE
TO BE DETERMINED
TRAINING ON
- HOW TO WRITE ABOUT PALESTINIAN ISSUES
- PALESTIN UPDATED INFORMATION
-PUBLIC SPEAKING (THEORY)
- PUBLIC SPEAKING (PRACTICAL)

HOW TO JOIN?

CALL OR SMS TO:

AUZAN: 0133005206

(INQUIRIES & REGISTRATION)


"LABBAYKA YA AQSA!!"

TALK ON PALESTIN @ MASJID ZAKARIA


CERAMAH UMUM
SEMPENA HARI MEMPERINGATI PALESTIN
ROQ '09

DISAMPAIKAN OLEH
YG. BERBAHAGIA TN. HAJI RIDWAN BIN HARUN
AJK PACE (PALESTIN CENTRE of EXCELLENCE) & AJK JIM

PERASMIAN OLEH
YG. BERHORMAT DATO' DR HASSAN BIN ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

MASA

9.00 PAGI


TARIKH
24 OGOS 2008

TEMPAT
MASJID ZAKARIA,
BATU 8 JALAN GOMBAK,
SELANGOR.

"LABBAIKA YA AQSA!!"

Friday, August 15, 2008

Rehlah Ikhwah Gombak (ROMBAK)






Bergambar sebelum pulang...


Assalamu'alaikum warahmatullah. ...

Alhamdulillah Ahad lepas, 10 Ogos 2008 ikhwah-ikhwah Gombak diizinkan Allah untuk sama-sama mengeratkan ukhwah antara mereka dengan penganjuran Rehlah Ikhwah Gombak (ROMBAK) ke Hutan Lipur Sungai Kancing berhampiran Selayang. Disini ana ingin memberi sedikit laporan rehlah berkenaan mengikut kelas-kelas biro:

PC:
- Program bermula jam 9.00 pagi iaitu mereka bertolak dari tangga besar UIAM ke Sungai Kancing. Perjalanan berjalan dengan lancar tetapi atas dasar ukhwah, mereka tidak dapat bergerak secara konvoi kerana sebuah kenderaan perlu mengambil Al-Ajili di Batu Caves dan dua buah lagi bergerak terus ke Sg Kancing. Program bermula dengan sesi ta'aruf yang terpaksa ditangguh kerana terpaksa mendominasi kolam paling best kat Sg. Kancing tu beikutan pengunjung yang semakin ramai. Maka bermulalah sesi menenggelamkan ikhwah2 yang diketuai oleh abang Dhany. Penulis juga hampir-hampir ditenggelamkan tetapi sempat mencari skil dengan membuka kuda-kuda supaya tidak terbalik kedalam kolam. Program diteruskan lagi dengan sesi melambung ikhwah dari kolam kembali ke kolam. Hampir semua ikhwah dilambung kecuali penulis dan beberapa ikhwah lain yang berjaya menggunakan skil memisahkan diri dari croud yang ramai. Aktiviti lain yang dijalankan ialah permainan naga tasik Chini yang diketuai oleh akhi Fatah, Farouq dan akhi Zaki. Permainan diakhiri dengan ikhwah-ikhwah membina menara didalam kolam tersebut yang menjadi tumpuan pengunjung-pengunju ng dari Timur Tengah yang hadir pada waktu itu. Pada jam 12 tengahari lebih kurang, ikhwah-ikhwah berhenti makan tengahari dan seterusnya sesi tazkirah oleh akhi Mujahid mengakhiri ROMBAK sem 1 2008/2009. Pada jam 1 petang, ikhwah-ikhwah mula bergerak menuruni bukit Kancing tersebut dan bergerak pulang ke UIAM. Kira-kira jam 2 petang semua ikhwah selamat pulang ke kediaman masing-masing. Alhamdulillah. .

CATERING
- Untuk ROMBAK kali ni, budget yang digunakan untuk makanan ialah RM 108.60 ringgit iaitu nasi goreng lauk ayam tomato (RM3.20X25), air mineral besar (RM 1.70 X 8) dan roti untuk breakfast (RM0.60X25).

PENGANGKUTAN
- ROMBAK sem 1 kali ni menggunakan empat buah kenderaan iaitu van DV ustaz Sam, Unser Dr Zulfakar, Avanza Farouq dan Skuter modenas KARISMA Fadhil.

Wallahua'lam. ..Setakat ni ja yang ana mampu laporkan, jika ada perkara yang terlepas pandang, mohon ikhwah-ikhwah yang turut serta untuk menambahnya. Bagi ikhwah berhajat untuk memiliki gambar-gambar kenangan terindah semasa di Sg. Kancing, antum boleh pergi ke BF untuk sedut dari laptop auzan. Dari ana pun bleh jugak, tapi kena buat appoinment dulu la...

Wassalam....

Thursday, April 24, 2008

KONSIS ZON TENGAH

KONSIS

ZON TENGAH


2,3 DAN 4 MEI 2008


PENYERTAAN:



MAHASISWA DAN MAHASISWI

UNIVERSITI DAN KOLEJ DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR


LEVEL TARBIYAH


00-05 (KARISMA)

00-01(THULLAB)


AYUH BERSAMA-SAMA



DAFTARKAN DIRI ANDA DAN

AHLI-AHLI USRAH ANDA


PENYERTAAN TERHAD KEPADA 300 TERAWAL


PENGISIAN UTAMA


`IBRAH GHUULAM AD-DA`WAH



TEMPAT : ANJUNG RAHMAT


YURAN : RM30


UNTUK PENDAFTARAN :


WAN ABDULLAH MUJAHID 012-2079767


RAUDHAH 013-6419972


JK PUBLISITI KONSIS ZON TENGAH :)

Wednesday, April 23, 2008

Short Semester around!

Selamat kepada semua!

Akhuna Dhany dah pun habis belajar. Tahniah buatnya. [berapa CGPA, encik?]

Rasanya ada beberapa orang dah tamat episod hidupnya di IIUM. Siapa ya? Ada pengumuman?

Akhir semester lepas; ahli kita ada yang ke Akademi Murobbi kan? Ada versi ikhwah dan ada versi akhawat. Untuk versi akhawat insya Allah nanti dimuatkan link khusus perkongsian mereka di sini.

Berita mutakhir; beberapa orang di kalangan kita juga menghabiskan cuti di Syria. Lawatan sambil belajar gaya pelajar universiti, tak main lah dalam negara kan...

Dan, pastinya tetap ada ahli berada di kampus kita, bukan? Sama-sama meriahkan blog dan net kita. ;) jangan lupa hadir di setiap program kita... tak kira KARISMA ke, QYC ke, persatuan lain ke, selagi bermanfaat, kita tamak-tamakkan. Sekian.

Perkongsian Akademi Murobbiah:
  1. Wan Fatimah
  2. Maryam Muhammad
  3. Sofiyyah Azahari
  4. Nihlah Johari
Perkongsian perjalanan Syria pula, sila klik Wan Abdullah Mujahid.