Thursday, November 25, 2010

Menuju ke Syurga Bersama Yang Tersayang



Bismillahirrahmanirrahim
  
MENUJU KE SYURGA BERSAMA YANG TERSAYANG 

                Sudah masuk minggu kedua cuti. Mungkin sudah ada yang rasa bosan kerana tiada aktiviti yang nak dilakukan, dan mungkin juga ada yang rasa sangat gembira kerana masa inilah nak qadha’ tidur, menonton televisyen, ‘melantak’, dan macam-macam lagi.  

                Walau apapun yang kita lakukan sekarang, jangan sampai tarbiyyah yang diterima sepanjang di kampus semasa semester lepas menjadi kering. Inilah masanya kita menterjemahkan tarbiyyah yang kita dapat ke dalam bentuk amal. Sila kongsikan ilmu-ilmu yang kita dapat dalam usrah dan daurah dan praktikkannya sekarang mengikut kemampuan.


                Sudah tentu sepanjang cuti ini kita punyai banyak masa bersama dengan keluarga. Rebutlah peluang keemasan ini untuk berdakwah kepada mereka. Kongsikan kemanisan islam dan iman yang kita dapat sepanjang berada di kampus dengan keluarga kita. Mungkin selama ini kita tercari-cari bagaimanakah kita boleh berdakwah kepada mereka. Moga sedikit perkongsian ini dapat memberi sedikit panduan untuk kita berdakwah kepada mereka. Sudah tentu kita mahu keluarga yang disayangi ini sama-sama masuk ke syurgaNya. 

Dakwah bil hal (berdakwah melalui perbuatan) merupakan cara berdakwah yang agak berkesan yang boleh dilakukan kerana hasilnya lebih cepat dilihat dan dirasa oleh mad’u (dlm situasi ini keluarga kita). Berbanding dakwah bil lisan (berdakwah dengan kata-kata) kita perlu pastikan apa yang kita kata mesti diterjemahkan ke dalam amal. Sebab itu ada orang kata cakap banyak pun tak guna, kalau yang berkata-kata tu tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada mad’u. Lebih-lebih lagi keluarga kita yang banyak tahu kelebihan dan kekurangan kita. Di sini ada beberapa amal yang boleh dilakukan dalam melaksanakan dakwah bil hal kepada keluarga:

1.       Buat kerja-kerja rumah tanpa diminta- Lebih-lebih lagi kalau ibu bapa kita bekerja, gunakan peluang ini untuk mengemas rumah misalnya, supaya mereka rasa tenang apabila pulang dari tempat kerja melihat keadaan rumah yang bersih dan teratur. 

2.       Memasak- Mungkin kita boleh bangun awal sediakan sarapan buat mereka. Tak kisahlah walaupun ianya ‘simple’. 

3.       Beri hadiah- Tidak perlu tunggu hari lahir mereka. Kita boleh memberinya secara ‘surprise’. Tidak perlu beli yang terlalu mahal, asalkan kita ikhlas memberinya.

4.       Keluar ‘enjoy’- Kita boleh jadi perancang kepada aktiviti-aktiviti kekeluargaan seperti bermain bowling, window shopping, keluar makan dan lain-lain. Jika tak dapat buat untuk sekeluarga, buatlah bersama-sama dengan adik-beradik. Enjoy kita mesti berisi, selitkan sikit- sikit unsur nasihat atau teguran buat mereka.

5.       Layan perangai mereka- Mungkin di saat ini kita sudah berubah ke arah yang lebih baik hasil dari tarbiyyah. Kita rasa tak selesa dengan perangai adik-beradik kita. Jangan menghukum mereka, layan perangai mereka selagi perangai mereka tidak melampaui batas syari’at. Contohnya kalau adik kita seorang yang suka menentang apa yang kita cakap, bersabarlah dan jangan cepat melenting.


Dalam melaksanakan dakwah bil hal ini, pastikan diri kita:


1.       Diselubungi iman:  amalan-amalan seperti membaca al-Quran, qiyamullail, puasa sunat tetap perlu dilaksanakan walau tak serancak ketika kita berada di kampus. Insya Allah ini akan membantu kita kuat dan istiqamah dalam melaksanakan dakwah bil hal kepada keluarga kita.  

2.       Ikhlas: Sentiasa paksikan niat dakwah hanya kepada Allah. Jangan kecewa sekiranya ada ahli keluarga yang memperlekehkan apa yang kita buat.

3.       Menjadi contoh teladan: Berusaha untuk sentiasa mempamerkan akhlak yang baik kepada ahli keluarga.

4.       Berdoa: Terus-terusanlah berdoa supaya ahli keluarga kita mendapat hidayah seperti yang kita dapat. Moga mereka juga dapat merasai kemanisan islam dan iman yang sebenar. 


Sebenarnya secara tak langsung, jiwa kita juga akan jauh dari kekeringan apabila melakukan dakwah ini, sebab kita akan terus-menerus meminta pertolongan Allah supaya iman kita kuat dalam melaksanakan dakwah ini. Janganlah kita seorang sahaja yang mahu ke syurga, ajaklah sekali keluarga kita yang tersayang menuju masuk ke syurgaNya bersama-sama. Insya Allah moga Allah perkenankan,amin.

Wallahua’lam.

Syukran Jazilan kepada Ukhti Siti Munirah atas perkongsian ini. Moga diganjari Allah.

4 comments:

  1. Subhanallah, artikel yang sangat menarik. Tahniah kepada yang menulis. Sangat bermanfaat untuk dimuhasabahkan sesama ahli keluarga KDG dan pembaca umum sekalian.

    Semoga kita terus istiqamah dalam amal kita, dan ingat juga, bahawa tarbiyah tidak berjalan keseorangan, namun hasilnya adalah dakwah kita. Teruskan berdakwah walau di mana sahaja kita berada.....

    ReplyDelete
  2. dakwah bukan sekadar d kampus.

    (try.test)

    ReplyDelete
  3. ana nak komen..tapi xtau nak cakap ape da..huhu..ape pn, selamat maju jaya utk sem depan..;p

    ReplyDelete