Bismillah.
Apa khabar semua? :) Bagaimana dengan cuti semester yang telah beberapa hari kita lalui? Adakah sudah terisi dengan perkara-perkara bermanfaat, ataukah terbuang begitu saja? Dalam kesempatan ini, kami di unit media mewakili ikhwah akhawat Karisma UIA Gombak mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua pelawat laman ini khususnya, dan warga UIAM umumnya. Apa kata, kita jadikan cuti kali ini suatu 'perhentian' untuk duduk sebentar, bermuhasabah dan merenung kembali pencapaian-pencapaian serta kekurangan yang telah kita hadapi semester lepas untuk diperbaiki. Selain itu, eloklah kiranya kita mula merancang langkah-langkah untuk memperkasa diri agar terus maju ke hadapan dalam semester-semester akan datang. Justeru, cuti kali ini haruslah diisi dengan perkara-perkara bermanfaat yang memberi 'kehidupan'. Apa antaranya? Mari kita kongsikan idea-idea yang ada..
1. Tadabbur, hafal & mengulang hafalan Al-Qur'an.
Kata Ar-Rasul s.a.w: "Bacalah Al-Qur'an kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya."
2. Pilih satu buku tafsir dan fahami maksud-maksud ayat berdasarkan tafsir tersebut.
3. Baca hadith dan tafsirannya, kemudian cuba amalkan maksud-maksud yang terkandung dalam hadith.
4. Baca dan kaji sirah Nabi Muhammad s.a.w - Antara buku-buku Sirah mu'tabar yang boleh dicadangkan adalah Al Raheeq Al-Makhtuum yang telah dialih-bahasa & Fiqh Sirah tulisan Sheikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti
5. Baca dan kaji isu-isu ummah seperti isu Palestin dan Al-Aqsa - Antara laman web yang boleh dilawati untuk mendapatkan berita-berita berkaitan adalah Palestinkini dan Aqsa Syarif.
8. Berbakti kepada sekolah - Ziarahi kembali guru-guru yang pernah mengajar kita, juga kawan-kawan lama. Bina dan perkukuhkan silaturrahim yang pernah terjalin.
7. Perkasakan diri - Pelajari skil-skil baru, teknik-teknik belajar dan mengurus masa yang berkesan.
8. Sumbang tenaga dalam program-program seperti KBM dan Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)
Bagaimana.. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh kita manfaatkan dalam sela-sela waktu lapang, bukan? Maka sebenarnya tidak ada alasan untuk kita membuang masa kerana masa itu kehidupan!
p.s. Pihak kami mengalu-alukan tambahan input yang bernas dari para pembaca. Semoga perkongsian idea membuahkan pahala berangkai yang menguntungkan. Selamat beramal! ^_^
nak kongsi idea.. bosan-bosan nanti, boleh la jenguk artikel-artikel Amr Khaled, Da'ie mahsyur dr Egypt. Ada terjemahan dlm byk bahasa. Artikelnya mmg mantap, recommended! Link: http://amrkhaled.net/acategories/categories24.html
ReplyDeleteerm. satu lagi cdgn adlh untuk mantapkan penguasaan bahasa. Vocabs & Grammar untuk English & Arabic & bahasa-bahasa lain. untuk purpose yang baik juga :D
setuju2.. mari perkasakan diri dengan pelbagai bahasa. bahasa melayu, cina, arab , english. sngt penting untuk penguasaan ilmu dan juga da'wah. selamat mencuba
ReplyDeletesalam.
ReplyDeleteoho
seerah!
setuju.
jangan lupa juga tugas di rumah..
ibu bapa perlu diutamakan.
dah ada kat rumah, ape lagi.. bukan selalu dapat bergelumang dengan kerja2 rumah.. ehee
mesej2 la ye ajak kawan2 kalau nak solat dhuha ke, nak ma'thurat ke.. supaya sama2 dapat bikin pahala :)
wallahua'lam
juga boleh mula menjinakkan diri dengan program2 lokaliti.
ReplyDeleteremaja. wanita. jim. daurah. tamrin. rehlah. :)
cari la apa shj untuk di manfaatkan. walau hanya duduk di rumah. ada pahala boleh digali. ada mutiara boleh dicari..
ReplyDeleteyep. yang cuti hanya uia.
ReplyDeletetugas sbg manusia tak cuti kan?
alhamdulillah!
jaga mutabaah amal ye semua!
alhamdulillah
ReplyDeletecuti yang tiba
bakal diisi dengan segalanya
selamat segalanya
:)
p/s: kalau jaulah pun ok!
Mana brothers yang lain? Asyik sisters je yang komen, adeh....:-)
ReplyDelete(Musim cuti adalah musim yang terbaik untuk berkhidmat kepada keluarga, contohnya hantar adik pergi sekolah, adeh)
cerdik tp tak baik, jd penipu.
ReplyDeletebaik tp tak cerdik, jd mangsa penipu
pendakwah mesti cerdik. Kemahiran mesti tinggi. Di atas kesedaran itu, saya letakkan azam yg tinggi, bhw agenda di bumi Anbiya nnt bkn hanya pd melangsaikan silibus2 di bilik kuliah. kemahiran bahasa, kemahiran ICT, kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, dan segala ilmu kendiri, mesti digarap tanpa berlengah-lengah dan bersantai diri.
Pewaris Anbiya' mesti outstanding!
-petikan buku 'Rindu Bau Pohon Tin' oleh Ust Hasrizal, pemilik saifulislam.com
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletelike the post.
ReplyDeletedouble-like the discussion above.
:)
tambahn idea. cuti = mantapkan pengetahuan dlm ilmu2 asas spt fardhu ain, persoalan fiqh yg biasa timbul dlm masyarakat dll. manfaat!
ReplyDelete