Sunday, April 18, 2010

kita yang sudah 'bertawakkal'..

Insyaallah, keputusan peperiksaan akhir semester 2, sesi 2009/2010 untuk 'IIUM Undergraduates' bakal diketahui pada 20 haribulan ini. Perasaan risau, gemuruh & takut itu sudah seperti perkara biasa, rencah kehidupan seorang pelajar. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sekiranya jumlah peperiksaan akhir yang perlu kita tempuhi sepanjang pengajian adalah 20 kali, 20 kali itu jugalah kita akan merasa 'suspen' sebelum result exam terpampang di depan mata. Reaksi selepas mengetahui keputusan peperiksaan pula sudah tentulah pelbagai - sedih, gembira, tak sangka, kecewa - semuanya bakal bersatu menjadi untaian perasaan yang mewarnai kehidupan.

Justeru, sebelum kita menghadapi realiti dan debaran-debaran yang mengiringinya, ayuh bermuhasabah dengan satu coretan peringatan, tentang tawakkal.

"Aku dah usaha sebaik mungkin. Sekarang, tawakkal aje lah"
"Memang aku tawakkal habis untuk subjek killer tu!"
"Dah tak tahu nak buat apa. Aku tawakkal!"

- Antara ungkapan yang biasa keluar dari mulut para pelajar pasca-peperiksaan. Demikianlah, "Tawakkal", katanya.

Malang sekali, apabila keputusan yang keluar tidak seperti yang diharapkan, mungkin ada sebahagian dari kita yang marah-marah, mengeluh, menyalahkan nasib dan remuk jiwa.


gembira bila berjaya tapi asal 'gagal' aje, frust

Tawakkal - mudah diucap, tetapi payah direalisasikan.
Kalau selama ini kita dakwa bahawa kita sudah bertawakkal, benarkah begitu?

Hakikatnya, bukanlah dikatakan tawakkal itu: apabila diberi banyak, dia berterima kasih, tetapi apabila diberi sedikit sahaja, dia mengeluh. Jadi, apakah konsep tawakkal yang sebenarnya? Jom explore..

'Tawakkal' ada banyak definisi. Antara yang boleh diketengahkan adalah:
1. Mewakilkan urusan kepada Allah
2. Menyempurnakan keYAKINan kepada Allah.

..Dan keYAKINan itu pula tidak akan terhasil kecuali setelah:
1. Berbaik sangka dengan Allah
2. Percaya sepenuhnya terhadap rezeki yang telah dijanjikan
3. Meredhai ketentuan yang berlaku dari Qada' dan Qadarnya.
Jika keyakinan seperti ini telah sempurna dalam hati kita, inilah yang dinamakan 'tawakkal'.

Sebaliknya, jika selama ini kita masih:
- Berburuk sangka terhadap Allah
- Kecewa dengan pemberian Allah
- Berfikiran negatif terhadap Qada' & Qadar Allah
maka belumlah kita dinamakan 'mutawakkiliin' atau orang-orang yang bertawakkal
& menyerah diri sepenuhnya kepada kehendak & kuasa Allah.

Berbalik kepada situasi pelajar yang telah 'tawakkal' kemudian menyalahkan keadaan tadi. Secara rasionalnya, jika kita telah tawakkal iaitu menyerahkan diri kepada Tuan kita iaitu Allah, mengapa kita mempertikaikan keputusanNya & apa yang Dia mahu beri? Bukankah itu sudah menyalahi konsep tawakkal?

Tawakkal yang sebenar itu buahnya tenang dan redha. Sebab itu orang yang bertawakkal bakal mampu menghadapi segala bentuk tribulasi tanpa cepat melatah, tetapi cepat pula bangkit & maju menyusun langkah-langkah baru. Dia tidak dirundung rasa sedih yang berlebihan, tidak pula berlama-lama dicengkam emosi; kerana dia percaya bahawa keyakinan 100% yang telah dia berikan kepada Allah itu tidak sia-sia. Malah, di sebaliknya terselit hikmah dan mungkin juga, kejutan-kejutan kegembiraan yang dirahsiakan buat sementara waktu. Allah, ada perancangan-Nya yang tersendiri.

Oleh itu, apa saja keputusan yang bakal diterima nanti, terimalah dengan baik, kalau benar kita telah tawakkal. Lapangkan hati-hati kita. Iringi kejayaan dengan kesyukuran. Iringi kekurangan dengan muhasabah. Inilah 'attitude' pemenang.

9 comments:

  1. woha~

    aura takot sekali datang seiring dengan rasa ingin cepat2 tahu keputusan final itu.

    :)

    kita semua akan berjaya dengan gemilang!!

    ReplyDelete
  2. ada orang kata. jangan tawakal selagi kite masih mampu berusaha. :)

    doa pon satu usaha kan?

    ReplyDelete
  3. ^______^
    berlapang dada dengan apa jua yg dikeluarkan nanti.

    ReplyDelete
  4. hm post ni mmg apa yg berlaku in reality.apepun,biasala kt sume manusia x lari dari rasa sedih dan kecewa.yg penting kne faham konsep redha.berlapang dada dan berbaik sangka kpd Allah.inAllah hati tenang :)

    good luck pada semua~

    ReplyDelete
  5. mari buktikan ke-tawakal-an kita!

    the result show. petang nih. hehe.

    ReplyDelete
  6. mampukah untuk kite terus tawakal? atau ada yang terus rebah? :)

    ReplyDelete
  7. mampu insyaallah. DIA tak zalim, tak kejam. DIA tak bagi melebihi kemampuan.

    ooooh jangan rebah lagi. steady semua. jalan masih panjang. apa yang kita akan jumpa esok, tak sama dgn hari ni. so, yuk pasang seat belt and let's look forward to see the mysteries and wonders of life unfold in front of us one after another(ada unsur suspen di sini). chapters hidup kita yang belum berakhir ini, masih boleh diwarnakan lagi - buat keputusan & lakukan perubahan :D

    moga akhirnya kita berjaya keluar dr dunia ini dgn selamat! ameen :)

    ReplyDelete