Tuesday, November 16, 2010

Hari Arafah


Salam Alaykum

Pertamnya, TAHNIAH kerana telah berjaya menamatkan final exam

Keduanya, Selamat Bercuti. Jaga Amal, Jaga Iman.

Ketiganya, TAHNIAH bagi yang berjaya berpuasa sunat hari Arafah. Di sini ana sertakan beberapa hadith tentang puasa Hari Arafah. Moga bermanfaat.




1. Daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Allahu Akbar! Dia lah yang Maha Mengampunkan.

2. Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

3. Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

 
4. Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Jadi, bagi kita yang masih belum dipanggil Allah untuk menjadi tetamu agung-Nya ke Masjidil Haram, jom ambil peluang ni. Moga Allah ganjari kita setimpal dengan usaha kita. Amin.


Dikesempatan ini juga, unit Media KARISMA Daerah Gombak ingin mengucapkan,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

1 comment:

  1. Salam eid adha. jzkk utk perkongsian ini. ~jom sm2 imbau kembali sjrh bgmna bermulanya pensyari'atan korban~

    moga kita sume terus tabah utk berkorban krn Allah di atas jln dakwah ini. amin.

    ReplyDelete