Wednesday, October 1, 2008

PERUTUSAN HARI RAYA AMEER K-DG

H
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah yang telah mengurniakan suatu bulan yang istimewa iaitu bulan Ramadhan. Moga Allah menerima segala ibadah yang telah kita buat di sepanjang bulan tersebut. Esok (1/10/08) kita akan bersama-sama menyambut ketibaan 1 Syawal dan kita raikan dengan penuh kegembiraan. Dalam kesempatan ini ada beberapa perkara yang ingin diucapkan buat diri sendiri terutamanya dan sahabat-sahabat sekalian:


1) Ambillah masa untuk bermuhasabah...

Saudara-saudari ku yang dikasihi di penghujung Ramadhan dan di awal syawal ini marilah kita merenung sejenak bagaimana kita menghabiskan masa-masa Ramadhan kita. Sudahkah kita menyahut seruan Allah untuk mewajibkan puasa agar kita menjadi orang yang bertaqwa?? Koreksi mata kita adakah ia masih liar melihat maksiat, telinga kita adakah masih suka mendengar kalimah-kalimah maksiat,mulut kita masihkah suka mengumpat dan mengeji, paling utama adakah hati kita masih lagi menghitam dengan perkara-perkara yang menyesatkan. Berfikirlah sejenak wahai diriku dan sahabat sekalian, jika jawapannya masih lagi ya, berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah kerana bulan agung ini pun masih lagi gagal membentuk diri kita, jika jawapannya tidak maka bersyukurlah kerana kita benar-benar menepati makna Hari Raya Aidilfitri iaitu mengembalikan diri kita kepada fitrah.


2) Ambilah masa untuk berukhuwwah

Pada 1 syawal pulanglah bersama keluarga dan berjumpa kembali dengan sanak saudara, kuatkan kembali rasa kasih sayang antara kita. Mohon maaflah andai sepanjang kita hidup ini begitu banyak kesilapan dan kesalahan yang dibuat. Jika sudah tidak berkesempatan untuk mengirim kad raya manfaatkan lah SMS yang ada. Selain itu, ambilah peluang untuk saling ziarah menziarahi antara satu sama lain. Di saat berziarah atau pulang ke kampung itu bukanlah medan untuk kita menunjuk-nunjuk apa yang kita ada, sebaliknya sahutlah firman Allah sebaik-baik manusia adalah yang bertaqwa. Merendah diri lah pada orang lain, walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan sesetengah perkara tetapi rendahkanlah diri kita agar yang paling penting Ukhuwah tetap terpelihara.

3) Ambilah masa dengan berhati-hati

Buat yang bermusafir pulang ke kampung pandulah dengan berhati-hati, jangan jadikan 'peribahasa melayu apa yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran suatu realiti' Manfaatkan lah setiap masa dengan sebaiknya,boleh jadi kita tidak akan dapat berjumpa lagi dengan mereka yang kita jumpa sekarang. Luangkanlah masa dengan sebaiknya. Pastikan masa yang kita luangkan untuk mereka adalah masa yang sangat berkualiti.


Akhirnya, dikesempatan ini secara peribadi ana ingin memohon maaf diatas segala kesilapan yang dibuat, dan mewakili Karisma Daerah Gombak kami memohon kemaafan daripada sahabat2 sekalian andai kehadiran kami telah membuatkan mana-mana pihak terguris hati dan sebagainya. Kami mohon agar Allah menjadikan Ramadhan yang telah dilalui sebgai Ramadhan yang terbaik buat kita semua dan Syawal yang mendatang menjadi Syawal yang terhebat buat kita semua.AMIN


Min:
ZanHassan
Ameer Karisma Daerah Gombak
Baytul Fareed 5.30pm 30/9/08

0 komentar:

Post a Comment