Bismillah,
عن أمير المؤمنين أبى حفص عمر ابن الخطاب رضى الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها او امرأة ينكحها فهجرته الى ما هاجر اليه”.
البخارى ومسلم
Sebab Hadis Dilafazkan: Penghijrahan Ummu Qais
Diceritakan sebuah peristiwa dimana seorang lelaki yang tinggal di Mekah telah meminang Ummu Qais yang tinggal di Madinah. Ummu Qais tidak bersetuju menikahi lelaki tersebut melainkan jika lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Ketika peristiwa hijrah ke Madinah berlaku, lelaki tersebut turut berhijrah bersama sahabat-sahabat yang lain, tetapi dengan tujuan menikahi Ummu Qais. Rasulullah yang mengetahui hal ini menegur secara terang-terangan niat lelaki tersebut.
Faedah Hadis:
1. Hadis ini adalah paksi kepada agama Islam dan juga merupakan asas dalam agama ini.
Menurut Imam Abu Daud: "Sesungguhnya hadis ini iaitu hadis bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana ad-deen itu dua perkara, samada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang batin iaitu niat."
Imam Ahmad dan Imam Syafie pula berkata: "Di dalam hadis ini (iaitu hadis'Bahawasanya segala malan itu adalah dengan niat') mengandungi satu pertiga ilmu. Sebabnya ialah kerana usaha seseorang itu adalah samada dengan hati, lidah atau anggota tubuh badannya. Maka niat dengan hati adalah salah satu daripada tiga pembahagian tersebut."
2. Peringatan kepada penuntut ilmu agar mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah di dalam menuntut ilmu dan melakukan amal kebaikan.
3. Sesiapa yang telah berniat untuk melakukan sesuatu amalan soleh tetapi terdapat keuzuran yang kuat seperti mati atau sakit yang menghalangnya untuk melaksanakannya, maka dia diberi pahala berdasarkan niatnya itu.
4. Segala amalan yang bermanfaat dan baik akan menjadi ibadah apabila disertai dengan niat dan keikhlasan serta menuntut keredhaan Allah s.w.t.
Kesimpulan:
Bersempena Maal Hijrah 1432 ini, mari sama-sama perbaiki niat kita hidup di atas muka bumi ini. Sebagai pelajar muslim yang menuntut ilmu-ilmu-Nya, penting bagi kita memperbaiki niat dari masa kesemasa agar setiap malan kita dikira sebagai amal ibadah. Salam Maal Hijrah 1432H! :)
Rujukan:
1. Al-Wafi Syarah Hadis 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa al-Bugha & Muhyiddin Misto
2. http://masjidassyakirin.wordpress.com/2010/02/08/hadis-niat/
Wallahu a'lam.
Salam Ma'al Hijrah 1432H!
ReplyDeleteNiat dan Hadaf! :)
salam.
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan.
tajdid niat!
salam.x.sambung.hadith.2.lak.ke?
ReplyDelete