Tuesday, April 20, 2010

imtihan & keputusannya


Alhamdulillah, keputusan peperiksaan sudah pun keluar. Tamat segala penantian; yang tinggal hanyalah attitude kita terhadap keputusan yang sudah ada dalam tangan.

Sekadar satu peringatan, 'kejayaan itu subjektif'. Sesetengah orang mungkin hanya mengukur kejayaan berdasarkan gred dan CGPA. Tetapi apa kata hari ini, kita cuba lihat kejayaan dari skop pandangan yang sedikit berbeza..?

"YahOooOooO!! 3.99 weh!!! Aku dah agak dah, memang aku terer!!"
"Argh, sedih betul!! Memang tak adil. Aku study bagai nak rak, fail jugak!"

Nah, pada pandangan anda, berjayakah orang-orang seperti ini dalam erti kata yang sebenar? Hakikatnya, tidak berjaya seorang yang mendapat keputusan yang cemerlang, kalau hal itu jadi penyebab dia bongkak dan tidak menyandarkan kejayaannya kepada Allah. Seolah-olah, kejayaan itu adalah hasil dari usahanya semata-mata.

Begitu juga, tidak dikira berjaya seseorang yang menyalahkan Allah & melanggar konsep tawakkal, hanya kerana mendapat keputusan tidak disukai, yang telah Allah tetapkan sebagai rezekinya.

"..Jadi, kejayaan yang sebenar itu, bagaimana?"

Jawapan kepada persoalan ini, letaknya adalah pada keikhlasan kita menerima apa sahaja yang Allah beri. Kiranya banyak yang kita peroleh, alhamdulillah. Kalau kurang dari apa yang kita harap, tetap alhamdulillah, dan usaha lagi. Sesungguhnya belajar dari masa lalu itu lebih baik dari kita menangisi apa yang berlaku, kerana di hadapan kita masih ada suatu perjuangan yang menanti untuk diteruskan.

Perjalanan yang masih jauh. Belum saatnya kita berhenti.
Teruslah bergerak dengan keazaman yang menggunung tinggi.

Cukuplah peringatan ringkas ini diakhiri dengan sedikit petikan ayat-ayat dari Al-Qur'an; dengan harapan kita semua beroleh kejayaan mutlak di sisi Allah, dan segala jerit-perih kita menuntut ilmu semester lepas dikira sebagai amal soleh (jangan risau, insyallah tak sia-sia):

بسم الله الرحمن الرحيم

وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya akan Kutambah (nikmatKu) kepadamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amat keras" (Ibrahim: 7)

صدق الله العظيم


* * *


"Sesungguhnya hati yang lapang dan bersyukur dalam setiap keadaan itu adalah kurniaan Allah. Ia adalah lambang keunggulan peribadi seorang mukmin"

Semoga Allah hidupkan hati-hati kita dengan azam yang tak kunjung padam.

Terus semangat!!

11 comments:

  1. susahnya nak bersyukur.. t.t

    ReplyDelete
  2. dan setiap segalanya telah tertulis.

    maka pasrah.

    walau rasa seperti tergulik dari KLCC ke sungai gumbak.

    syukur+terima kasih Ya Allah.

    :)

    ReplyDelete
  3. nampaknya, keputusan imtihan pon dah jadi satu lagi ujian dalam hidup.

    manusia yang tidak mungkin dapat lari dari ujian.

    bak kate kumpulan nasyid brothers 'life is a test' :)

    ReplyDelete
  4. salam.

    hehe.
    setiap yang berlaku itu ada tarbiah dari Allah.
    ada teguran.
    ada kata-kata tahniah dari Dia buat kita.

    indahnya bila jadi seorang Muslim tu, bila dia dapat berita gembira, dia bersyukur. bila dapat berita tak gembira, dia bersyukur juge.

    berfikirlah...

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. setuju dgn prettyugly, yg bebas dr ujian DUNIA hanyalah orang2 yg dah tak hidup kat dunia.

    ReplyDelete
  6. Kalau tak ada gelap, kita takkan faham erti cahaya. Tanpa pahitnya jatuh, kita takkan faham bahagianya berjalan.

    Ada org bagitau, utk sentiasa berjaya itu manis. tapi boleh jadi kalau kita tak pernah sedih, kita takkan rasa yg kita perlukan Allah -na'uzubillah

    Quote: Success is sweet: the sweeter if long delayed and attained through manifold struggles and defeats.

    ..Ada peluang merebut pahala besar utk setiap niat yang diperbaharui dan setiap tindakan untuk bangkit semula.

    Baiki kapal-kapal kita kerana esok, kita pasti akan berlayar lagi!!^__^

    ~may today's sorrow becomes the light of tomorrow~

    ReplyDelete
  7. Surah Al-Nasr untuk yang happy. chukkayo! v('-')

    ReplyDelete
  8. tertarik dgn salah satu tajuk dari saifulislam.com: didikan Allah untuk bakal manusia hebat :)

    ReplyDelete
  9. ha.
    buleh la compare dgn graf mutabaah amal sem lepas ye.
    *angkat kening*
    sudah bersedia nak ditarbiah?

    bukan hasil yg kita mahu ye!
    tahniah pada semua!

    ReplyDelete
  10. walau badai datang melanda. kalau ukhuwah seteguh ini. insyallah dapat dilepasi.

    kagum dengan semangat dan usaha teman-teman yang berusaha utk menyuntik semangat dan mendamaikan hati para sahabat.

    kasih sayang kerana allah itu memang manis ye? :)

    ReplyDelete
  11. "bukan hasil yang kita mahu" -setuju dengan k.tim!

    "kalau ukhuwwah seteguh ini. insyallah dpt dilepasi" -setuju dengan prettyugly.

    Semoga ukhuwwah macam ni la yg mewarnai hidup kita selama bergelar undergrad student. iAllah sampai master pun, masih berukhuwwah. masuk alam pekerjaan, masih tetap mantap. sampai PhD pun, kekal unggul dan bertahan. Pendek kata, berukhuwwah sampai syurga lah! :D

    -Baru terfikir yg sedar atau tak, kwn2 'jenis' mcm ini pun kira kurniaan dr Allah a.k.a Rezeki. Dan bila b'ckp ttg rezeki, bkn result yg hebat je kira rezeki, tapi kesabaran & keredhaan tu pun 1 bentuk rezeki jugak. rezeki dari langit. Ada setuju? :)

    ReplyDelete