.
Alhamdulillah Road Show sempena memperingati Masjid Al-Aqsa berjaya dilaksanakan tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini. Ucapan jutaan terima kasih dari ana mewakili Karisma Daerah Gombak kepada semua ikhwah dan akhwat yang terlibat dalam Road Show Palestin (RSP) K-DG 2008, semoga Allah mengganjari kita semua dengan sebaik-baik ganjaran insyaAllah…
.
Berkumpul di UIAM
. Mengimbas kembali RSP semalam, mengikut perancangan awal jawatankuasa bertindak RSP, RSP K-DG akan bergerak keluar dari tangga besar UIAM pada jam 2.00 petang. Tetapi kuasa Allah yang lebih baik perancangannya, kami hanya dapat bergerak ke destinasi pertama kira-kira jam 3.00 petang, iaitu ke kawasan perniagaan Taman Idaman yang lebih dikenali dengan nama Ong Tai Kim (OTK) oleh golongan muda hari ini. Pergerakan RSP dilakukan secara konvoi yang melibatkan sebuah Unser, Avanza, dua buah wira dan sebuah proton saga aero back. Pergerakan sangatlah lancar dan kami tiba di OTK kira-kira jam 3.30 petang dengan disambut oleh titisan-titisan lembut hujan petang yang seolah-olah ingin memberikan keselesaan kepada kami untuk menjalankan usaha da’wah.
.
Antara Anggota RSP 2008Antara Akhwat RSP 2008.RSP Dalam Perjalanan ke Idaman .
Usai mendapatkan kebenaran dari pihak Klinik Idzham yang menjadi tempat persinggahan pertama RSP, ikhwah-ikhwah manthop dan akhwat-akhwat K-DG yang bersemangat terus membentangkan meja dan melayarkan banting Palestin yang berjumlah 5 layar kesemuanya. Anggota-anggota RSP kemudiannya dibahaagikan kepada beberapa kumpulan yang mana akhwat ditaklifkan untuk membuat penyebaran risalah Palestin di kawasan bangunan manakala ikhwah ditaklifkan ke seberang jalan OTK untuk menyampaikan risalah kepada insan-insan yang membuka pintu hati mereka untuk berkongsi penderitaan saudara-saudara kita di Palestin.
.
Keadaan masyarakat hari ini yang ditakutkan dengan kehadiran direct seller yang hanya berasaskan keuntungan semata-mata menyebabkan sesetengah anggota masyarakat yang didekati takut untuk menerima risalah yang cuba diberikan sehinggakan ada antara anggota RSP perlu mengatakan, “Ni free ni bang, tak payah bayar”, barulah diambil risalah tersebut. Kira-kira jam 4.30 petang, kesemua approacher yang ditugaskan untuk mengedarkan risalah mula berkumpul kembali di booth yang menjadi pusat penyebaran maklumat di OTK. Pada ketika ini, hujan mulai lebat seperti menguji anggota RSP sama ada untuk terus menyebarkan risalah atau pulang terus ke UIA. Alhamdulillah, tiada seorang pun antara mereka yang mengeluarkan cadangan untuk pulang terus tetapi hanya “kita tunggu sekejap, lepas ni kita gerak lagi!!” .
.
Booth di tepi Klinik Idzham .
Walaupun Hujan, Kami Tetap Teguh!! .
Perbarisan Konvoi RSP 2008 .
Selepas memuatkan kembali peralatan pameran dan bahan jualan RSP, konvoi kembali menyusur di jalan raya Batu 5 dan singgah di Masjid As-Syakirin Jalan Gombak untuk menghadap Ilahi dan memohon keberkatan untuk usaha yang dilakukan. Selepas takbir, ruku’ dan sujud serta tahiyyat akhir solat ‘asar di Masjid As-Syakirin, konvoi kembali menyusur di Jalan Gombak menuju ke pekan Greenwood yang menjadi destinasi terakhir RSP 2008 berikutan hujan yang semakin menguji dan kekangan masa yang memerlukan kami membatalkan tiga lagi destinasi RSP 2008 iaitu Sri Gombak, Taman Melawati dan Taman Permata.
.
Booth di Ruang Legar Klinik Vijay, Greenwood
.
Bagi booth Palestin di Grenwood, Konvoi RSP 2008 sekali lagi memilih ruang legar sebuah klinik iaitu Klinik Vijay sebagai pusat penyebaran dan jualan barangan Palestin di Greenwood. Bagi anggota-anggota yang menjadi approacher, ikhwah diberikan taklifan untuk menyebarkan risalah diseberang jalan utama iaitu berdekatan Desa Minang manakala akhwat diberi taklifan untuk menyebarkan risalah dikawasan perniagaan Greenwood. Usaha menyebarkan informasi berkaitan isu Palestin di Greenwood berjalan dengan lancar sekali dan kira-kira jam 6.30 petang, RSP 2008 menutupkan tirainya dan akhi Auzan Hasanuddin sebagai Ameer K-DG memberikan sepatah dua kata sebagai ucapan penutup RSP 2008. Kira-kira jam 6.45 petang, semua anggota RSP selamat pulang ke kediaman masing-masing membawa seribu satu kenangan indah untuk dijadikan pengalaman berguna dan bekalan untuk terus tsabat menjalankan usaha da’wah.
.
Antara Pengunjung Booth di Greenwood
.
Ikhwah Selesai Menyebarkan Risalah dan Pulang ke Booth
Ucapan Penutup oleh Ameer K-DG
.Seperti yang diketahui, RSP 2008 merupakan permata sulung K-DG selepas K-DG memilih isu Palestin sebagai niche area untuk semester ini. Maka, RSP 2008 sebenarnya lebih kepada eksperimen untuk menjalankan kajian dan pembangunan untuk RSP 2009 akan datang. Sebarang kelemahan yang timbul akan dijadikan pengajaran dan iktibar untuk masa depan dan kejayaan yang diraih, akan ditingkatkan lagi bagi menghasilkan output yang lebih baik pada masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang menyumbang untuk RSP 2008 sama ada usaha yang kerdil atau besar, semoga Allah mengganjari usaha kalian semua dengan sebesar-besar ganjaran.
.
Alhamdulillah wa syukr lillah….
.
how i wish i could still be part of this...
ReplyDeletebut life must go on
teruskan k-uiag..
bg ana pencapaian antum di sini alhamdulillah berbeza dgn tempat2 capaian kita yg lain... antum sudah mampu ke-luar!.. TAPI sedarlah, nak maintain 'kelainan' ni bukan mudah, perlukan binaan yg membina secara berterusan
bukan niece area tapi nich are hehehe
ReplyDeleteowh ye eh, sorry tersilap taip:P
ReplyDeleteAnyway, bukan niece, bukan nich, tapi niche...
ReplyDeleteTerima kasih:)