Tegur salah seorang peserta demonstrasi berbangsa asing. Yang ditegurnya, sekumpulan muslim melayu yang baru selesai solat jummat. Masih lengkap berjubah putih dan bersongkok.
Dalam keadaan ramai manusia yang sibuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara dan berhimpun, tidak dinafikan masih ada segelintir yang memandang serong terhadap demonstrasi tempoh hari. Walaupun demonstrasi kelmarin mendapat permit pihak berkuasa!
Namun, bagi semua peserta demonstrasi, semua pandangan ini diketepikan demi membela nasib rakyat Syria. Atas kekejaman yang sekian lama bermaharajalela. Atas pembunuhan insan yang tak berdosa. Atas maruah wanita yang injak-injak.
Kami bersama-sama sahabat dari pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan yang lain, memperjuangkan hak rakyat Syria ke atas bumi mereka. Perjuangan ini perjuangan ummah seluruhnya. perjuangan demi mencari redha-Nya. Sebagai memenuhi tuntutan ke atas saudaranya yang lain. Supaya nanti di padang mahsyar kami punya jawapan untuk kepedulian kami.
Perjalanan sejauh 2.5 km tidak melemahkan semangat para pejuang. Sorakan dan laungan semangat terus-terusan bergema sepanjang perjalanan. Hari itu, aku menyaksikan pelbagai enis manusia yang turun ke jalanan bagi menunjukkan solidariti kepada Syria. Paling menyentuh hati, pasangan pakcik dan makcik yang agak berumur, berjalan bersama-sama peserta yang lain sambil berpegangan tangan.
Inilah perjuangan. Bagi membela hak rakyat Syria yang dinafikan. Dan sebagai tanda kami bersama-sama dalam perjuangan mereka. Mereka tidak sendirian.
Freedom Freedom!
Freedom Syria!
Hancur Hancur!
Hancur Kezaliman!
Kredit foto: Amin Aleman
First..
ReplyDeleteKetua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
ReplyDeleteBerkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK
MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
If not, we'll teach U such things happen in the USA
Our sincerely,
PEOPLE GOMBAK